Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
selenggara
Kata Terbitan : menyelenggarakan, selenggaraan, penyelenggaraan, penyelenggara,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
selenggara; menyelenggarakan 1. mengu­rus dan mengerjakan, mengelolakan, meng-usahakan: ladang yg luas diselengga­rakan mengikut pengetahuan sains; 2. menjalan-kan, melaksanakan (rancangan, perintah, dll): pelebaya pun sangguplah ~ pesan Ken Tambuhan; ~ pembangunan ekonomi; 3. mem-bela, memelihara, menjaga, merawat: beri maaf saya, engku, kerana saya belum sanggup ~ engku dgn sepatutnya; 4. mengatur, mengurus (peraduan, pameran, dll): pegawai ini telah dihantar khas utk ~ pameran buku agama Islam; selenggaraan 1. peliharaan; 2. hasil drpd menyelenggarakan (mengusahakan, me­nge-lo­la­kan, dll); penyelenggaraan 1. perbuatan menyeleng­garakan sesuatu, pelaksanaan, pengelolaan: cara-cara ~ pemerintahan; 2. pemeliharaan, pengawasan: ia di rumah sakit dan dlm ~ tuan doktor; penyelenggara 1. pemelihara, penjaga: ~ kebun; 2. orang yg menyelenggarakan (meng-usahakan dll) sesuatu: ~ upacara; ~ pejabat budak suruhan di pejabat-pejabat, peon.Kamus Dewan Edisi Keempat
penyelenggaraan1. perbuatan menyeleng­garakan sesuatu, pelaksanaan, pengelolaan: cara-cara ~ pemerintahan; 2. pemeliharaan, pengawasan: ia di rumah sakit dan dlm ~ tuan doktor;Kamus Dewan Edisi Keempat
kitar pengendalian(operation cycle)1. Fasa yang digunakan oleh pemproses untuk mengerjakan suruhan atau pengendalian dan bukan untuk tugas penyelenggaraan atau persediaan peralatan. 2. Nama lain bagi fasa pelaksanaan kitar mesin mikropemproses.Kamus Komputer
pendokumen(documentor)1. Orang yang bertugas menulis bahagian keterangan cara kerja perisian atau manual perkakasan atau perisian. 2. Atur cara yang berfungsi membantu pembentukan dan penyelenggaraan dokumen dalam bentuk carta alir, teks, atau dokumen tentang perkakasan atau perisian.Kamus Komputer
membebankan1 memuatkan sbg beban; menjadikan sesuatu sbg beban: Anak itu telah ~ dua buah beg kpd pengangkut barang di stesen kereta api. 2 menyerahkan sesuatu sbg tugas (tanggungjawab dsb): Pihak pentadbiran telah ~ penyelenggaraan projek itu kpd Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Bahasa.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pemeliharaan1. perbuatan memelihara, pembelaan, perawatan: amalkan langkah-langkah asas ~ kulit; 2. pendidikan: anaknya itu diserahkan ke dlm ~ seorang pengasuh; 2. penternakan (binatang): diadakan kawasan khas utk ~ binatang-binatang ternakan; 3. penjagaan (pengolahan, penyelenggaraan) bahasa dll: pd Amir Hamzah ~ aliterasi dan asonansi merupakan corak puisinya; 5. pe­nyelamatan (drpd bencana, rosak, dll): ~ tanah;Kamus Dewan Edisi Keempat
membebankan1. memuatkan sbg beban; menjadikan sesuatu sbg beban: Anak itu telah ~ dua buah beg kpd pengangkut barang di stesen kereta api. 2. menyerahkan sesuatu sbg tugas (tanggungjawab dsb): Pihak pentadbiran telah ~ penyelenggaraan projek itu kpd Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Bahasa.Kamus Pelajar
tarif1 senarai harga atau bayaran yg ditetapkan (utk bilik, makanan dll). 2 (senarai) cukai atas barang-barang yg diimport atau dieksport. mentarifkan membuat atau menetapkan tarif utk harga, bayaran bagi sesuatu: Pihaknya sudah selesai ~ semua bayaran bagi perkhidmatan yg disediakan. pentarifan perihal atau perbuatan mentarifkan: Disebabkan kos penyelenggaraan sudah meningkat, maka ~ semula terhadap perkhidmatan itu wajar dilakukan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
urusan1. sesuatu yg diurus, pekerjaan dsb yg harus diuruskan: Muluk tidak peduli, dia ada ~ penting di Pulau Pinang; Islam mem-bebaskan juga perempuan memegang se-barang jawatan dan mengurus sebarang ~ sekalipun di luar rumahnya; 2. hal (perkara, soal, dll) yg perlu diberi perhatian atau diuruskan: saya datang ke mari kerana ada ~ penting; 3. sesuatu yg ada kaitannya dgn (pekerjaan, tugas, dll), segala yg bersangkut paut dgn (sesuatu): guru besar hanya menjalankan ~-~ sekolah sahaja sedangkan kerja-kerja pejabat dibuat oleh seorang kerani; 4. pengelolaan, penyelenggaraan: kerana ~nya tidak betul, syarikat itu telah jatuh bankrap;Kamus Dewan Edisi Keempat
beban1 benda berat yg dibawa ketika berjalan; barang-barang yg diletakkan di belakang kuda dsb: Mana mampu saya membawa ~ sebanyak itu? 2 apa-apa yg mesti ditanggung oleh seseorang; sesuatu yg susah dilakukan: Apabila kita besar kelak, janganlah hendaknya memberatkan ~ kedua-dua orang tua kita. membebani memberi beban (tanggungan dsb) kpd: Janganlah engkau ~ aku lagi dgn masalah yg dpt engkau selesaikan sendiri. membebankan 1 memuatkan sbg beban; menjadikan sesuatu sbg beban: Anak itu telah ~ dua buah beg kpd pengangkut barang di stesen kereta api. 2 menyerahkan sesuatu sbg tugas (tanggungjawab dsb): Pihak pentadbiran telah ~ penyelenggaraan projek itu kpd Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Bahasa.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12

Kembali ke atas