penilaian | perbuatan atau hal menilai; penaksiran: Tiap-tiap orang membuat ~ yg berbeza. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penilaian | perihal atau perbuatan menilai, pentaksiran: menurut ~ saya, cerpennya yg terbaharu lebih berjaya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penilaian perisian(software evaluation) | Proses yang dilakukan untuk menilai dan membuat keputusan tentang prestasi perisian komputer. | Kamus Komputer |
penilaian | perbuatan atau hal menilai; penaksiran: Tiap-tiap orang membuat ~ yg berbeza. | Kamus Pelajar |
taakul | perihal membuat pertimbangan dan penilaian dgn menggunakan akal. menaakul membuat pertimbangan dan penilaian dgn menggunakan akal atau logik. taakulan hasil menaakul. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kritik | 1. analisis, penilaian dan teguran terhadap karya seni, sastera, dsb: seseorang penulis harus menerima baik segala ~ yg jujur; pd masa ini banyak tersiar ulasan dan ~ mengenai sajak dan cerpen; kerajaan sedia memberikan perhatian kpd ~-~ yg dikemukakan dgn tujuan yg baik; 2. teguran keras, kecaman, bidasan; mengkritik 1. membuat analisis dan penilaian tentang karya seni, sastera, dsb: seorang yg tidak pernah menghasilkan sesuatu karya sastera masih dapat ~ cerpen, novel, ataupun sajak; 2. memperkatakan (mengulas dsb) keburukan atau kelemahan sesuatu atau seseorang; ~ hebat (keras, pedas) mengecam, membidas, mencela: menerusi watak-wataknya pengarang ~ pedas akan masyarakat hari ini; dia menafikan pernah menuduh atau ~ penuntut-penuntut maktab tersebut; kritikan 1. kritik (analisis, penilaian, dan ulasan terhadap sesuatu karya sastera dll); 2. kritik (ulasan atau kata-kata) tentang keburukan (kelemahan dsb) seseorang atau sesuatu, kecaman; pengkritik orang yg mengkritik, pembidas: kita memerlukan banyak ~ sastera yg berkebolehan; para ~ dr negeri-negeri lain telah memuji karya pelukis-pelukis Malaysia yg dipamerkan itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
PMR | kep Penilaian Menengah Rendah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bermuhasabah | membuat penilaian terhadap diri sendiri: kita harus ~ supaya dapat dibina keyakinan yg lebih kukuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
UPSR | kep Ujian Penilaian Sekolah Rendah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
introspeksi | (introspéksi) proses penilaian diri (fikiran, idea, perasaan) dgn mendalam (biasanya dlm tempoh yg agak lama), muhasabah: terdapat kecenderungan baru dlm kelompok penyair 60-an utk membuat ~ kpd hal-hal dlm diri; mengintrospeksi membuat introspeksi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |