gedung penjelasan | rumah penjelasan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tafsir | 1 keterangan atau penjelasan mengenai maksud ayat Quran atau hadis. 2 = tafsiran penjelasan mengenai maksud sesuatu ayat dll: Berbagai-bagai ~ telah diberikan terhadap kenyataan tsb. mentafsirkan 1 menerangkan maksud sesuatu ayat Quran. 2 memberikan penjelasan; menghuraikan; menjelaskan. pentafsiran perihal (perbuatan dll) mentafsirkan; penjelasan. pentafsir orang yg mentafsirkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penjelasan | 1 keterangan yg lebih lanjut: Ia meminta ~ drpd gurunya sekali lagi. 2 perbuatan atau hal menjelaskan; penerangan. 3 penyelesaian ttg hutang atau pekerjaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penjelasan bank | (Eko) penyelesaian pembayaran cek dll antara bank; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penjelasan | 1. keterangan (yg lebih jelas), huraian: Ali meminta ~ sebab-sebab perbuatan adiknya; 2. penyelesaian (pekerjaan, pembayaran hutang, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penjelasan | 1. keterangan yg lebih lanjut:Ia meminta ~ drpd gurunya sekali lagi. 2. perbuatan atau hal menjelaskan; penerangan. 3. penyelesaian ttg hutang atau pekerjaan. | Kamus Pelajar |
takwil | keterangan atau penjelasan mengenai sesuatu; tafsir. mentakwilkan memberi penjelasan; mentafsirkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
takwil | takwil Ar keterangan (mimpi dll), penjelasan, takbir, tafsir: mereka tidak pernah mengerti akan ~ ceritanya; mentakwilkan memberi penjelasan, menerangkan, mentafsirkan;takwilan sesuatu yg ditakwilkan: mimpi yg memerlukan ~ simbolik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tafsir | 1. keterangan dan penjelasan bkn ayat-ayat Quran (kitab suci): kuselidiki isi Quran sedalam-dalamnya, ~nya kukaji; ahli ~ orang yg bijak menerangkan maksud atau tujuan ayat-ayat Quran; 2. = tafsiran keterangan dan penjelasan (maksud ayat dll), kupasan, ulasan: ada manusia yg salah ~ menganggap sajak Salim berunsur cercaan; berbagai-bagai tafsiran telah diberi terhadap kenyataan tersebut; juru~ orang yg memberi penjelasan (ulasan dll); mentafsirkan 1. menerangkan maksud (ayat-ayat Quran): guru itu diminta ~ ayat-ayat Quran yg disebutkannya; 2. memberi penjelasan (keterangan), mengulas, mengertikan, menjelaskan: mahkamah mempunyai kuasa utk ~ perkara undang-undang yg syak dan waham; tafsiran 1. penjelasan (ayat-ayat Quran), tafsir; 2. hasil mentafsirkan, pengertian, pendapat; pentafsiran perihal (perbuatan) mentafsirkan (sesuatu); pentafsir orang yg mentafsirkan, ahli tafsir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perihal | 1. keadaan: sebenarnya saya merantau ke Sumatera ini kerana hendak melihat adat temasya dan ~ negeri-negeri Melayu di sini; 2. hal, kejadian, peristiwa: telah dilihat oleh baginda ~ itu, maka baginda pun terlalu marah; 3. tentang hal (kejadian dll), tentang keadaan, mengenai (sesuatu atau seseorang): ia bertanya ~ nasib ibunya sepeninggalannya hampir-hampir dua tahun itu; memerihalkan mengisahkan, menceritakan, menyatakan (tentang sesuatu) dgn jelas,menerangkan, menghuraikan: boleh dikatakan ketiga-tiga teks itu agak lengkap ~ cara istiadat itu dilaksanakan; perihalan sesuatu yg diperihalkan: ~ tentang potensi bagi percubaan; keperihalan kisah, keterangan, huraian: ~ sejarah yg terkhusus; pemerihalan pemberian keterangan (penjelasan), penjelasan, penghuraian; pemerihal yg memerihalkan, yg mengisahkan (menerangkan dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |