Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nyia.sat] | ڤڽياست

Definisi : orang yg menyiasat, penyelidik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nyia.sat] | ڤڽياست

Definisi : orang yg menyiasat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
siasat
Kata Terbitan : menyiasat, penyiasatan, penyiasat,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
penyiasatorang yg menyiasat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
penyiasatorang yg menyiasat, penyelidik.Kamus Dewan Edisi Keempat
penyiasatorang yg menyiasat.Kamus Pelajar
kecurangankeadaan curang, ketidakjujuran: ~ pegawai itu dapat diketahui oleh Jabatan Penyiasat Kecurangan; saya mempunyai bukti yg kukuh mengenai ~ suami saya itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
siasatpenyiasatan perbuatan atau hal menyiasat; pemeriksaan; penyelidikan. penyiasat orang yg menyiasat.Kamus Pelajar
menghujani1. mendatangkan (melepas­kan) dgn banyak-banyak (peluru dll) kpd: pasukan kami dihujani peluru dan bom; 2. mendatangi sesuatu dgn banyak-banyak: penyiasatan membuktikan adanya pancaran kosmik dr angkasa lepas yg sentiasa ~ bumi ini; kita telah dihujani surat yg menyatakan pendapat yg pro dan kontra terhadap tulisan itu; 3. mengemukakan banyak-banyak (perta­nya­an, soalan, tuntutan, dll) kpd: ia akan dihujani dgn seribu satu macam tuntutan lagi; pegawai penyiasat itu telah ~ Amir dgn berbagai-bagai soalan;Kamus Dewan Edisi Keempat
curang I1. tidak jujur, tidak lurus (tulus) hati: orang-orang yg munafik senantiasa berhati ~; 2. tidak setia (khianat) kpd suami (isteri, tunangan dsb) dgn menjalin hubungan cinta dsb dgn orang lain; mencurangi 1. menipu, membohongi, me­ngakali; 2. berlaku tidak setia kpd (suami, isteri dsb): dia ~ gadis itu; kecurangan keadaan curang, ketidakjujuran: ~ pegawai itu dapat diketahui oleh Jabatan Penyiasat Kecurangan; saya mempunyai bukti yg kukuh mengenai ~ suami saya itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
siasat1 pemeriksaan yg teliti dan ha­ti-hati: Jangan tuan kurang ~, nanti tuan sendiri tersesat. Dgn tiada ~nya, dia telah menuduh saya mengambil wangnya. 2 se­gala yg bersangkutan dgn pemerintahan negara; siasah: Campur tangan Inggeris dan Belanda dlm ~ Alam Melayu dikisahkan juga dlm buku itu. 3 kebajikan atau kebolehan mengerjakan sesuatu; cara berfikir atau cara melakukan sesuatu; muslihat; taktik: Angkatan laut pihak Berikat mengubah ~nya utk menghadapi serangan-serangan kapal selam Jerman. menyiasat membuat penyelidikan ttg sesuatu perkara yg belum diketahui benar-benar; menyelidik: Beliau te­lah pergi ke Sarawak utk ~ cara-cara hidup orang Iban di rumah panjang. pe­nyiasatan perbuatan atau hal menyiasat; pemeriksaan; penyelidikan. penyiasat orang yg menyiasat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
siasat I1. pemeriksaan (yg teliti), penyelidikan: mereka menjalankan ~ berhubung dgn ke­selamatan dlm negeri, sama ada perkara itu benar atau tidak; terlalu sangat periksa dan ~nya; badan ~ badan penyelidik (mencari ke­terangan); 2. teguran, celaan, kecaman, kritik; 3. segala sesuatu yg bersangkutan dgn ke­negaraan (pemerintahan negeri), siasah, po­litik: campur tangan Belanda dan Inggeris dlm ~ Alam Melayu juga dikisahkan dlm buku tersebut; 4. kebijaksanaan (kebolehan, ke­cekapan, dll) mengerjakan sesuatu (mencapai sesuatu maksud), muslihat, taktik: ahli negara Byzantium telah menjalankan suatu ~ licin utk melemahkan kaum Muslimin di Timur dan orang Kristian di Eropah Barat; ~ bumi hangus tindakan memusnahkan segala yg dianggap penting bagi musuh; ~ dunia politik dunia; ~ kura-kura bp tindakan yg diambil mengikut keadaan; ~ luar negeri politik luar negeri; ~ perang muslihat dlm peperangan; ~ perniagaan hal (ilmu penge­tahuan, putar belit) dlm perniagaan; bersiasat 1. membuat penyelidikan (peme­riksaan) dgn bertanya dll; 2. menggunakan siasat (taktik, kebijaksanaan, muslihat, dll) utk mencapai sesuatu maksud, berdiplomasi; menyiasat, menyiasati 1. menyelidiki (me­meriksa) sesuatu perkara yg belum terang, mencari keterangan bkn sesuatu perkara, mengusut: kerajaan berjanji akan ~ aduan­-aduan itu; kalau disiasati dgn lebih teliti, agaknya mudahlah dijejaki pembunuh­-pembunuh itu; 2. menghuraikan (sesuatu perkara dll), menyelidiki (utk mengetahui kebenaran dll), menelaah: doktor sedang ~ apa jenisnya penyakit itu; mereka memper­cayai apa sahaja yg didengar dgn tiada ~ atau menguji kebenarannya; 3. menanyai atau menyoal (utk mengetahui sesuatu), menemu duga: mereka telah dibawa ke Ipoh utk disiasat; siasatan 1. hasil drpd menyiasat, kajian, siasat: lima puluh tahun dahulu sudah ada beberapa kertas ~ bkn dgn atom itu; 2. perihal menyiasat (menyelidik, mengusut): ~ ini dijalankan dgn bertanya kpd beberapa orang yg tahu sedikit sebanyak tentang pembunuhan itu; penyiasatan perbuatan menyiasat (me­nyelidik), pemeriksaan, penyelidikan: pihak-pihak berkuasa cuba mengadakan ~ tentang harta, tanggungan, dan pendapatan ahli­-ahli yg hendak meminjam; penyiasat orang yg menyiasat, penyelidik.Kamus Dewan Edisi Keempat
hujan1. air yg turun (menitik dgn banyaknya) yg terpeluwap drpd wap di atmosfera: pagi ini ~ turun dgn lebatnya; musim ~ = ketika ~ musim yg hujan selalu turun; 2. = hari ~ air sedang turun (menitik dgn banyaknya): apabila ~, banyak orang datang lambat ke pejabat; kalau ~ pertandingan bola itu tidak akan rancak lagi; 3. ki spt hujan (banyak-banyak) datangnya dll: ~ bom; ~ peluru; ~ wang; ~ abu a) abu yg jatuh dgn banyak dr udara (apabila gunung berapi meletus dll); b) = ~ bubuk hujan menitik halus spt kabus (biasanya pagi-pagi); ~ air mata banyak air mata dicucurkan; ~ asid air hujan yg dicemari asid yg dibebaskan ke udara drpd kilang, asap kereta dll; ~ batu = ~ beku = ~ ais (jatuhnya) air hujan yg beku; ~ bubuk hujan abu; ~ bukit (Geog) hujan yg turun kerana awan yg membawa hujan tersekat oleh bukit; ~ darah a) = ~ merah hujan yg airnya kemerah-merahan warnanya dan meninggalkan kesan merah pd tanah; b) pertumpahan darah (kerana pergaduhan, peperangan, dsb); ~ gerimis = ~ renyai = ~ rintik-rintik hujan yg menitik halus-halus dan tidak banyak; ~ lalu = ~ lari = ~ halau mentua hujan sebentar sahaja; ~ lebat = ~ deras hujan besar dan banyak airnya turun; ~ manik Kl hujan yg titik-titiknya kasar sebesar biji mutiara; ~ perolakan (Geog) hujan yg disebabkan oleh perolakan udara panas ke atas; ~ rahmat a) hujan yg datang ketika ia sangat-sangat diperlukan; b) ki pertolongan dll yg mencurah-curah datangnya; ~ ribut hujan lebat yg disertai ribut; ~ siklon (Geog) hujan yg disebabkan oleh udara panas yg lembap yg bergerak ke atas udara yg lebih sejuk; ~ tahunan banyaknya hujan jatuh dlm setahun; ~ berbalik ke langit prb perihal orang yg lebih (kuat, pandai, dll) meminta tolong kpd orang yg kurang (lemah, bodoh, dll); ~ berpohon, panas berasal prb sesuatu hal itu tentulah mempunyai sebabnya; ~ emas di negeri orang, ~ batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri = ~ keris lembing di negeri kita, ~ mas perak di negeri orang baik juga di negeri kita prb sebaik-baik negeri orang tidak sebaik negeri sendiri; ~ menimpa bumi prb seseorang itu mesti tunduk kpd perintah pihak yg berkuasa; ~ tak sekali jatuh, simpai tak sekali erat prb sesuatu pekerjaan itu tidak dapat diselesaikan dgn sekali gus; ada ~ ada panas, ada hari boleh balas prb nescaya akan ada peluang utk membalas kejahatan orang terhadap kita; bagai ~ jatuh ke pasir prb kebaikan (pertolongan dll) yg sia-sia (tidak berbalas); ke mana tumpah ~ dr bumbung, kalau tidak ke cucuran atap prb anak itu menurut sifat atau teladan orang tuanya (sesuatu itu menurut asalnya); tidak ~ lagi becak, inikan pula ~ prb tidak berbuat pun dikata orang, apa lagi kalau benar perbuatan kita; sehujan; garisan ~ (Geog) garisan pd peta yg menghubungkan tempat-tempat yg sama banyak hujannya; berhujan, berhujan-hujan sengaja ber­jalan (bekerja, bermain-main, dll) dlm hujan, membiarkan dirinya basah kena hujan: nela­yan yg berpanas dan ~ di laut; menghujan spt hujan (datangnya dll banyak-banyak): panah pun ~ datangnya; menghujani 1. mendatangkan (melepas­kan) dgn banyak-banyak (peluru dll) kpd: pasukan kami dihujani peluru dan bom; 2. mendatangi sesuatu dgn banyak-banyak: penyiasatan membuktikan adanya pancaran kosmik dr angkasa lepas yg sentiasa ~ bumi ini; kita telah dihujani surat yg menyatakan pendapat yg pro dan kontra terhadap tulisan itu; 3. mengemukakan banyak-banyak (perta­nya­an, soalan, tuntutan, dll) kpd: ia akan dihujani dgn seribu satu macam tuntutan lagi; pegawai penyiasat itu telah ~ Amir dgn berbagai-bagai soalan; menghujankan 1. menurunkan hujan pd, mem­­basahkan seseorang atau sesuatu dlm hujan: kalau aku mungkir janji rendam aku empat puluh hari empat puluh malam atau hujankan aku; 2. ki menjatuhkan atau me­lepaskan (bom, soalan, dll) banyak-banyak; memperhujankan membiarkan basah kena hujan; mahukah orang ~ garamnya prb mahukah kita mengabaikan diri (keluarga, negara, dll) sendiri; kehujanan kena hujan, tertimpa oleh hujan: saya ~ di jalan; kambing ~; kera ~; penghujan = musim ~ musim hujan; hari ~ hari yg selalu hujan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas