ledakan maklumat | penyebaran maklumat, data dan sebagainya yang banyak secara cepat dan pesat yang mengakibatkan kesukaran untuk mengawalnya | Kamus DBP versi dalam Talian |
teknologi maklumat | teknologi yg berkaitan dgn pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat secara elektronik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
teknologi maklumat | teknologi yg berkaitan dgn pe-merolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat secara elektronik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
teknologi maklumat dan komunikasi | teknologi yg berkaitan dgn pemerolehan, penyimpanan, pem-prosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan tele-komunikasi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pendokumenan(documentation) | Penyampaian pengurusan dan perhubungan maklumat. Pendokumenan melibatkan pembinaan, pengumpulan, pengurusan, dan penyebaran maklumat yang terdapat dalam dokumen. | Kamus Komputer |
sistem maklumat(information system) | Sistem yang berkaitan dengan pengumpulan, pemasukan, penyimpanan, pemprosesan, pengeluaran, dan penyebaran maklumat. | Kamus Komputer |
teknologi | /téknologi/ ilmu ttg cara mencipta barang-barang dlm perusahaan, spt bangunan, jentera. ~ maklumat teknologi yg berkaitan dgn pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat secara elektronik. ~ maklumat dan komunikasi teknologi maklumat melalui penggunaan komputer dan dlm bidang telekomunikasi. berteknologi mempunyai teknologi: kenderaan ~ tinggi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
teknologi | (téknologi) 1. aktiviti atau kajian yg menggunakan pengetahuan sains utk tujuan praktis dlm industri, pertanian, perubatan, perniagaan, dll, sains gunaan: Universiti Malaya memainkan peranan yg penting utk melahirkan pakar-pakar ~ kita; 2. kaedah atau proses menangani sesuatu masalah teknikal; ~ maklumat teknologi yg berkaitan dgn pe-merolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat secara elektronik; ~ maklumat dan komunikasi teknologi yg ber-kaitan dgn pemerolehan, penyimpanan, pem-prosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan tele-komunikasi; ~ tinggi teknologi yg berasaskan kajian saintifik termaju spt penggunaan peralatan elektronik yg canggih; berteknologi mempunyai teknologi: masya-rakat ~ tinggi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tapis I | 1. alat utk menapis; 2. bp menapis; bertapis (telah) ditapis: air yg belum ~;menapis 1. menuras dgn saringan (barang yg cair spt minyak, air minum, dll), menyaring: air yg digunakan di situ telah dibersihkan dan ditapis sebelum dihantar ke rumah-rumah; 2. meneliti serta memilih-milih (utk mengasingkan yg dikehendaki drpd yg tidak dikehendaki), menyaring: ia perlu ~ maklumat yg berbagai-bagai itu sebelum membuat sesuatu pilihan yg dapat diterima; tapisan 1. sesuatu yg sudah ditapis, hasil drpd menapis; 2. = penapis alat utk menapis sesuatu: ~ minyak; penapisan 1. perbuatan menapis: ~ minyak; ~ kertas kerja dilakukan oleh ahli jawatankuasa; 2. (Udg) pemeriksaan yg dibuat terhadap bahan terbitan, filem dsb dgn tujuan utk menghalang penyebaran atau pengeluaran bahan yg boleh dikira sebagai tidak bermoral, lucah, cabul atau membahayakan keselamatan; penapis 1. alat utk menapis, penyaring: kaca atau filem yg berwarna itu dinamakan ~ warna atau ~ cahaya; 2. orang (badan dsb) yg menapis: dlm negeri kita ini, ada Lembaga P~ Filem, sebuah badan yg bertugas utk menapis filem yg hendak ditayangkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |