penyeri | orang atau sesuatu yg menyerikan: Anak gadisnya itulah yg menjadi ~ hidupnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penyeri | seseorang atau sesuatu yg menyeri-kan: anak-anak itulah yg menjadi ~ rumah tangga mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penggegar | unsur (orang atau alat) yg menggegarkan sesuatu: beliau bukan sahaja penyeri tetapi juga ~ gelanggang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gegar | gentar, goncang, goyang; bergegar bergoyang, bergoncang: rumah itu pun ~ akibat letupan bom;menggegar menggeletar, menggetar, gemuruh: bunyi letupan ~ hingga ke rumah-rumah yg berdekatan;menggegarkan menggoncangkan, menggoyangkan, menggetarkan: satu letupan ~ kapal itu; jeritan hatiku yg amat ~ jantung;tergegar tergoncang, tergoyang: kerana kemalangan itu otaknya ~, maka terpaksalah ia dihantar ke rumah sakit gila; gegaran perihal bergegar: rumah itu roboh kerana ~ gempa; penggegar unsur (orang atau alat) yg menggegarkan sesuatu: beliau bukan sahaja penyeri tetapi juga ~ gelanggang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
seri I | 1 sesuatu yg menyebabkan sesuatu yg lain kelihatan bertambah indah atau cantik; cahaya; semarak: Nila digunakan utk menambah ~ pd kain putih. 2 sesuatu yg dianggap sbg lambang kemegahan atau kemuliaan: Rafeah itu ~ segala perempuan di situ. ~ gadus kuih yg bulat pipih. ~ gunung keadaan sesuatu yg kelihatan cantik dr jauh. ~ muka a. cahaya muka. b. kuih yg dibuat drpd pulut dan diberi berlapis dgn serikaya dsb. ~ pagi nama sj pokok atau bunganya (pokoknya menjalar dan bunganya berbentuk spt trompet), Ipomoea spp.. ~ panggung pemain sandiwara atau pelakon bangsawan yg terkenal. berseri 1 kelihatan elok atau indah; bercahaya; bersemarak. 2 = berseri-seri kelihatan cemerlang mukanya kerana kegirangan dll. 3 meriah dan ceria (bkn majlis, persembahan dsb): Jika dia datang, majlis itu akan lebih ~. menyerikan 1 menjadikan berseri (bkn wajah, suasana dsb): Ia ~ lagi suasana di ruang makan itu dgn hiasan yg indah. 2 menjadikan (majlis, kehidupan dll) meriah dan ceria: Ramai artis akan ~ konsert Ambang Merdeka. Ketibaan orang baru akan ~ lagi kehidupan mereka. penyeri orang atau sesuatu yg menyerikan: Anak gadisnya itulah yg menjadi ~ hidupnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
seri I | 1. cahaya semarak: nila gunanya utk menghilangkan warna perang pd kain putih dan menambah ~ pd warna biru; 2. ke-muliaan, keindahan, kemegahan: Rafeah itu ~ segala perempuan di situ; ~ balai sl balai penghadapan (tempat raja dihadapi rakyat); ~ gadus sj kuih pipih dan bulat yg diperbuat drpd tepung gandum; ~ gunung kelihatan cantik (elok, bagus); ~ kaya sj makanan (drpd telur, gula, santan, dan tepung) yg biasanya dimakan dgn roti; ~ muka a) air (cahaya) muka; b) = berseri muka kelihatan bercahaya mukanya (kerana kegirang-an dll); c) sj penganan drpd pulut berlapis dgn seri kaya; ~ panggung orang bintang bangsa-wan (sandiwara dll); berseri 1. bercahaya, bersemarak; 2. kelihatan cantik, berupa mulia (megah dll): maka negeri Melaka pun tiada ~ lagi; 3. = berseri-seri kelihatan bercahaya mukanya dll (kerana kegirangan, keriangan, dll): dgn wajah yg ~-seri, dibukalah surat itu dan dibacanya; menyerikan menjadikan berseri, menyinarkan, menyemarakkan (majlis dll): majlis itu diserikan dgn pencak silat; pohon rendang yg sedang diserikan oleh bunga yg memerah cerah; keserian keadaan yg (ber)seri: ~ pakaian baginda terserlah dgn selendang kuning yg dipakainya; penyeri seseorang atau sesuatu yg menyeri-kan: anak-anak itulah yg menjadi ~ rumah tangga mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |