perangkuman | perbuatan merangkumkan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rangkum I | ; serangkum sebanyak yg terbawa (terangkat) dlm pelukan: ~ kain kotor; merangkum 1. membawa (mengangkat) dlm pelukan tangan: longgokan kain kotor itu dirangkumnya lalu dibawa ke pembasuhan; 2. memeluk: kedua-dua belah tangannya ~ gadis itu; 3. ki mengambil (memiliki, menguasai) hak orang dll, membolot: Sofia ~ wang itu kesemuanya; 4. = merangkumi melingkupi, melingkungi, mencakupi, mencangkum: sistem insurans kebangsaan amnya ~ semua orang antara umur bersekolah dan umur bersara; siaran berita harus ~ peristiwa-peristiwa penting di dunia; merangkumkan 1. merangkum sesuatu utk (dengan); 2. memasukkan ke dlm (lingkungan) bersama-sama, mengumpulkan menjadi satu: sembahyang lima waktu boleh dirangkumkan atau dipendekkan ketika dlm pelayaran; 3. meringkaskan, mengikhtisarkan; terangkum termasuk dlm lingkungan sesuatu, tercakup: ~ dlm konsep mendengar ialah beberapa aspek lain lagi, antaranya menangkap sesuatu yg didengar; rangkuman 1. ki pelukan, lingkungan: menyatukan manusia dlm suatu ~ kehidupan cinta kasih dan saling mengerti; 2. ringkasan, ikhtisar (dr huraian dll); perangkuman perbuatan merangkumkan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |