penular | agen (spt serangga dsb) yg menularkan penyakit dsb: serangga itu berperanan sbg ~ penyakit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tular | ; menular 1. membiak atau menjangkit (penyakit, benih penyakit): penyakit itu mudah ~; 2. ki merebak ke merata-rata tempat (sesuatu yg kurang baik), menjalar: apabila sikap acuh tak acuh ~ kpd seluruh masyarakat, apa-apa rancangan pun tidak akan mendapat sambutan;menulari menular kpd, berjangkit kpd, menjangkiti: penyakit malaria yg ~ penduduk kawasan luar bandar masih belum dapat dihapuskan lagi; menularkan menjadikan menular, merebakkan, menjangkitkan: ada antara kita yg secara sedar atau tidak sedar telah menanamkan dan ~ keresahan sesama manusia; ketularan dihinggapi penyakit menular, kejangkitan; penularan perihal menular (menulari, menularkan): ~ krisis itu hanya berkisar antara beberapa orang anggota yg tertentu; penular agen (spt serangga dsb) yg menularkan penyakit dsb: serangga itu berperanan sbg ~ penyakit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |