Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ram.but] | ڤرمبوت

Definisi : sj tali (dawai) yg kuat antara tali kail dgn mata kail. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perambut


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
perambutsj tali (dawai) yg kuat antara tali kail dgn mata kail.Kamus Dewan Edisi Keempat
ranggung IIsj pengait pancing yg diperbuat drpd tanduk yg berlubang (tempat me­masukkan perambut), pelampung kail; (pan­dai) memainkan ~ (pandai) mencari peluang baik.Kamus Dewan Edisi Keempat
rambut I1. sj bulu yg tumbuh di kepala: ~nya ikal, lebat, dan hitam; ~ kelong dahi rambut yg ikal di dahi; anak ~ hujung rambut yg ikal pd dahi dll; gigi ~ rambut yg di pinggir; kaki ~ rambut yg di pinggir atas tengkuk; si ~ panjang bp orang perempuan; termakan di ~ sangat susah; sakit kepala panjang ~ pura-pura sakit kepala; 2. sesuatu yg spt rambut; ~ anak kundai rambut pendek di dahi pengantin; ~ genjur rambut yg kejang (tegak kaku); ~ ikal rambut yg mengombak; ~ jagung bulu pd jantung jagung; ~ kerul = ~ keriting rambut ikal kecil-kecil; ~ palsu rambut buatan; ~ sama hitam, hati masing-masing berlainan prb masing-masing orang itu mempunyai pendapat (kemahuan dll) yg berlainan; bagai ~ dibelah tujuh prb perihal sesuatu yg terlalu sedikit (kecil); spt bergantung pd (di) ~ sehelai prb sentiasa dlm keadaan yg sangat sulit dan berbahaya; spt menghela ~ dlm tepung, ~ jangan putus, tepung jangan ter­serak prb menghukum hendaklah dgn seadil-adilnya; serambut sebesar rambut, sekecil-kecilnya: tidak ada suatu kejadian yg betul-betul sempurna tanpa ada sebarang cacat walau ~ jua; berambut mempunyai atau ditumbuhi rambut: hatinya terpaut dgn pemuda yg ~ hitam ber-kilat itu; kepalanya hampir botak tidak ~ lagi; merambut berhelai-helai spt rambut; perambut sj tali (dawai) yg kuat antara tali kail dgn mata kail.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas