Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nun.jang] | ڤنونجڠ

Definisi : 1. orang yg memberi tunjangan (bantuan dll), penyokong; 2. orang yg menyokong sesuatu pihak (dlm perlawanan bola sepak dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tunjang
Kata Terbitan : bertunjangkan, menunjang, tunjangan, penunjang,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
penunjang1. orang yg memberi tunjangan (bantuan dll), penyokong; 2. orang yg menyokong sesuatu pihak (dlm perlawanan bola sepak dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
penunjang2 orang yg menyokong sesuatu pihak (dlm perlawanan bola sepak dll).Kamus Pelajar
penunjang1 orang yg memberi tunjangan atau bantuan; penyokong.Kamus Pelajar
penopangsokong, penunjang, penyangga, penyokong.Kamus Dewan Edisi Keempat
tunjangpenunjangKamus Pelajar
galang Ibenda melintang utk landasan (penunjang, penopang, dll); ~ dapur a) papan di sekeliling tempat memasak; b) sj tumbuhan, gading; ~ ganti pengganti; ~ geta Kd gelegar; ~ kepala bantal (kepala); ~ perahu balak utk menyangga perahu; bergalang 1. menggunakan galang (bantal, landasan, dll); ~ tanah berbantal tanah; 2. berada di atas galang, sedang disangga (ditopang) dgn galang;menggalang 1. diberi galang (landasan,ganjal, dll), menyokong, menunjang: ~ kepala dgn bantal; ~ perahu; 2. Id memperkuat, memperkukuh (negara, pertubuhan, dll): menyumbangkan tenaga dan fikiran utk ~ parti sendiri; 3. menghalang: barang kehendaknya tidak pernah digalang melainkan diturutkan sahaja;menggalangkan 1. membuat sesuatu sbg galang: ~ paha di bawah kepala orang sakit; ~ batang leher ki sanggup berkorban; 2. meletakkan (perahu dsb) di atas galang: sampan yg bocor itu akan digalangkan;tergalang 1. digalang, berganjal; kapal ~ kapal yg terletak di atas galang; lidah ~ ki tidak dapat bertutur lagi (menyanggupi permintaan dll); 2. terhalang, tersekat; galangan 1. tempat membaiki kapal di darat, landasan; 2. halangan, sekatan: ketiadaan wang adalah satu ~ yg besar utk meneruskan pelajaranku; 3. = galang-galangan permatang sawah;penggalang sesuatu yg digunakan utk menggalang, perintang.Kamus Dewan Edisi Keempat
tunggak1. bahagian batang kayu yg masih tinggal dlm tanah sesudah ditebang atau patah, tunggul; 2. = tunggakan kerja yg masih belum dihabiskan; 3. ki asas, tunjangan, penunjang, pendukung; menunggak 1. belum membayar hutang (ansuran dll), menanggguhkan pembayaran hutang (ansuran dll): jika sebulan lagi ia ~, keretanya akan ditarik balik; 2. tidak meng-habiskan pekerjaan (masih ada yg belum dibuat), meninggalkan sedikit pekerjaan: kerja hari ini mesti dihabiskan hari ini juga, jangan dibiarkan ~ hingga esok; tertunggak masih belum dijelaskan, diberes-kan, diselesaikan dsb (bkn bayaran, hutang, pekerjaan dsb): seorang stokis telah gagal menjelaskan hutang ~ hampir RM900 000; beliau berpuas hati dgn kejayaan badan kehakiman dan mahkamah mengurangkan sejumlah kes ~ dgn berkesan; tunggakan 1. hutang (ansuran dll) yg masih belum dijelaskan, baki hutang dll (yg seharusnya sudah dibayar): sekali gus dua bulan akan dibayarnya ~nya; 2. pekerjaan (kerja) yg masih belum dihabiskan, sisa pekerjaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
topang Isangga (penyokong) yg bercabang; tiang ~ tiang yg di hadapan; bertopang 1. memakai topang (sangga), disangga, disokong, ditunjang: dahan pokok itu harus diberi ~ kalau tidak nanti patah; (duduk) ~ dagu (duduk) dgn dagunya disangga dgn tangan; 2. bertumpu (pd), berdasar (pd), bertekan (pd): tangannya ~ pd kerusi; ~ lutut duduk dgn meletakkan tangan (siku) pd lutut; bertopangkan menggunakan sesuatu sbg topang; menopang menyangga (menunjang) dgn kayu dll yg bercabang: bahagian hadapan rumah itu ditopang dgn dua batang kayu; tangannya ~ kepalanya; Raja Shahrul Alam ~ dagu seraya mengurut-urut janggutnya; topang-~ bantu-membantu, sokong-menyokong, tolong-menolong; topangan penopang; penopang sokong, penunjang, penyangga, penyokong.Kamus Dewan Edisi Keempat
tunjang I; akar ~ akar yg tumbuh lurus ke bawah ke dlm tanah (utk menguatkan pendirian pokok); bertunjang 1. ada akar tunjangnya (tumbuh-tumbuhan); 2. ki berpegang teguh (pd), berasas (pd), bersandar (pd): ajaran mereka itu tidak ~ pd agama, tidak bersandar pd logik; ~ kayu ara, ~ pula mali-mali prb orang hina dan miskin hendak menyerupai orang mulia dan kaya; bertunjangkan ki berasaskan, berdasarkan, bersandarkan: Hassan Ali akan mewakili generasinya dlm bidang penulisan cerita-cerita pendek lucu dan menyindir yg ~ jiwa orang Melayu; kenyataan ini ~ fakta bahawa bahasa baku adalah ragam yg dihubungkan dgn suasana rasmi dan formal; menunjang 1. menyokong (menopang, menongkat, dll) supaya jangan rebah atau runtuh; 2. = menunjangi memberi sokongan dsb, menolong menjadikan (lebih) kukuh (berkesan, berpengaruh, dll), membantu: se-masa aku sekolah, mamakku turut ~ belan­ja­ku itu dgn wang; dunia kesusasteraan masa kini masih dikuasai dan ditunjangi oleh golongan penulis veteran yg telah lama berkarya; tunjang-menunjang saling bantu-membantu: saling bertukar pengalaman, pandangan, dan pendapat serta ~ dlm setiap gerakan dan kegiatan sasterawan; tunjangan bantuan (berupa wang dll) yg diberikan, pertolongan, sokongan: kaum penganggur di sini mendapat ~; penunjang 1. orang yg memberi tunjangan (bantuan dll), penyokong; 2. orang yg menyokong sesuatu pihak (dlm perlawanan bola sepak dll).Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas