pensuisan | proses, hal, kaedah dsb memasang suis sesuatu: litar ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pensuisan | proses atau kaedah memasang suis sesuatu: litar ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pensuisan manual(manual switching) | Penukaran keadaan yang dilakukan oleh manusia. | Kamus Komputer |
pensuisan bingkisan(packet switching) | Kaedah perhubungan data digital untuk menyalurkan data atau mesej dari satu penghantar ke penerima dengan cara memisah-misahkan data atau mesej kepada blok kecil dan menyalurkan blok ini kepada talian penghantaran. Kaedah ini membolehkan bingkisan dihantar melalui jalan atau waktu yang berbeza untuk mendapatkan kecekapan yang tinggi. | Kamus Komputer |
ibu sawat (telekom) | pusat suis atau pensuisan yg merangkaikan atau menghubungkan talian-talian telefon: kegunaan telefon tanpa dail memerlukan sambungan oleh operator di ~ sawat telekom; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
suis | alat yg menghubungkan atau yg memutuskan sesuatu litaran elektrik: ~ lampu pemetik lampu. pensuisan proses, hal, kaedah dsb memasang suis sesuatu: litar ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
suis | alat penghubung atau pemutus litar elektrik, alat (yg dipetik) utk menyalakan atau memadamkan lampu elektrik; ~ lampu pemetik lampu; pensuisan proses atau kaedah memasang suis sesuatu: litar ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lapisan rangkaian(network layer) | Lapisan ketiga model ISO bagi protokol perhubungan data. Lapisan ini memberikan fungsi dan tatacara pertukaran unit data rangkaian antara dua bahagian pengangkut data melalui penyambungan rangkaian. Lapisan ini membebaskan bahagian pengangkutan daripada masalah pensuisan. | Kamus Komputer |
ibu I | 1. orang yg melahirkan kita, emak: tiap-tiap bulan, dia mengirim wang kpd ~nya di kampung; 2. panggilan hormat terhadap wanita yg telah berumur atau wanita yg bersuami: kaum ~ dipersilakan duduk di hadapan; 3. bahagian yg besar (induk, utama, pusat, dll) drpd sesuatu (spt pejabat dll); rumah ~ bahagian yg besar atau bahagian tengah sesebuah rumah; 4. ki inti: surah al-Fatihah sbg ~ kpd al-Quran; ~ afrit ketua dlm satu kumpulan budak-budak nakal; ~ ayam perempuan yg memperdagangkan pelacur; ~ haruan orang yg suka mengusik atau menyakat orang lain (biasanya kanak-kanak); ~ jari = ~ tangan jari yg besar antara jari-jari tangan; ~ kaki jari yg besar antara jari-jari kaki; ~ kandung ibu yg sebenar; ~ keladi orang tua yg masih berkelakuan spt orang muda-muda; ~ kelung gajah betina yg digunakan utk memikat gajah liar; ~ kota = ~ negara = ~ negeri bandar yg menjadi pusat pemerintahan sesebuah negeri; ~ kuih ragi (benda yg dibubuh dlm adunan supaya kuih naik); ~ mentua ibu kpd isteri (suami); ~ mutiara bahan yg keras, licin dan berkilat yg menjadi lapisan atau selaput kulit tiram terutamanya digunakan utk membuat butang, barang perhiasan, dll; ~ panah busar; ~ pasir pasir yg kasar-kasar; ~ pejabat pejabat besar; ~ pemalas orang yg sangat malas; ~ pembohong orang yg selalu bercakap bohong; ~ pertiwi negeri tempat tumpah darah (negeri sendiri); ~ roti sj yis yg menjadikan doh roti naik, kembang dan gebu; ~ saraf pusat urat saraf; ~ saudara adik perempuan atau kakak kepada ibu (bapa) kita; ~ sawat (telekom) pusat suis atau pensuisan yg merangkaikan atau menghubungkan talian-talian telefon: kegunaan telefon tanpa dail memerlukan sambungan oleh operator di ~ sawat telekom; ~ sungai sungai besar yg mempunyai beberapa buah anak sungai; ~ suri bonda raja; ~ susu perempuan yg menyusui seseorang kanak-kanak yg bukan anaknya sendiri; ~ tangga kayu (buluh) tempat anak tangga dipakukan atau diikat; ~ tunggal wanita bergelar ibu yg membesarkan serta mendidik anaknya seorang diri tanpa kehadiran suami kerana perceraian, kematian dsb; spt anak ayam kehilangan ~ prb rakyat yg berpecah-belah atau hilang akal kerana kehilangan pemimpin (kesusahan kerana bercerai dgn sahabat karib); beribu 1. mempunyai ibu; 2. menganggap sbg ibu; beribukan mempunyai sbg ibu: isteri yg ~ orang berharta; keibuan sifat-sifat ibu, kewanitaan: perasaan ~ memang cepat tumbuh di kalangan anak-anak perempuan; peribuan perindukan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |