Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nying.ka.pan] | مڽيڠکڤن

Definisi : perbuatan menyingkap(kan), pendedahan: ~ dgn bersandarkan penge­tahuan yg lalu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nying.ka.pan] | مڽيڠکڤن

Definisi : perbuatan atau perihal menyingkap: ~ kisah lama membawa kenangannya kembali ke zaman kanak-kanak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penyingkapan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
penyingkapanperbuatan atau perihal menyingkap: ~ kisah lama membawa kenangannya kembali ke zaman kanak-kanak.Kamus Pelajar Edisi Kedua
penyingkapanperbuatan menyingkap(kan), pendedahan: ~ dgn bersandarkan penge­tahuan yg lalu.Kamus Dewan Edisi Keempat
kasyafAr (bkn ahli sufi) penyingkapan rahsia alam ghaib melalui pandangan mata hati; mengkasyaf membuka hati: zikir ’lailaha illallah’ itu ~ kalbunya.Kamus Dewan Edisi Keempat
singkap; menyingkap 1 membuka sesuatu yg menutupi; menyelak: Dia ~ kelambunya. 2 menceritakan kembali apa-apa yg telah berlaku dsb; membuka rahsia dsb. tersingkap ter­buka atau terangkat penutupnya; ter­selak: Langsir tingkap di biliknya ~ sedikit. penyingkapan perbuatan atau perihal menyingkap: ~ kisah lama membawa kenangannya kembali ke zaman kanak-kanak.Kamus Pelajar Edisi Kedua
singkap; menyingkap, menyingkapkan 1.membuka (selubung, pakaian, penutup, dll), menyelak: ia ~ selimut yg menutup kepala anaknya; ada yg menengok dr kisi-kisi, ada yg menengok dr tingkap, ada yg ~ atap; 2. ki membongkar atau membuka (rahsia dll), mendedahkan (sesuatu): beliau telah ~ rahsia menteri-menteri pusat yg tidak disukai; sajak­-sajak A. Wahab Ali ada yg boleh diterima sbg panduan hidup kerana ia telah me­nyingkapkan rahsia hidup yg sebenarnya; 3. ki menceritakan kembali (perkara yg telah lalu, sejarah, dll): perbuatan mereka kali ini tidak lagi setakat ~-nyingkap sejarah pendek yg telah lalu; singkap daun, ambil isi prb berkata-kata dgn terus terang (tidak berbelit­belit); tersingkap 1. terbuka, terselak: maka tirai pedati Sumirah pun ~; 2. ki terbongkar (rah­sia dll); ~ hati ki suka (senang) hati; penyingkapan perbuatan menyingkap(kan), pendedahan: ~ dgn bersandarkan penge­tahuan yg lalu.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas