Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penuturan 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tutur II; tuturan; ~ atap cucuran atap; penuturan 1. tuturan: ~ atap; 2. = petuturan sl keturunan: akan Hang Nadim itu sedia asal anak Melaka, menantu kpd Laksamana ~ keluarga kpd Bendahara Seri Maharaja.Kamus Dewan Edisi Keempat
penuturan1. tuturan: ~ atap; 2. = petuturan sl keturunan: akan Hang Nadim itu sedia asal anak Melaka, menantu kpd Laksamana ~ keluarga kpd Bendahara Seri Maharaja.Kamus Dewan Edisi Keempat
senyap1. = ~ sunyi = sunyi ~ sunyi sekali, tidak bising sedikit pun, sepi; 2. tidak kedengaran apa-apa, tidak ada sesiapa yg bercakap (berkata-kata): ketika itu ~, tiada siapa yg berani bercakap; 3. tidak berkata-kata, tidak mengatakan apa pun, tidak ber-suara, diam; 4. nyenyak (tidur), lena; 5. tidak sibuk (perniagaan), lengang; 6. tidak diper-katakan lagi (sesuatu perkara): akhirnya perkara itu ~ dgn sendiri; senyap-senyap tidak dgn berkata-kata, secara rahsia: perasaan kecewa itu tersimpan ~; bersenyap-senyap dgn diam-diam (tidak bising, tidak bersuara, dll); menyenyapkan menyebabkan senyap (tidak mengeluarkan bunyi, tidak kedengaran suara, tidak diperkatakan lagi dsb): makanan yg diberikan itu ~ salakan anjing jirannya; kesenyapan perihal (keadaan dsb) senyap: penuturan perkataan itu dlm dua ujaran yg dipisahkan oleh ~; seseorang pengerusi yg putar belit akan menganggap bahawa ~ peserta adalah sbg tanda bersetuju; penyenyap alat utk mengurangkan bunyi bising (pd ekzos enjin, senapang, piano, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
tuturapa-apa yg diucapkan; perkataan; ucapan: ~ bahasa (kata) perkataan yg diucapkan. bertutur bercakap; berbicara: Ia ~ dlm bahasa Melayu dgn fasihnya. menuturkan 1 meng­ucapkan (kata-kata); melafazkan. 2 mengisahkan; menceritakan. per­tuturan 1 cara atau gaya bertutur; sebutan: ~ budak itu masih pelat. 2 apa-apa yg dituturkan; percakapan: Dlm ~ sehari-hari, kita tidak menggunakan bahasa surat. penuturan perbuatan atau hal menuturkan; pembicaraan. penutur orang yg bertutur atau menuturkan: ~ asli bahasa Melayu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tutur Iapa yg diucapkan, kata, perkataan, ucapan; ~ bahasa = ~ cakap = ~ kata bahasa per-cakapan; ~ dan kata ucapan dan kata; ~ nista kata-kata yg menista (mencemuh dll); ~ sepatah kata sepatah; bahasa ~ bahasa percakapan; buah ~ apa yg diperkatakan, buah mulut, bahan percakapan; bertutur bercakap, berbicara, berkata: calon-calon hendaklah boleh ~ dlm bahasa kebang-saan dgn fasih; bertutur-tutur bercakap-cakap, berkata-kata: setelah ~ sececah, ia pun mohon diri akan pulang; menuturkan 1. mengeluarkan kata-kata, me­­la­­­faz­kan, mengatakan, mengucapkan; 2. mengucapkan (nama dll), menyebutkan: ada­pun pendeta-pendeta ~ keesaan Tuhan yg ada itu dgn pelbagai nama yg berlainan; 3. = mem­pertuturkan mengisahkan, men-ceritakan: ada antara tukang cerita ini yg masih ~ beberapa cerita dlm majlis per-kahwinan di kampung; pertuturan 1. cara atau gaya menuturkan sesuatu, lafaz, sebutan, ucapan: kata kita jangan, katanya jangang, kata kita bulan, katanya bulang, tetapi ~nya sahaja demi-kian; 2. apa yg dituturkan, percakapan: perkataan yg dipinjam ini bukan hanya ter-simpan dlm kamus tetapi digunakan dlm ~ sehari-hari oleh orang ramai; penuturan perihal menuturkan, pembi­cara-an, percakapan: cerita-cerita ini diabadi­kan melalui ~ sahaja walaupun pd adatnya cerita-cerita itu berubah-ubah dan bertokok tambah; penutur orang (kaum dsb) yg menuturkan sesuatu bahasa, orang (kumpulan orang) yg menggunakan sesuatu bahasa (sbg kelaziman): ~ bahasa Melayu tentulah berasa perlu mengungkapkan segala yg baru ini dlm bahasa Melayu; ~ asli penutur sesuatu bahasa yg sudah menjadi bahasa ibundanya.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas