penyerah | orang yg menyerahkan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penyerah hak | orang yg memindahkan hak, harta, tanggungan dsb mengikut undang-undang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyerah | orang atau pihak yg menyerahkan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
serah hak | ; ~ mutlak (Udg) kesemua hak pemilikan yg diserahkan kpd pemilik baru (pihak ketiga); penyerahhakan proses memindahkan hak, harta, tanggungan dsb mengikut undang-undang; penyerah hak orang yg memindahkan hak, harta, tanggungan dsb mengikut undang-undang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
serah I | ; berserah bergantung nasib (pd); mempercayakan diri dan nasib kpd; bertawakal: Kita tidak dpt berbuat apa-apa kecuali ~ kpd Allah. menyerah tidak membantah atau tidak menentang; menurut saja: Akhirnya dia ~ kpd kehendak raja itu. ~ diri merelakan diri ditangkap atau ditawan oleh pihak yg berkuasa (bkn orang salah, pihak yg kalah dlm peperangan dll). ~ kalah mengaku kalah. menyerahi memberi kpd; memberi seseorang sesuatu: Dia diserahi tugas yg berat. menyerahkan 1 mengunjukkan atau menyampaikan sesuatu; memberikan sesuatu: Saya telah ~ surat itu kpdnya. 2 mempercayakan atau mengamanahkan sesuatu: Sebelum pergi bercuti, dia telah ~ tugas-tugasnya kpd penolong kanannya. ~ diri menggantungkan atau mempertaruhkan nasib kpd. terserah terpulang kpd; tinggal bergantung pd: Perkara itu ~ kpd tuan utk menyelesaikannya. serahan (sesuatu) yg diserahkan. penyerahan perbuatan (hal dsb) menyerah atau menyerahkan. penyerah orang yg menyerahkan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
serah I | ; berserah 1. bergantung nasib diri kpd, memulangkan nasib kpd: sudah takdir, apa hendak dikatakan, ~ sahaja; 2. = ~ diri memberikan diri kpd yg berkuasa spt kpd polis (orang salah dll); menyerah 1. menggantungkan nasib kpd, bertawakal kpd, berserah: jangan lekas ~ kpd takdir; 2. = ~ kalah tidak melawan atau menentang lagi, mengaku kalah: biarlah darahnya dihirup drpd ~ kalah; 3. = ~ diri memberikan diri kpd yg berkuasa (orang salah, orang yg ditewaskan dlm peperangan, dll): beberapa orang pengganas telah ditembak mati atau ~ diri; 4. tidak membantah atau menentang, menurut (mengikut) sahaja: akhirnya ia ~ kpd kehendak Raden Menteri; menyerahi memberikan (mengamanahkan) sesuatu kpd: beliau telah diserahi tugas yg serupa; menyerahkan 1. memberikan (melepaskan, menyampaikan, dsb) sesuatu kpd: ayahnya telah ~ wang yg diminta itu; tempat ini dan orangnya sudah diserahkan oleh Raja Kelantan kpd sahaya; ~ kehormatan mem-biarkan diri dinodai (dicabuli); 2. mem-percayakan (kpd), mengamanahkan sesuatu (kpd): mana pekerjaan yg diserahkannya kerjakan olehmu; 3. = ~ diri menyerah diri: ia ~ dirinya kpd aku; 4. = ~ diri meng-gantungkan (mempertaruhkan) nasib dll kpd, bertawakal kpd: hendaklah engkau sangat-sangat ~ dirinya ke hadrat Allah Taala; terserah 1. diserahkan (diberikan) kpd: dan lagi ada pula kuasa yg besar ~ ke dlm tangannya; 2. bergantung kpd, terpulang kpd (pertimbangan, pemikiran, dll): bagi men-tafsirkan undang-undang itu sudah tentu ~ kpd aliran fikiran orang yg mentafsirkan itu; serahan apa-apa yg diserahkan: anakku, aku serahkan ke dlm tanganmu, ~ yg bulat-mulat; penyerahan perbuatan menyerahkan (mem-percayakan, mengamanahkan, dll): kekalahan China diikuti oleh ~ Hong Kong kpd British; penyerah orang atau pihak yg menyerahkan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |