penyegaran | proses menyegarkan sesuatu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pelembapan | perihal atau perbuatan melembapkan: Kaedah menjaga kecantikan termasuklah pembersihan, penyegaran dan ~ kulit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ingatan statik(static memory) | 1. Peranti ingatan yang mengandungi maklumat tetap. 2. Peranti ingatan yang tidak memerlukan penyegaran semula. 3. Peranti ingatan yang tidak mengandungi sebarang bahagian mekanik yang bergerak. | Kamus Komputer |
lembap | 1 masih basah (bkn kain yg dibasuh dll); tidak kering benar: Kain di jemuran masih ~ kerana hari tidak panas. Masa yg paling baik utk bertanam ialah semasa tanah dlm keadaan gembur dan ~. 2 tidak cekap atau tidak cergas (dlm menjalankan tugas; melaksanakan pekerjaan dll): Pegawai yg ~ sentiasa mengada-adakan alasan utk menutup kelemahannya. 3 tidak rancak (bkn muzik, nyanyian dsb). ~ cair ist bersifat menjadi lembap dan cair apabila didedahkan ke udara. melembapkan menjadikan lembap atau menyebabkan jadi lembap. lembapan (banyak sedikitnya) wap air yg terkandung dlm udara. kelembapan keadaan lembap. pelembapan perihal atau perbuatan melembapkan: Kaedah menjaga kecantikan termasuklah pembersihan, penyegaran dan ~ kulit. pelembap bahan atau sesuatu yg melembapkan: Losen dpt berfungsi sbg ~ kulit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
segar I | 1. nyaman dan sihat (badan), tidak berpenyakit, cergas: perjalanan darah men-jadi bertambah kencang dan seluruh ang-gota akan ~; 2. menimbulkan rasa nyaman (enak, tenteram): angin yg berhembus sepoi-sepoi dr balik bukit itu ~ nyaman; 3. tumbuh dgn suburnya (bkn tumbuh-tumbuhan), tidak layu: tumbuh-tumbuhan hidup ~ di taman ini; 4. rancak, cergas, hidup: gaya peng-ucapan yg ~; ia juga mengharapkan novel Alias Ali yg akan datang akan lebih ~ drpd novel ‘Gersang’ ini; 5. masih baru (sesuatu barang, berlakunya sesuatu peristiwa dll), terlekat pd ingatan: segala apa yg terjadi antara dia dan teman-temannya masih ~ dlm ingatannya; tenaga-tenaga baru yg masih ~; ~-bugar = ~-pugar a) sihat (cergas, subur, pantas) benar: menangis ibunya melihat keadaan puteranya yg dahulunya ~-bugar, kini hanya sbg rangka; b) masih baru benar (sesuatu benda, peristiwa, dll); menyegar menjadi segar (kulit dsb): kulit boleh melembut dan ~ dgn menggunakan krim muka ini; menyegarkan menjadikan segar (sihat), menyebabkan jadi segar: bersenam dan bermain itu ~ otak; angin malam berhembus ~; kesegaran perihal atau keadaan segar (sihat, cergas, dll), kecergasan: ~ badannya dijaga sungguh-sungguh; penyegaran proses menyegarkan sesuatu; penyegar sesuatu yg menyegarkan (menye-babkan menjadi segar). | Kamus Dewan Edisi Keempat |