penjelmaan | perbuatan (hal dsb) menjelma atau menjelmakan: ~nya menjadi harimau tidak diketahui oleh isterinya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penjelmaan | 1. perihal menjelma, perihal lahir (kembali), tubuh atau benda yg terjadi drpd jiwa yg menjelma: di dlm hatinya ia berfikir entahkan mereka ini dewa-dewa dlm ~; 2. perihal masuknya jiwa ke dlm (tubuh manusia, binatang, dll); 3. (Bio) perihal perubahan bentuk (rupa, corak, dll) drpd sesuatu: perubahan rupa mulai drpd telur menjadi serangga itu dipanggil ~; 4. perihal menjelmakan (mewujudkan) cita-cita dll, pelaksanaan: sistem pelajaran sekarang ini adalah ~ sistem pelajaran Inggeris yg sangat merugikan kita; 5. ciptaan, karya, perwujudan cita-cita: novelnya yg pertama itu merupakan ~ seluruh peribadinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penjelmaan | perbuatan (hal dsb) menjelma atau menjelmakan: ~nya menjadi harimau tidak diketahui oleh isterinya. | Kamus Pelajar |
pemetaan(mapping) | Penjelmaan suatu set kepada set lain. Misalnya, penjelmaan senarai seperti data set nama kepada alamat. | Kamus Komputer |
titis II | Jw; menitis berpindah ke tubuh manusia (binatang dll), menjelma (bkn jiwa); titisan penjelmaan; penitisan 1. perihal menitis, penjelmaan (perpindahan) jiwa; 2. ilmu (kepercayaan) mengenai hal menitis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
titisan | penjelmaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
inkarnasi | penjelmaan semula (seseorang) dlm bentuk tertentu selepas meninggal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
reinkarnasi | (réinkarnasi) penjelmaan kembali makhluk yg telah mati (mengikut sesetengah kepercayaan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penitisan | 1. perihal menitis, penjelmaan (perpindahan) jiwa; 2. ilmu (kepercayaan) mengenai hal menitis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemunculan | proses menjadikan sesuatu, penjelmaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |