penghirisan masa(time slicing) | Penjadualan proses yang dijalankan oleh sistem. Dalam penjadualan ini proses dibenarkan bekerja untuk suatu hirisan masa yang disebut kuantum sebelum penjadualan semula dijalankan. | Kamus Komputer |
penjadualan aksara(character tabulation) | Aksara yang digunakan untuk memberitahu pencetak atau pemapar supaya mempamerkan data dalam bentuk jadual. | Kamus Komputer |
penjadualan dinamik(dynamic scheduling) | Penjadualan tugas komputer yang dilakukan mengikut keperluan dan keadaan semasa. | Kamus Komputer |
penjadualan laluan genting(critical path scheduling) | 1. Sistem pengawasan yang sentiasa menyemak keadaan keperluan pengaturcaraan sistem pengendalian komputer untuk mengelakkan kegelinciran. 2. Penjadualan yang dilakukan untuk mengurangkan masa laluan genting dalam sesuatu jadual projek. | Kamus Komputer |
pendataran sumber(resource levelling) | Penjadualan kegiatan ketika masa apung untuk mengoptimumkan penggunaan sumber sedia ada bagi mengelakkan turun naik permintaan sumber secara mendadak. | Kamus Komputer |
sistem pengendalian(operating system) | Perisian komputer yang berfungsi mentadbirkan pengendalian, peruntukan, dan penjadualan sumber dan proses dalam sistem komputer supaya pengguna dapat menggunakan sistem dengan mudah. Singkatan OS. | Kamus Komputer |
kaedah laluan genting(critical path method) | Teknik yang digunakan dalam pengurusan projek untuk merancang penjadualan, dengan projek keseluruhan menentukan jadual pelaksanaan yang memakan masa paling panjang, supaya masa terpendek bagi pelaksanaan projek keseluruhan dapat dirancang. | Kamus Komputer |
hirisan masa(time slice) | Suatu unit tempoh masa tertentu yang diberikan oleh sistem kepada suatu proses untuk bekerja dan menggunakan sumber sistem dalam penjadualan proses. Hirisan masa ini juga disebut kuantum. | Kamus Komputer |