pentakrifan | perbuatan, hal dsb mentakrif atau mentakrifkan: ~ dibuat selepas ayat-ayat itu dianalisis. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pentakrifan | perihal (perbuatan, cara, dsb) mentakrifkan (sesuatu): ~ harus dimulai dgn penerangan yg umum ke penerangan yg khusus; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pentakrifan rekursif(recursive definition) | Penyataan takrifan dalam atur cara yang turut mentakrifkan dirinya dalam takrifan yang dinyatakan. | Kamus Komputer |
pentakrifan indeks(index definition) | 1. Penyataan nilai indeks bagi ragam pengalamatan relatif dalam satu atur cara mesin. 2. Penyataan jumlah bilangan gelung dalam sesuatu atur cara FORTRAN perlu dilaksanakan, dengan menyatakan nilai permulaan, nilai tokokan, dan nilai tamat. | Kamus Komputer |
takrif | keterangan atau penjelasan yg sesingkat mungkin ttg sesuatu perkataan; definisi. bertakrif mempunyai takrif; (sudah) diberi takrif: kata yg tidak ~. mentakrif membuat takrif; menyediakan takrif: Latihan ~ dilakukan dlm bengkel itu. mentakrifkan memberikan takrif atau membuat takrif ttg sesuatu perkataan; mendefinisikan: Lebih sukar ~ sesuatu perkataan drpd menunjukkan penggunaannya dlm ayat. pentakrifan perbuatan, hal dsb mentakrif atau mentakrifkan: ~ dibuat selepas ayat-ayat itu dianalisis. pentakrif orang yg mentakrif atau mentakrifkan; orang yg membuat takrif. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
takrif | huraian yg ringkas dan tepat (tentang sesuatu spt makna perkataan dll), penjelasan (bkn sesuatu), penentuan, pernyataan (yg menerangkan), definisi: dgn ~ ini, dapat kita faham akan perasingan undang-undang dgn moral dan ilmu siasah; mentakrif memberi atau membuat takrif (definisi); mentakrifkan memberi takrif (pengertian dll) tentang, mendefinisikan: pengarang telah mencuba ~ novel tetapi ternyata bahawa novel itu tidak didefinisikan; pentakrifan perihal (perbuatan, cara, dsb) mentakrifkan (sesuatu): ~ harus dimulai dgn penerangan yg umum ke penerangan yg khusus; pentakrif orang yg memberikan takrif tentang sesuatu kata, istilah, dsb (apabila menyusun sesebuah kamus dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |