sukat | 1 bekas yg dpt diisi sebanyak 4 gantang dan digunakan utk menakar atau utk mengukur sesuatu. 2 = sukatan sistem atau unit yg digunakan utk mengukur sesuatu; ukuran. menyukat 1 mengukur atau mengira banyaknya sesuatu benda dgn sukat. 2 mengukur besarnya (luasnya, panjangnya dsb) sesuatu dgn menggunakan alat-alat tertentu: Dua orang juruukur sedang ~ tapak sebuah bangunan. sukatan 1 sistem atau unit yg digunakan utk menyukat sesuatu; ukuran: Berapa luas negeri Pahang dlm ~ ekar? 2 hasil drpd menyukat: ~nya tidak betul. ~ pelajaran ringkasan atau keterangan ringkas ttg mata pelajaran yg perlu diajarkan. penyukatan hal atau perbuatan menyukat. penyukat 1 alat yg digunakan utk menyukat: ~ suhu. 2 orang yg kerjanya menyukat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sukat I | 1. takaran yg besarnya empat gantang; 2. = sukatan ukuran (panjang, luas, dan isipadu); 3. bp = menyukat mengukur (menakar dll); tukang ~ bp orang yg mengukur tanah; yg se~ tak akan jadi segantang prb untung nasib tidak dapat diubah-ubah; bersukat 1. mengukur (menakar) dgn sukat; 2. diukur (dikira) dgn satuan tertentu: makanan itu ~ betul-betul; ~ dgn rah sl membunuh orang; ~ darah, bertimbang daging prb berlawan bermati-matian; telah penuh sbg ~ prb sudah habis kesabarannya; menyukat 1. mengukur dgn sukat; 2. mengukur (panjang, luas, isi): selepas itu aku bekerja di hutan ~ tanah; sukatan 1. satuan yg digunakan utk menyukat, ukuran: berapakah luasnya dlm ~ hektar?; sebutkan isinya dlm ~ liter; 2. sesuatu hasil drpd menyukat (setelah disukat), catuan: di bawah ini diberikan lagi satu ~ makanan yg memberi tenaga sebanyak 2600 kilogram kalori; 3. sesuatu yg digunakan utk menyukat (menentukan, menilai, dll): sudut itu diukur dgn ~ darjah; ~ pelajaran butir-butir ringkas drpd mata pelajaran yg diberikan (di sekolah dll); penyukatan perbuatan menyukat; penyukat 1. alat yg digunakan utk menyukat (mengukur dll): ~ suhu; 2. orang yg menyukat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyukat | 1 alat yg digunakan utk menyukat: ~ suhu. 2 orang yg kerjanya menyukat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penyukat | 1. alat yg digunakan utk menyukat (mengukur dll): ~ suhu; 2. orang yg menyukat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyukat | 1 alat yg digunakan utk menyukat: ~ suhu. | Kamus Pelajar |
lengas | 1 basah kerana ada air (spt tangan berpeluh). 2 air yg terkandung dlm udara: penyukat ~ alat utk menyukat air dlm udara. berlengas berair atau ada air; lembap. melengas menjadi lengas (berair, lembap). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |