perahan | 1 hasil drpd memerah: susu ~. 2 binatang yg dipelihara utk mendapatkan susunya: lembu ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perahan | 1. hasil drpd memerah (air, susu, dll); 2. binatang dll yg diperah: lembu ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perahan | 1 hasil drpd memerah: susu ~. 2 binatang yg dipelihara utk mendapatkan susunya: lembu ~. | Kamus Pelajar |
lembu perahan | lembu yg diternak terutamanya utk mendapatkan susunya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lembu susu (perahan) | lembu yg dipelihara utk memperoleh susunya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
air tomato | perahan tomato; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
santan | air perahan kelapa yg telah diparut (dikukur); ~ dibalas dgn tuba prb kebaikan dibalas dgn kejahatan; ~ masuk ke pasu, hampasnya tumpah ke tanah prb ketika berguna di-sayangi, sesudah tidak berguna dibuang; kena-kena spt ~ bergula, tak kena-kena bagai antan pukul kepala prb sesuatu perkataan itu kalau bersalahan tafsirannya jadi melarat, jika benar jadi kebajikan; meramas ~ di kuku prb me-minta pd orang yg tidak mempunyai sesuatu; spt ~ dgn tengguli prb dua perkara (hal) yg berpadanan benar; sungguhpun lemak ~, akhirnya basi juga prb orang yg cantik itu akhirnya akan tua juga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
puri II | perahan yg pekat drpd buah atau sayur yg dimasak dan ditapis; memurikan memproses atau membuat buahbuahan atau sayur-sayuran menjadi puri: ~ tomato. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
air oren | air perahan buah oren. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perasan | hasil memeras, perahan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |