Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.ja.jap] | ڤنجاجڤ

Definisi : sl sj kapal perang Bugis: kici itu pun ditutuhnya dibuat ~ perang; spt ~ berpaling hendak hilir prb (perempuan) berjalan keluar rumah dgn hebat dan menarik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.ja.jap] | ڤنجاجڤ

Definisi : sj kapal perang Bugis; spt ~ berpaling hendak hilir prb perempuan yg keluar dr rumahnya dan berjalan dgn hebatnya serta menarik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.ja.jap] | ڤنجاجڤ

Definisi : kapal perang orang Bugis zaman dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penjajap


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
hadap1. bahagian sebelah muka, muka, depan: wang tembaga zaman dahulu sama sahaja ~ belakangnya; seratus penjajap di kanan, seratus penjajap di kiri, seratus penjajap di ~, seratus penjajap di belakang; 2. arah atau hala tujuan; hidupnya sekarang satu ~ sahaja hidupnya menuju satu tujuan (jurusan) sahaja; tak tentu ~ a) tak tentu arah tujuan; b) tidak berbuat sesuatu apa pun; semua pendapat mereka satu ~ sahaja satu sahaja arah maksudnya; berhadapan 1. = ~ dgn bertentangan (dgn), bersemuka (bertemu muka) dgn: maka ~lah kedua-dua pihak rakyat itu lalu berperang; dia duduk ~ dgn saya; ~ manis mulutnya bila bertemu muka; manis mulutnya; ~ muka bertemu muka; 2. = berhadap-hadapan ber­ten­tangan hadap satu sama lain, berdekatan dan bertentangan: mereka duduk dua baris ~; memuji atau mengeji biarlah dibuat ~; menghadap 1. (bahagian muka atau depan­nya) menghala ke: orang Islam sembahyang ~ kiblat; rumah peranginan itu ~ ke laut; ~ surut melihat ke belakang; 2. datang menemui (raja atau orang besar-besar), menjelang, ada atau sedang berhadapan dgn raja (orang besar-besar): ~ ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong; pd ketika itu baginda sedang di­hadap orang banyak; 3. datang ke (mah­kamah, pejabat, dll): ia diperintahkan ~ ke mahkamah utk memberi keterangan; 4. ditujukan kpd (perbahasan dlm surat kiriman drpd yg muda terhadap yg tua), dialamatkan kpd: ~ ke hadapan ayahanda; menghadapi 1. berada bertentangan (ber­hadapan) dgn, duduk dll dgn muka ke hala sesuatu: di dlm kedai itu duduklah mereka ~ sebuah meja; mereka berdiri beramai-ramai ~ runtuhan rumah yg ditimpa pohon kelapa itu; 2. berjumpa (berhadapan) dgn, bersemuka (dgn): nampak benar takutnya waktu ~ orang banyak itu; 3. menemui atau menem­puh (bencana, bahaya, kesukaran, dll), di­timpa (diancam) oleh, menanggung; ~ per­soalan yg rumit; ~ kesulitan; ~ tuduhan membunuh; ~ maut; 4. melawan, bertanding dgn, menentang: ~ musuh; ~ pasukan lawan; menghadapkan 1. menghalakan, meng­arah­­­kan (sesuatu ke): maka meriam pun di­hadapkan orang arah ke laut; 2. menujukan (pertanyaan, tuduhan, dll): hampir semua yg hadir ~ pertanyaan kpd ahli forum yg kedua sahaja; tuduhan yg dihadapkan ke­pada­nya sangat berat; 3. membawa ke muka (pengadilan, orang yg bertang­gung­jawab, dll), membawa utk dipertemukan dgn: ia telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh; 4. memperlawankan, memper­tanding­kan, mempertentangkan: dlm pusing­an pertama, pasukan Malaysia akan di­ hadap­kan dgn pasukan bola sepak dr Negeri Thai; memperhadapkan 1. menjadikan ber­ha­dap-­hadapan, mempertemukan, menye­mu­ka­­kan; 2. mengemukakan (membentang­kan, me­majukan) perkara dll: ~ beberapa ca­dangan kpd ahli-ahli jawatankuasa utk dibahaskan; terhadap 1. berkenaan, mengenai, tentang: pandangannya ~ gadis itu tidak berubah, bagaimana dahulu begitulah sekarang; 2. kepada, akan: cintanya ~ gadis pilihannya sendiri tetap bersemarak dlm dadanya; ia mempunyai rasa perikemanusiaan drpd seorang manusia ~ manusia juga; 3. dihadapkan (ditujukan, dihalakan), tertumpu: hatinya sudah ~ ke Lampung, angan-angannya sudah ke galas; hadapan 1. bahagian sebelah muka, depan (lwn belakang): dia berdiri di ~ saya; pintu ~ rumah itu sentiasa terbuka; ke ~ a) ke depan, ke muka; b) (pd permulaan surat bererti) kepada: ke ~ sahabatku yg diingati; 2. yg akan datang; masa (zaman) ~ masa (zaman) yg akan datang; hadap-hadapan; nasi ~ sajian nasi pulut yg dihidangkan di muka pelamin waktu pe­ngantin sedang bersanding; penghadapan tempat menghadap (raja): Betara Majapahit pun duduk di ~ dihadap orang banyak; balai ~ ruang tempat mengha­dap raja di dlm istana atau di tempat raja bersemayam.Kamus Dewan Edisi Keempat
penjajapkapal perang orang Bugis zaman dahulu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
penjajapsl sj kapal perang Bugis: kici itu pun ditutuhnya dibuat ~ perang; spt ~ berpaling hendak hilir prb (perempuan) berjalan keluar rumah dgn hebat dan menarik.Kamus Dewan Edisi Keempat
penjajapsj kapal perang Bugis; spt ~ berpaling hendak hilir prb perempuan yg keluar dr rumahnya dan berjalan dgn hebatnya serta menarik.Kamus Dewan Edisi Keempat
penjajapkapal perang orang Bugis zaman dahulu.Kamus Pelajar
jajap; menjajap menjelajah; penjajap sj kapal perang Bugis; spt ~ berpaling hendak hilir prb perempuan yg keluar dr rumahnya dan berjalan dgn hebatnya serta menarik.Kamus Dewan Edisi Keempat
menimbaumenyambung (menambah dll) utk memperpanjang atau mempertinggi (rangka perahu dll): Selampit pun ~lah sebuah penjajap.Kamus Dewan Edisi Keempat
timbaurangka ~ rangka sambungan (tambahan) pd rangka utama; menimbau menyambung (menambah dll) utk memperpanjang atau mempertinggi (rangka perahu dll): Selampit pun ~lah sebuah penjajap.Kamus Dewan Edisi Keempat
menutuh1. memotong dahan atau cabang kayu, memangkas, mencantas: ia sedang ~ dahan-dahan nangka; 2. sl memecahkan perahu dll utk diambil kayunya: maka apabila sampai ke Siantan, maka kici itu pun ditutuhnya dibuat penjajap perang; 3. bk melakukan sesuatu yg umumnya kurang baik (makan suap dll); 4. bk memukul, menumbuk;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengumbangark 1. timbul ter-apung-apung di permukaan air, mengapung (di laut dll): sebuah perahu yg ~ di tengah laut; 2. belayar ke kapal dll): seketika geliung pun ~ ke tengah lautan serta diiringkan oleh penjajap;Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas