televisyen | (télévisyen) 1. penyiaran (pemancaran) gambar hidup (gambar bergerak) berserta bunyi menerusi kabel atau udara pd skrin atau kaca peti televisyen; 2. = peti ~ alat yg menerima pancaran televisyen; ~ berwarna = ~ warna televisyen yg menyiarkan gambar berwarna; ~ litar tertutup a) sistem televisyen yg dipasang utk memancarkan siaran ke beberapa bilik di dlm tempat atau bangunan tertentu; b) sistem televisyen yg isyarat videonya dipancarkan drpd satu kamera atau lebih melalui kabel ke satu set monitor yg terkawal, utk kawalan keselamatan dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
siar I | ; ~ raya alat utk membuat pengumuman, mis pembesar suara, dlm sesuatu majlis, perayaan dsb; menyiarkan 1. menghebahkan kpd orang ramai (melalui radio, televisyen, surat khabar, dll), mengumumkan: berita itu telah disiarkan melalui radio; 2. memasukkan (gambar dll ke dlm majalah, surat khabar, dll) dan menerbitkannya: majalah itu ~ gambar dan kisah jenayah; 3. memperkembangkan atau menyebarkan (agama, pendapat, dll); 4. memancarkan (cahaya dll); 5. membawa ke serata tempat, menyebarkan, menyeratakan; tersiar 1. telah dihebahkan (diumumkan, dikhabarkan ke merata-rata), tersebar ke manamana: khabar telah ~ bahawa peperangan telah berakhir; 2. telah diterbitkan dan dijual (buku, majalah, dll): kesemua cerpen dlm kumpulan ini telah ~ dlm mingguan Utusan Zaman; siaran sesuatu yg disiarkan atau diterbitkan (pengumuman, berita, dll): aku hendak mendengar semua ~ radio hari ini; surat ~ surat yg disebarkan kpd orang ramai; bersiaran mengendalikan siaran di televisyen atau radio: penyair radio itu mendapat penghargaan kerana ~ 32 jam tanpa henti; persiaran ark pengumuman, pemberitahuan; penyiaran 1. perbuatan menyiarkan: ~ agama Islam di Tanah Melayu; 2. (Kom) aktiviti mengadun dan memancarkan rancangan radio dan televisyen kpd khalayak di sekitar kawasan yg dapat diliputi oleh alat penerima siaran dgn menggunakan sistem analog, satelit atau kabel; penyiar 1. orang yg menyiarkan, pengembang (agama); 2. alat pemancar (radio dll); 3. penerbit dan penjual (buku dll); 4. petugas radio dan televisyen yg terlibat secara langsung dlm aktiviti penyiaran rancangan media elektronik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyiaran | 1. perbuatan menyiarkan: ~ agama Islam di Tanah Melayu; 2. (Kom) aktiviti mengadun dan memancarkan rancangan radio dan televisyen kpd khalayak di sekitar kawasan yg dapat diliputi oleh alat penerima siaran dgn menggunakan sistem analog, satelit atau kabel; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
televisyen /télévisyen/ | 1 proses penyiaran gambar serta bunyi menerusi udara atau kawat dgn menggunakan alat yg dpt mengubah gambar dan bunyi menjadi gelombang elektrik dan mengubahnya kembali menjadi gambar dan bunyi pd alat penerimanya. | Kamus Pelajar |
propaganda | 1. penerangan atau penyiaran (ideologi, faham, pendapat dll), ideologi atau pendapat yg dihebahkan utk mempengaruhi orang ramai, diayah: pemberontak komunis telah memperhebat kempen-kempen ~ mereka di Saigon; 2. = berpropaganda menerangkan pendapat (ideologi, fahaman dll) dgn tujuan utk mendapat sokongan drpd orang ramai: tujuan perundingan itu hanyalah utk melengah-lengahkan masa atau utk ~; 3. bp iklan barang dagangan dll; mempropagandakan 1. menghebahkan secara teratur pendapat (ideologi, fahaman dll) dgn tujuan mempengaruhi serta utk mendapat sokongan drpd orang ramai: aku yg di daerah ini disuruh ~ anjuran kembali kpd keperibadian bangsa; 2. bp mengiklankan barang dagangan dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
saranan | 1 apa-apa yg disarankan: ~nya mendapat sokongan drpd rakyat. 2 penyiaran pendapat utk mencari pengaruh dan sokongan; dakyah; propaganda. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
misi I | 1. perwakilan dr sesebuah negara ke negara lain utk sesuatu tugas; 2. urusan bkn penyiaran agama Kristian; 3. tugas khusus yg dipertanggungjawabkan kpd atau yg akan dilakukan oleh seseorang atau sesuatu kumpulan: ~ organisasi saya ialah mengadakan kemudahan pengangkutan udara dan per-hubungan yg paling akrab dgn keperluan negara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyiar | 1. orang yg menyiarkan, pengembang (agama); 2. alat pemancar (radio dll); 3. penerbit dan penjual (buku dll); 4. petugas radio dan televisyen yg terlibat secara langsung dlm aktiviti penyiaran rancangan media elektronik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hebah | /hébah/; menghebahkan 1 memberitahukan (berita dsb) kpd orang ramai melalui radio, akhbar dll: menyiarkan; mengumumkan: Juruhebah telah ~ berita itu di radio. Orang ramai bertepuk tangan apabila keputusan lompat jauh dihebahkan. 2 menyebarkan atau mengembangkan (agama, fahaman dll): Orang yg mula-mula ~ ajaran Islam di Nusantara tidak diketahui dgn pasti. penghebahan perbuatan atau hal menghebahkan; pengumuman; penyiaran: ~ berita itu dibuat melalui RTM. ~ agama itu telah dilakukan oleh para mubaligh. penghebah orang yg menghebahkan (berita, sesuatu ajaran dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
waktu | 1. rangkaian atau rentetan saat (yg telah berlalu dan yg akan datang), masa: secara rohaniah manusia itu bebas, bebas utk bergerak, baik dlm ruang mahupun dlm ~; 2. ukuran masa yg tertentu, jangka masa: dlm ~ dua jam lagi, dia akan sampai; 3. saat (masa) tertentu utk melakukan sesuatu atau sesuatu yg telah ditetapkan, spt sembahyang dll: ~ tidur hendaklah berkelambu; jangan kau tinggalkan sembahyang lima ~; 4. saat, kala, ketika: pd ~ itu dia tiada di rumah; 5. masa yg memberikan kesempatan utk (berbuat sesuatu, berehat, dll), kesempatan, peluang, tempoh: ~ lapangnya dihabiskannya dgn menulis; 6. keadaan hari dll, suasana: tubuhnya panas tiap-tiap petang dan berpeluh pd ~ malam; W ~ Min Greenwich waktu piawai di Great Britain yg digunakan sbg asas pengiraan waktu di tempat-tempat lain di dunia; ~ pejabat waktu urusan sesebuah organisasi (kementerian, jabatan atau pejabat) dijalankan, biasanya antara 8.00 pagi hingga 5.00 petang; ~ perdana waktu penyiaran yg mempunyai jumlah penonton yg paling ramai, yg dikesan melalui penyelidikan khalayak dan biasanya antara pukul 8.00 hingga 10.30 malam; ~ puncak waktu lalu lintas yg paling sibuk, penggunaan tenaga elektrik yg paling tinggi, dll; ~ tempatan waktu di sesebuah wilayah atau negara dibandingkan dgn waktu di tempat lain; ~ utama waktu perdana; habis ~ kerana bang prb terlalu lanjut membicarakan sesuatu yg tidak perlu sehingga yg perlu tertinggal; sewaktu dlm waktu yg sama, pd masa (ketika), semasa: nelayan itu telah dirompak ~ menangkap ikan; sewaktu-waktu bila-bila sahaja, sebarang waktu: ~ kami dapat ditangkap; berwaktu mempunyai waktu yg tertentu, memakai waktu; sembahyang diberi ~, janji diberi berketika prb sesuatu pekerjaan hendaklah ditetapkan waktunya supaya selamat dan sempurna. | Kamus Dewan Edisi Keempat |