siar I | ; ~ raya alat utk membuat pengumuman, mis pembesar suara, dlm sesuatu majlis, perayaan dsb; menyiarkan 1. menghebahkan kpd orang ramai (melalui radio, televisyen, surat khabar, dll), mengumumkan: berita itu telah disiarkan melalui radio; 2. memasukkan (gambar dll ke dlm majalah, surat khabar, dll) dan menerbitkannya: majalah itu ~ gambar dan kisah jenayah; 3. memperkembangkan atau menyebarkan (agama, pendapat, dll); 4. memancarkan (cahaya dll); 5. membawa ke serata tempat, menyebarkan, menyeratakan; tersiar 1. telah dihebahkan (diumumkan, dikhabarkan ke merata-rata), tersebar ke manamana: khabar telah ~ bahawa peperangan telah berakhir; 2. telah diterbitkan dan dijual (buku, majalah, dll): kesemua cerpen dlm kumpulan ini telah ~ dlm mingguan Utusan Zaman; siaran sesuatu yg disiarkan atau diterbitkan (pengumuman, berita, dll): aku hendak mendengar semua ~ radio hari ini; surat ~ surat yg disebarkan kpd orang ramai; bersiaran mengendalikan siaran di televisyen atau radio: penyair radio itu mendapat penghargaan kerana ~ 32 jam tanpa henti; persiaran ark pengumuman, pemberitahuan; penyiaran 1. perbuatan menyiarkan: ~ agama Islam di Tanah Melayu; 2. (Kom) aktiviti mengadun dan memancarkan rancangan radio dan televisyen kpd khalayak di sekitar kawasan yg dapat diliputi oleh alat penerima siaran dgn menggunakan sistem analog, satelit atau kabel; penyiar 1. orang yg menyiarkan, pengembang (agama); 2. alat pemancar (radio dll); 3. penerbit dan penjual (buku dll); 4. petugas radio dan televisyen yg terlibat secara langsung dlm aktiviti penyiaran rancangan media elektronik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyiar | 1. orang yg menyiarkan, pengembang (agama); 2. alat pemancar (radio dll); 3. penerbit dan penjual (buku dll); 4. petugas radio dan televisyen yg terlibat secara langsung dlm aktiviti penyiaran rancangan media elektronik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penghebah | 1. orang yg menghebahkan (menyiarkan), penyiar; 2. orang yg menghebahkan (menyebarkan, mengumumkan, mendiayahkan), penyebar, pendiayah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
juruhebah | (juruhébah) 1. orang yg menyeru atau menyerukan (menyebarkan) sesuatu; 2. orang yg kerjanya menyiarkan berita dll atau menghebahkan rancangan di radio (televisyen dsb), penyiar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
siar I | ; ~ raya alat utk membuat pengumuman, mis pembesar suara (dlm majlis, perayaan dsb). menyiarkan 1 memberitahukan (sesuatu) kpd orang ramai dgn menggunakan radio (surat khabar dll); menghebahkan; mengumumkan: Radio Malaysia telah ~ berita ttg peperangan Pakinda. 2 menyebabkan sesuatu agama atau pendapat tersebar merata-rata; menyebarkan: Orang yg mula-mula sekali ~ agama Islam ke Tanah Melayu tidak diketahui dgn pasti. 3 memancarkan cahaya dll. tersiar telah diumumkan ke merata-rata tempat melalui radio (surat khabar dll); telah diterbitkan dan disebarkan. siaran sesuatu yg disiarkan atau yg dihebahkan utk pengetahuan umum: surat ~ surat yg berisi berita dll yg disebarkan kpd orang ramai. bersiaran mengendalikan siaran di televisyen atau radio: Penyiar radio itu mendapat penghargaan kerana ~ 24 jam tanpa henti. penyiaran perbuatan atau hal menyiarkan (sesuatu): meninggikan sistem pendidikan dan ~ Islam. penyiar orang yg menyiarkan: ~ berita; ~ agama. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
puntung I | 1. lebihan atau kelebihan (rokok, kayu, dll) yg sebahagian besarnya sudah terbakar: ~ rokok; ~ kayu; ~ suluh; berhubung ~ sangat banyak menghisap rokok; spt meninggalkan ~ suluh di tangga tidak dihiraukan lagi; 2. kudung, buntung, kotong: baju ~; seluar ~; ada banyak orang yg ~ tangannya, ~ kakinya; 3. bp merugi: dasar sial sepuluh kali beruntung, sebelas kali ~; 4. penjodoh bilangan utk keratan kayu yg pendek-pendek (kayu api dll): tolong bawakan beberapa ~ kayu api ke atas rumah; sekerat se~ saja beberapa orang saja; ~ api sisa kayu api yg telah terbakar; ~ rokok rokok yg tinggal pendek sahaja (sesudah dihisap); ~ berasap prb sesuatu yg mustahil; ~ sekerat penyiar rimba prb orang seorang banyak anaknya; dibakar melilit ~ prb orang yg tidak membiarkan godaan nescaya dia membalas; jangan ~ berasap jua prb perselisihan yg telah selesai jangan ada ekor-ekornya lagi supaya keadaan tenang kembali; mengambil ~ pemukul kepala prb kebaikan dibalas dgn kejahatan; padam menyala tarik ~ prb barang di mana mati di situlah ditanamkan; selembap-lembap (selemau) ~ di dapur, ditiup menyala juga prb sesuatu pekerjaan jika dilakukan dgn sungguh-sungguh lambat-laun berhasil jua; tarik ~ padamlah bara prb berbuat sesuka hati kerana tidak ada bahaya lagi; memuntung menjadi puntung (kotong, kudung); memuntungkan memotong (mengerat) hingga puntung, mengudungkan; kepuntungan tinggal puntung, jadi puntung (pendek sahaja lagi): rokok yg dihisapnya itu sudah ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hebah | (hébah) Ar berita, pengumuman, siaran; menghebahkan 1. menyiarkan, memberitahukan kpd orang ramai (melalui akhbar, televisyen, dll): pemimpin-pemimpin negara ~ rancangan pembangunan luar bandar kpd tamu-tamu luar negeri; 2. menyebarkan, mengumumkan, mendiayahkan (agama, fahaman politik, dll): Nabi Muhammad SAW ialah orang yg mula-mula ~ ajaran Islam; terhebah dihebahkan, dimaklumkan: kegiatan lain pula tidak begitu ~ kpd umum; hebahan sesuatu yg dihebahkan; penghebahan perbuatan atau hal menghebahkan, penyiaran, penyebaran, pengumuman: ~ berita itu dibuat melalui RTM; penghebah 1. orang yg menghebahkan (menyiarkan), penyiar; 2. orang yg menghebahkan (menyebarkan, mengumumkan, mendiayahkan), penyebar, pendiayah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tebar I | (tébar); bertebar, bertebaran bertabur(an) ke sana ke mari, berhamburan, berserak-serak, terserak-serak: pengikut Wan Derus ~ di merata-rata pulau yg berhampiran; lari bertebaran lari lintang-pukang (tidak tentu arah, tidak keruan); menebari menaburkan sesuatu pd, menghamburi; menebar, menebarkan 1. mencampakkan (jala dll) supaya kembang atau terbentang: maka bentara pun lalulah ~ jala di olak putera bersiram itu; 2. menaburkan (benih dll), menghamburkan: orang sudah ramai membuat kerja, ada yg ~ padi dan ada yg mencangkul; 3. menjadikan berserak-serak, menyerak-nyerakkan; 4. ki menjadikan me-luas (merebak), memperluas: apabila terjadi perselisihan antara dua golongan umat, sengaja ditebarkannya perselisihan itu; 5. = mempertebarkan menyiarkan (agama dll) supaya berkembang; mempertebarkan kecek Id menyiarkan khabar palsu; tertebar telah ditebarkan, terhambur, ter-sebar, terserak, tersiar, tertabur;tebaran sebaran, siaran, taburan; pertebaran perihal bertebar: pd masa itu ~ penduduk begitu jarang; penebaran perbuatan menebar: corak ekonomi dan ~ sumber-sumber asli; penebar orang yg menebarkan, pengembang, penyiar: Demang Lebar Daun adalah seorang ~ asas demokrasi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |