penyerakan | proses menyerak(kan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyerakan(dispersion) | 1. Pengagihan pemproses ke tempat yang berasingan. 2. Julat taburan perbezaan data daripada nilai jangkaan. | Kamus Komputer |
serak | (sérak); berserak, berserak-serak, terserak, terserak-serak bertabur (tersebar dll) ke merata-rata tempat, tidak tersusun, bersepah: segala barang di dlm rumahnya ~; kartu bertaburan, wang ~-serak, rokok menyarap di lantai; berserakan tidak tersusun atau tidak kemas, bertaburan: puntung rokok, abu rokok dan kulit kacang ~ di meja dan di atas permai-dani; menyerak merebak (memencar, berserak) ke mana-mana; menyerakkan menaburkan (supaya berserak), menyebarkan, memencarkan: kipas bersambung kiri kanan, beras kunyit diserak-kan di cerpu kaki masing-masing; penyerakan proses menyerak(kan). serakah loba, rakus, tamak: ia sekarang mengetahui apa yg diidamkan oleh kedua-dua orang yg tamak dan ~ itu; keserakahan perihal serakah (tamak, loba), kelobaan, ketamakan: tatahukum itu sebenarnya suatu tindakan nafsu ~ kaum imperialis dan kapitalis; ~ utk memperoleh keuntungan yg tidak terhingga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |