penyerahan | perbuatan (hal dsb) menyerah atau menyerahkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penyerahan | perbuatan menyerahkan (mem-percayakan, mengamanahkan, dll): kekalahan China diikuti oleh ~ Hong Kong kpd British; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyerahan(delivery) | Tahap dalam kitar pembinaan sistem perisian atau perkakasan ketika sistem tersebut diserahkan sepenuhnya kepada pelanggan untuk digunakan. | Kamus Komputer |
penyerahan | perbuatan (hal dsb) menyerah atau menyerahkan. | Kamus Pelajar |
taklid | penyerahan kpd kuasa ahli-ahli hukum yg terdahulu utk memutuskan sesuatu. bertaklid 1 berserah kpd kuasa ahli hukum yg terdahulu. 2 percaya saja kpd kata orang; menurut; meniru: ~ buta hanya menurut saja tanpa berfikir. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
taklid | penyerahan kpd kuasa ahli-ahli hukum yg terdahulu utk memutuskan sesuatu. | Kamus Pelajar |
ekstradisi | /ékstradisi/ penyerahan seseorang penjenayah atau yg tertuduh kpd negara tempat jenayah dilakukan utk dibicarakan. mengekstradisi menyerahkan seseorang penjenayah atau yg tertuduh kpd negara tempat jenayah dilakukan utk dibicarakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
taklif | Ar penyerahan beban (tugas, pekerjaan) yg berat kpd seseorang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
timbang terima | saling menerima; penyerahan dan penerimaan (ttg tugas, pekerjaan dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
timbang | ; ~ terima saling menerima; penyerahan dan penerimaan (ttg tugas, pekerjaan dll). bertimbang berimbang; berpadanan. bertimbang-timbang berfikir-fikir atau berkira-kira (ttg sesuatu). menimbang 1 menyukat atau mengukur berat sesuatu dgn menggunakan dacing dll. 2 memikirkan sesuatu perkara dgn sedalam-dalamnya utk menentukan baik buruknya: Dia harus ~ baik buruk perkara itu. mempertimbangkan 1 memikirkan atau merenungkan sesuatu utk membuat kesimpulan: Ahli-ahli jawatankuasa sedang ~ permohonan saudara utk menjadi ahli. 2 menyerahkan sesuatu supaya ditimbang: Hal itu akan dipertimbangkan kpd pihak mahkamah. timbangan 1 hasil menimbang; imbangan: ~nya tidak tepat kerana alat penimbang itu rosak. 2 fikiran atau renungan ttg baik buruk sesuatu perkara dll. pertimbangan hasil mempertimbangkan; perkiraan; pendapat: Permintaan tuan itu akan diberi ~ oleh pihak atasan. penimbangan perbuatan atau hal menimbang. penimbang 1 orang yg tugasnya menimbang. 2 alat utk menimbang. setimbang 1 sama beratnya. 2 sama kedudukannya atau sama darjatnya; sedarjat. 3 seimbang (ttg hukuman dll); sepadan: Beliau telah menerima hukuman yg ~ dgn kejahatannya. menyetimbangkan menjadikan setimbang (seimbang dsb). kesetimbangan keadaan atau hal setimbang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |