perantaian | orang hukuman yg dirantai, orang rantai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perantaian ke belakang(backward chaining) | Kaedah membuat kesimpulan dalam gelintaran terminal pengetahuan yang dipacu oleh matlamat. Gelintaran bermula dari matlamat yang dikehendaki dan kemudian bergerak ke belakang menuju fakta yang sudah diketahui. | Kamus Komputer |
perantaian perintah(command chaining) | Pelaksanaan perintah yang terdapat dalam satu senarai kawalan yang dilakukan secara berjujukan. | Kamus Komputer |
perantaian ke depan(forward chaining) | Tindakan yang diambil untuk membuat kesimpulan dalam gelintaran terminal pengetahuan yang dipacu oleh peristiwa. Gelintaran bermula dari fakta yang sudah diketahui dan kemudian bergerak ke hadapan menuju matlamat yang dikehendaki. | Kamus Komputer |
perantaian data(data chaining) | Penyusunan format dan kandungan sekumpulan blok data suatu rekod supaya setiap blok data mengandungi alamat blok data selanjutnya mengikut jujukan susunan fail tertentu. | Kamus Komputer |
perantaian(chaining) | 1. Kemudahan yang dimiliki oleh bahasa pengaturcaraan komputer yang membolehkan atur cara berhubung dengan atur cara yang lain dari dalam atur cara. 2. Sistem penyimpanan maklumat yang membolehkan unit maklumat disimpan berasingan dalam ingatan tetapi tersusun melalui medan pemaut yang merangkaikan satu unit dengan satu unit yang lain. | Kamus Komputer |
penimbalan saling tukar(exchange buffering) | Teknik yang menggunakan perantaian data bagi memansuhkan keperluan untuk memindahkan data ke dalam ingatan utama komputer. | Kamus Komputer |
rantai | 1. sj tali drpd cincin-cincin logam yg berkaitan: ~ emas; ~ leher; ~ basikal rantai yg menghubungkan pendayung basikal dgn roda belakang (utk menjalankannya); orang ~ orang hukuman yg dikenakan rantai; 2. = rantaian untaian, deretan, rangkaian, rentetan, deretan memanjang, leretan: konfrontasi, putusnya hubungan diplomatik dgn Filipina, Indonesia, dll merupakan ~ drpd beberapa peristiwa penting dlm sejarah Malaysia; 3. ikatan, kaitan, pertalian: ~ kasih dan tulus mesra; 4. ki sesuatu yg mengikat (tidak bebas): dgn pinjaman yg murah bunganya dan lanjut masa pembayarannya, terselamatlah penduduk-penduduk luar bandar drpd ~ orang tengah; 5. ukuran panjang yg panjangnya 22 ela atau 20.117 meter: rumahnya terletak kira-kira empat ~ dr situ; ~ kangkang rantai yg dikenakan pd kaki orang salah, belenggu; berantai 1. memakai rantai: masakan orang laki-laki ~ leher; maka ditambat seekor anjing, diberinya ~ emas; 2. = berantai-rantai berangkai-rangkai (berangkaian), berturut-turut, bersambung-sambung: peristiwa sejarah yg ~ ini diikuti pula oleh peristiwa perang Naning; lari ~ lari berganti-ganti (bersambung-sambung); reaksi ~ reaksi yg berangkai-rangkai (bersambung-sambung); merantai 1. mengikat dgn rantai, membelenggu: panglima Hitam dirantai lalu ditolak tersungkur ke lantai; 2. ki menghambat, menyekat: kau sudah tidak rindu akan kampungmu sebab hatimu telah dirantai kota; rantaian untaian, rangkaian, rentetan, runtunan; orang ~ orang rantai; perantaian orang hukuman yg dirantai, orang rantai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |