penyuluhan | 1 hal atau perbuatan menyuluh. 2 penyelidikan; pengintipan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penyuluhan | 1. perihal menyuluh (mengintip, mengintai, dll), pengintaian, penyelidikan; 2. ki penerangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyuluhan | 2 penyelidikan; pengintipan. | Kamus Pelajar |
penyuluhan | 1 hal atau perbuatan menyuluh. | Kamus Pelajar |
suluh | penyuluhan | Kamus Pelajar |
suluh | 1 benda (spt daun kelapa kering yg dibakar) yg digunakan utk menerangi; obor: lampu ~ lampu yg menggunakan bateri; lampu picit. 2 = penyuluh orang yg tugasnya mencari rahsia; perisik. bersuluh menggunakan suluh: Sudah terang lagi ~. bersuluhkan menggunakan sesuatu sbg suluh. menyuluh 1 menerangkan sesuatu (dgn suluh): Kami menggunakan lampu picit utk ~ jalan. 2 mencari sesuatu dgn menggunakan suluh: ~ ikan (lebah) mencari ikan (lebah) pd waktu malam dgn menggunakan suluh. 3 berusaha utk mencari rahsia atau keterangan ttg sesuatu; menyelidik; merisik: Beberapa orang kepercayaannya disuruh ~ keadaan musuh. menyuluhkan menghalakan cahaya lampu dsb pd: ~ lampu ke arah cermin. penyuluhan 1 hal atau perbuatan menyuluh. 2 penyelidikan; pengintipan. penyuluh 1 orang yg menyuluh. 2 pengintip; perisik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
suluh I | 1. sesuatu yg digunakan utk menerangi (daun kelapa kering yg dibakar dll), jamung, obor: di sana sini kelihatan ~ terkelip-kelip; lampu ~ sj lampu yg menggunakan bateri, lampu picit; 2. = penyuluh sl orang yg mencari rahsia, mata-mata gelap, pengintip, perisik; bersuluh menggunakan suluh (utk menerangi): sudah terang lagi ~; bersuluhkan menggunakan (sesuatu) sebagai suluh; ~ bulan tidur di bawah langit (tidak berumah); bagai ~ tengah hari prb a) = lagi terang lagi bersuluh perkara yg sudah terang dan nyata (sehingga diketahui umum); b) mensia-siakan wang (tenaga dll); bukannya ~ batang pisang, ~ bulan matahari prb sudah terang dan nyata sekali (perbuatan, kejahatan, dll); menyuluh, menyuluhi 1. menerangi dgn suluh: sinar neon yg benderang ~ sekitar bandar raya itu; di bawah bantalku ada lampu picit, aku ambil utk ~ jalan keluar; 2. mencari ikan (berburu dll) dgn suluh: ~ burung; 3. mencari-cari rahsia (keterangan dll), menyelidiki, merisik: kawan-kawannya pergi ~ gerakan lanun yg dikatakan sedang bergerak ke utara Tanah Melayu; 4. ki menerangi (memberi penerangan), memberi petunjuk: ~ manusia supaya mengikuti jalan yg benar; penyuluhan 1. perihal menyuluh (mengintip, mengintai, dll), pengintaian, penyelidikan; 2. ki penerangan; penyuluh 1. orang yg tugasnya mencari rahsia, pengintip, perisik, suluh: ia akan dibicarakan atas tuduhan menjadi ~ musuh; 2. ki pemberi penerangan (petunjuk dll): ibu memberi pelajaran utk ~ kehidupanmu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |