Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nya.li.nan] | ڤڽالينن

Definisi : perbuatan dsb menyalin (sesuatu naskhah dsb); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nya.li.nan] | ڤڽالينن

Definisi : perbuatan atau hal menyalin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
salin (kata kerja)
1. Dalam konteks pakaian
bersinonim dengan tukar, ganti, silih, ubah,

2. Bersinonim dengan tulis: tiru, ikut, surih, tekap, fotokopi, mendua,

Kata Terbitan : bersalin, menyalin, menyalinkan, mempersalinkan, salinan, persalinan, penyalinan, penyalin,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
penyalinanperbuatan atau hal menyalin.Kamus Pelajar Edisi Kedua
penyalinanperbuatan dsb menyalin (sesuatu naskhah dsb);Kamus Dewan Edisi Keempat
penyalinan cakera(disk copying)Lihat penduaan cakera.Kamus Komputer
pemacu destinasi(destination drive)Pemacu cakera yang akan menerima salinan data daripada proses penyalinan yang dilakukan terhadap cakera yang berada di pemacu sumber.Kamus Komputer
lindungan salin(copy protect)Sifat perkakasan atau perisian yang dilengkapkan dengan ciri untuk menghalang penyalinan haram.Kamus Komputer
salin I; ~ tak tumpah betul-betul menyerupai seseorang atau menyerupai yg asalnya. bersalin berganti atau ber­tukar dgn yg lain; berubah rupanya: Tunggu sebentar, dia sedang ~ pakaian. menyalin 1 menukar atau mengganti dgn yg lain: Sekembalinya dr pejabat, dia ~ pakaiannya. 2 mengubah bekas; memindahkan ke bekas lain: ~ air dr tin ke botol. 3 menulis sesuatu yg serupa di tempat lain; meniru: Murid-murid disuruh ~ tulisan itu ke dlm buku masing-masing. 4 mengubah bahasanya ke bahasa lain; menterjemahkan: Dia telah diminta ~ buku Ihya Ulumuddin itu ke bahasa Melayu. salinan hasil drpd menyalin; tiruan yg sama: ~ surat beranak; ~ foto salinan yg dibuat dgn menggunakan mesin fotostat; fotokopi. ~ keras ist output komputer yg dicetak pd kertas atau disalin pd filem, transparensi, atau bahantara fizikal lain. ~ lembut ist output komputer dlm bentuk video, audio, dsb yg memerlukan perkakasan utk melihat output tsb. penyalinan perbuatan atau hal menyalin. penyalin 1 orang yg menyalin atau yg menterjemahkan. 2 alat atau mesin yg digunakan utk membuat salinan bahan bercetak dsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua
salintukar (pakaian, nama, dll), ganti (kenaik-an), tiru (tulisan, karangan, dll); (se)~ tak tumpah prb dua orang yg serupa benar; bersalin 1. bertukar (pakaian dll), berubah (warna, kulit, bulu, dll): dia mahu ~ pakaian; 2. bh melahirkan anak, beranak: maka permaisuri pun datanglah sakit hendak ~; bersalin-salin bertukar-tukar, berganti-ganti; menyalin 1. menukar (dgn yg lain), meng-ganti: pakaian hendaklah selalu disalin; 2. memindahkan (ke bekas, tempat lain, dll): penjaga kedai itu sedang ~ minyak ke dlm botol; 3. meniru, menulis (serupa dgn yg ada): bapaku diupah utk ~ hikayat-hikayat yg tua itu; 4. menterjemah: pd hari itu juga aku mulai ~ buku itu ke bahasa Melayu; menyalini, mempersalin, memper­salini sl memberi hadiah atau anugerah (dgn selengkap pakaian): maka dipersalini oleh Raja Iskandar akan Raja Kida Hindi spt pakaian dirinya; utusan hendak bermohon diri, dipersalin oleh ratu Bestari; mempersalinkan sl menghadiahkan se­leng-kap pakaian, menganugerahkan: baiklah kita suruh paduka bonda sambut Tun Tuah supaya kita persalinkan dia; salinan 1. turunan (surat dll), halaman atau lembaran yg bukan asal, tetapi sama setiap butirannya dgn yg asal: hanya ~-~ sijil sahaja yg perlu dihantar; 2. terjemahan; persalinan, persalin 1. = pesalin sl seleng-kap pakaian (sbg hadiah): segala orang yg datang itu semuanya dianugerahinya pesalin; 2. pakaian utk bersalin: diambilnya pakaian dua ~, satu pakaian laki-laki dan satu pakaian perempuan; 3. perihal bersalin: ~ kulit itu berlaku hanya sehingga lipas itu bersayap; penyalinan perbuatan dsb menyalin (sesuatu naskhah dsb); penyalin 1. orang yg menyalin (men­terjemah dll): ~ hikayat tersebut ialah seorang peranakan; 2. alat atau mesin yg digunakan utk membuat salinan bahan bercetak dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas