selidik | cermat serta teliti ketika melakukan sesuatu: Dia telah menyiasat hal itu dgn ~nya. menyelidik 1 menyiasat utk mencari keterangan ttg sesuatu: Mereka sedang ~ sama ada perkara itu benar atau tidak. 2 mempelajari dgn sungguh-sungguh (utk mengetahui): Dia telah pergi ke kawasan itu utk ~ cara hidup orang di situ. 3 mengintai musuh; mengintip. penyelidikan perbuatan atau hal menyelidik; pemeriksaan: ~ ttg penyakit malaria telah dilakukan pd awal kurun kedua puluh. penyelidik 1 orang yg menyelidik atau mempelajari sesuatu dgn sungguh-sungguh: Dia bekerja sbg Pegawai ~ Kaji Tumbuh-tumbuhan di Pusat Penyelidikan Getah. 2 orang yg mengintip musuh; pengintip; penyuluh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
selidik | teliti dan cermat: terlalu rajin ia be-lajar bahasa Melayu serta dgn ~nya; menyelidik, menyelidiki 1. memeriksa sesuatu yg belum terang, menyiasat utk men-dapat keterangan dsb tentang sesuatu: bebe-rapa orang pakar sedang ~ kemungkinan agama Islam dibawa dr negeri China ke Tanah Melayu; 2. mempelajari sungguh-sungguh (utk mengetahui sesuatu): biarlah aku selidiki buku-buku ini, barangkali fikiran dan mataku akan lebih terang; 3. mengintip (mengintai) musuh, menyuluh; penyelidikan perbuatan menyelidik, pemeriksaan: ~ telah pun dijalankan tentang kanak-kanak; penyelidik 1. orang yg menyelidiki (mempelajari dgn sungguh-sungguh) sesuatu: Raja Ali Haji dapat dikatakan seorang ~ yg cermat; 2. pengintip, penyuluh, peluluk: komandan daerah gerila telah mengirim ~ ke segenap kampung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyelidik | 1 orang yg menyelidik atau mempelajari sesuatu dgn sungguh-sungguh: Dia bekerja sbg Pegawai ~ Kaji Tumbuh-tumbuhan di Pusat Penyelidikan Getah. 2 orang yg mengintip musuh; pengintip; penyuluh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penyelidik | 1. orang yg menyelidiki (mempelajari dgn sungguh-sungguh) sesuatu: Raja Ali Haji dapat dikatakan seorang ~ yg cermat; 2. pengintip, penyuluh, peluluk: komandan daerah gerila telah mengirim ~ ke segenap kampung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyelidik | 1 orang yg menyelidik atau mempelajari sesuatu dgn sungguh-sungguh: Dia bekerja sbg Pegawai ~ Kaji Tumbuh-tumbuhan di Pusat Penyelidikan Getah. | Kamus Pelajar |
khusus | (jamak bagi khas) khas, istimewa (utk seseorang atau sesuatu), tidak umum: kursus-kursus dan latihan itu ~ utk kaum wanita; persidangan pegawai-pegawai itu diadakan utk membincangkan masalah ekonomi, ~nya ekonomi luar bandar; badan-badan ~ badan utk tujuan (tugas, tanggungjawab, dll) yg tertentu; mengkhusus menjadi khusus, menjadi (merupakan) sesuatu yg bersifat khusus: teknologinya berkembang dgn sangat pesat dan ~; ~ kpd menuju kpd, menjadi tertumpu kpd, menumpu kpd; mengkhususi menumpukan usaha kpd bidang atau aktiviti tertentu: penyelidik-penyelidik yg ~ bidang geofizik; mengkhususkan menjadikan khusus (utk orang atau sesuatu yg tertentu), mengistimewakan, mengekhaskan: ia ~ diri dlmbidang kebudayaan; tempat yg dikhususkan bagi para jemputan khas; terkhusus terkhas, teristimewa, tertentu (utk sesuatu); kekhususan 1. perihal (sifat dsb) khusus: ~ sesuatu ilmu pengetahuan; 2. sesuatu yg (bersifat) khusus; pengkhususan perihal menjurus dlm sesuatu bidang; berpengkhususan mempunyai pengkhususan: syarikat tersebut berkecimpung dan ~ dlm bidang reka bentuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jawatan | 1. kedudukan dlm pekerjaan yg menentukan tugas seseorang (spt sbg Ketua Pengarah, Pegawai Penyelidik, Setiausaha, Pengerusi, dsb): dia memegang ~ Ketua Bahagian sejak lima tahun yg lalu; meletakkan ~; 2. sl tanda atau alat kebesaran; payung ~ payung kebesaran; 3. sl pegawai istana, bentara, sida-sida: baginda dihadapi oleh sekalian ~nya; 4. Id bahagian sesuatu kementerian dll, jabatan; 5. Id segala sesuatu yg berhubungan dgn kerajaan, urusan kerajaan; 6. sl barang yg dipegang (dibawa dll); ~ tera Id jawatan metrologi (yg mengurus pengawasan dan pemeriksaan timbangan dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kraf | 1. perusahaan (kerja, seni, dsb) yg memerlukan kemahiran terutamanya kemahiran menggunakan tangan: projek ini diyakini akan memanfaatkan pencipta ~, peminat ~, pereka bentuk, penyelidik, penuntut, dan pelawat ~; 2. yg memerlukan (dihasilkan dgn) kemahiran terutamanya kemahiran menggunakan tangan: barangan ~ tempatan; industri ~ Malaysia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
siasat I | 1. pemeriksaan (yg teliti), penyelidikan: mereka menjalankan ~ berhubung dgn keselamatan dlm negeri, sama ada perkara itu benar atau tidak; terlalu sangat periksa dan ~nya; badan ~ badan penyelidik (mencari keterangan); 2. teguran, celaan, kecaman, kritik; 3. segala sesuatu yg bersangkutan dgn kenegaraan (pemerintahan negeri), siasah, politik: campur tangan Belanda dan Inggeris dlm ~ Alam Melayu juga dikisahkan dlm buku tersebut; 4. kebijaksanaan (kebolehan, kecekapan, dll) mengerjakan sesuatu (mencapai sesuatu maksud), muslihat, taktik: ahli negara Byzantium telah menjalankan suatu ~ licin utk melemahkan kaum Muslimin di Timur dan orang Kristian di Eropah Barat; ~ bumi hangus tindakan memusnahkan segala yg dianggap penting bagi musuh; ~ dunia politik dunia; ~ kura-kura bp tindakan yg diambil mengikut keadaan; ~ luar negeri politik luar negeri; ~ perang muslihat dlm peperangan; ~ perniagaan hal (ilmu pengetahuan, putar belit) dlm perniagaan; bersiasat 1. membuat penyelidikan (pemeriksaan) dgn bertanya dll; 2. menggunakan siasat (taktik, kebijaksanaan, muslihat, dll) utk mencapai sesuatu maksud, berdiplomasi; menyiasat, menyiasati 1. menyelidiki (memeriksa) sesuatu perkara yg belum terang, mencari keterangan bkn sesuatu perkara, mengusut: kerajaan berjanji akan ~ aduan-aduan itu; kalau disiasati dgn lebih teliti, agaknya mudahlah dijejaki pembunuh-pembunuh itu; 2. menghuraikan (sesuatu perkara dll), menyelidiki (utk mengetahui kebenaran dll), menelaah: doktor sedang ~ apa jenisnya penyakit itu; mereka mempercayai apa sahaja yg didengar dgn tiada ~ atau menguji kebenarannya; 3. menanyai atau menyoal (utk mengetahui sesuatu), menemu duga: mereka telah dibawa ke Ipoh utk disiasat; siasatan 1. hasil drpd menyiasat, kajian, siasat: lima puluh tahun dahulu sudah ada beberapa kertas ~ bkn dgn atom itu; 2. perihal menyiasat (menyelidik, mengusut): ~ ini dijalankan dgn bertanya kpd beberapa orang yg tahu sedikit sebanyak tentang pembunuhan itu; penyiasatan perbuatan menyiasat (menyelidik), pemeriksaan, penyelidikan: pihak-pihak berkuasa cuba mengadakan ~ tentang harta, tanggungan, dan pendapatan ahli-ahli yg hendak meminjam; penyiasat orang yg menyiasat, penyelidik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mentaksir | 1. mengira atau menghitung banyaknya sesuatu (harga dll): ditaksir-taksir Solihin perongkosan yg harus dikeluarkannya; 2. menyangka, menelah, mengagak, mengira: penduduk Vietnam Utara ditaksir sebanyak tiga belas juta; 3. memberi penghargaan (dgn sewajarnya), menghargai, menilai: dgn jalan itu, penyelidik seni sastera dapat mengenal sesuatu ciptaan dgn lebih baik lagi dan akhirnya dapat ~ nilai ciptaan seni itu; 4. mengkaji, meneliti: kita hendaklah ~ semula kedudukan kita yg tertakluk sangat-sangat pd getah asli; 5. = naksir ingin memiliki (mempunyai) sesuatu, menghendaki, berkeinginan utk, ada keinginan hendak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |