penyisipan | (Lin) perihal membubuh sisipan pd kata-kata pokok; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyisipan(insertion) | 1. Proses memasukkan teks atau aksara ke dalam dokumen yang sedia ada. 2. Proses menempatkan suatu unsur di antara dua unsur lain. | Kamus Komputer |
anaptiksis | (Lin) penyisipan vokal di antara dua konsonan utk menyederhanakan struktur suku kata, mis penyisipan vokal e dlm perkataan putra menjadi putera dan e dlm perkataan sri menjadi seri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
epentesis | (épéntésis) (Lin) penyisipan sesuatu huruf atau bunyi ke dlm kata, terutamanya kata pinjaman, tanpa perubahan maknanya supaya sesuai dgn bunyi bahasa peminjam itu, mis penyisipan huruf e dlm kata gelas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
interpolasi | penyisipan atau penyelaan (kata-kata, ayat-ayat, dll) baru dlm naskhah dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kamus(dictionary) | 1. Struktur data yang mewakili set unsur yang boleh menampung penyisipan dan penghapusan unsur serta boleh menguji keanggotaan unsur. 2. Fail senarai perkataan yang digunakan oleh sistem seperti penyemak kata, pemproses kata, penterjemah bahasa, dan antara muka bahasa tabii. 3. Lihat direktori. | Kamus Komputer |
sisip | ;bersisip terletak dll di celah-celah (di sela-sela), terselit: sepucuk pistol ~ di pinggangnya; ~ keris a) memakai keris dgn menyelitkannya di pinggang; b) ki masih muda atau belum keluar mayangnya (pohon kelapa), dara; bersisipkan memakai sesuatu (keris dll) dgn menyelitkannya di pinggang: di dlm andung itu duduk seorang bangsawan dgn pakaian yg indah, ~ keris; menyisip 1. masuk di celah-celah (di selasela): ditikamnya Raja Suran, kena baluhan gajah, sejengkal ~ ke sebelah; 2. = menyisipi memasang atap baru (menggantikan atap lama), menutup atap yg bocor: Kamal telah ~ bahagian-bahagian atap yg bocor dgn daun pisang atau dgn upih pinang; 3. = menyisipi menyirat (jala, jaring, dll): sentiasa baldu itu disisipnya; 4. = menyisipi (Lin) membubuh sisipan (em, el, er, dsb) dlm kata-kata: perkataan “gilang” apabila disisipi dgn “em” menjadi “gemilang”; 5. = menyisipi menukar tanaman yg mati (yg kurang baik) dgn tanaman yg elok dan lebih segar: ~ padi; menyisipkan, mempersisipkan 1. memasukkan di antara dua benda (di celah-celah, di sela-sela), menyelitkan: bunga itu disisipkannya ke lubang kancing baju tentang dadanya; pura ialah sj pundi-pundi tempat menyimpan wang yg disisipkan di pinggang; 2. memasukkan (ke dlm cerita, buku, dll), memuatkan: bahagian-bahagian lucu disisipkan di sana sini; 3. menggunakan sesuatu utk menyisip (atap, jala, dll); 4. (Lin) memasukkan sisipan (em, el, er, dsb) dlm katakata: ~ “em” dlm kata “guruh” menjadi “gemuruh”; tersisip 1. sudah disisip, terselit: sebilah keris ~ di pinggangnya; 2. terkandung (termasuk) dlm; sisipan 1. sesuatu yg disisipkan; 2. (Lin) imbuhan (el, em, er, dsb) yg disisipkan di tengah-tengah sesuatu kata pokok; kesisipan termasuk (tertikam) sesuatu ke dlm daging, kemasukan; penyisipan (Lin) perihal membubuh sisipan pd kata-kata pokok; penyisip alat utk menyisipkan sesuatu: proses ini memerlukan ~ utk menegangkan anyaman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |