Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nyu] | ڤڽو

Definisi : sj kura-kura besar yg bertelur banyak; jenis-jenisnya: ~ belimbing, ~ karah, ~ lumpur, ~ pulau; ~ bertelur beribu-ribu seorang pun tiada tahu, ayam bertelur sebiji pecah khabar sebuah negeri prb keuntungan orang kaya walau bagaimana banyak pun tidak men­jadi sebutan orang, tetapi keuntungan orang miskin walau sedikit pun ramai dicakapkan orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nyu] | ڤڽو

Definisi : beberapa jenis kura-kura besar yg telurnya boleh dimakan (banyak terdapat di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia), Chelone mydas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
penyu (kata nama)
Bersinonim dengan tuntung, katung, kambar, kambau, kura-kura besar, agal, labi-labi, abau.,

Puisi
 

Kuala Abang pasirnya putih,
     Tempat penyu membuat sarang;
Apa guna hati merintih,
     Kekasih sudah dipinang orang.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Penyu itu bertelur beribu-ribu,
     seorang pun tidak tahu;
ayam bertelur sebiji,
     pecah khabar sekampung.

Bermaksud :

Keuntungan yang diperoleh orang kaya sedikit pun tidak menjadi sebutan orang, tetapi keuntungan yang diperoleh orang miskin walaupun sedikit riuhlah orang memperkatakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Penyu bertelur beratus-ratus banyaknya, senyap; ayam bertelur sebutir saja hingar sekampung).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
penyubeberapa jenis kura-kura besar yg telurnya boleh dimakan (banyak terdapat di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia), Chelone mydas.Kamus Pelajar Edisi Kedua
penyusj kura-kura besar yg bertelur banyak; jenis-jenisnya: ~ belimbing, ~ karah, ~ lumpur, ~ pulau; ~ bertelur beribu-ribu seorang pun tiada tahu, ayam bertelur sebiji pecah khabar sebuah negeri prb keuntungan orang kaya walau bagaimana banyak pun tidak men­jadi sebutan orang, tetapi keuntungan orang miskin walau sedikit pun ramai dicakapkan orang.Kamus Dewan Edisi Keempat
penyubeberapa jenis kura-kura besar yg telurnya boleh dimakan (banyak terdapat di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia), Chelone mydas.Kamus Pelajar
pajak1 hak utk mengusahakan sesuatu dgn membayar sewa: Apabila sampai musim penyu bertelur, kerajaan mengeluarkan tawaran ~ utk kawasan tempat penyu bertelur itu. 2 wang yg wajib dibayarkan kpd kerajaan kerana sesuatu hal; cukai: ~ tanah; ~ jalan. ~ gadai a. hak atau kuasa utk membuka rumah gadai. b. = rumah ~ kedai tempat menggadaikan barang-barang. ~ judi rumah tempat berjudi. memajak mengusahakan atau mengendalikan sesuatu dgn membayar sewa kpd kerajaan dll: Saudagar yg banyak modal ~ kawasan pantai itu hingga tiga empat batu panjangnya. memajakkan menyerahkan sesuatu hak atau kuasa kpd orang lain dgn mengambil sewa: Mereka kemudian ~ kawasan itu kpd orang lain. pemajakan perbuatan (hal dsb) memajak atau memajakkan. pemajak orang yg memajak.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pajak1 hak utk mengusahakan sesuatu dgn membayar sewa: Apabila sampai musim penyu bertelur, kerajaan mengeluarkan tawaran ~ utk kawasan tempat penyu bertelur itu. 2 wang yg wajib dibayarkan kpd kerajaan kerana sesuatu hal; cukai: ~ tanah; ~ jalan. ~ gadai a. hak atau kuasa utk membuka rumah gadai. b. = rumah ~ kedai tempat menggadaikan barang-barang. ~ judi rumah tempat berjudi. memajak mengusahakan atau mengendalikan sesuatu dgn membayar sewa kpd kerajaan dll: Saudagar yg banyak modal ~ kawasan pantai itu hingga tiga empat batu panjangnya. memajakkan menyerahkan sesuatu hak atau kuasa kpd orang lain dgn mengambil sewa: Mereka kemudian ~ kawasan itu kpd orang lain. pemajakan perbuatan (hal dsb) memajak atau memajakkan. pemajak orang yg memajak.Kamus Pelajar
sisik penyusj tumbuhan (pokok), Caralia suffruticosa;Kamus Dewan Edisi Keempat
penyulingan berperingkatist penyu­lingan utk mengasingkan campuran cecair yg mempunyai takat didih yg berbeza dgn menggunakan radas yg khusus (ini ialah kaedah asas dlm penghasilan petroleum drpd minyak tanah).Kamus Pelajar Edisi Kedua
tuntung IVsj penyu, Batagur baska.Kamus Dewan Edisi Keempat
katung IIsj penyu, Dermochelys coriacea; tersenget-senget bagai ~ di bawah reba prb orang kecil yg takut dan malu hendak men­dekati orang besar dan mulia.Kamus Dewan Edisi Keempat
kambauark sj penyu, katung.Kamus Dewan Edisi Keempat
1234567

Kembali ke atas