Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ran.ti] | ڤرنتي

Definisi : 1. alat, perkakas, pesawat: tatacara dan ~ optometri moden dapat membantu supaya pelihatan yg baik dapat dikekalkan; 2. syarat; 3. buat, bagi, untuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ran.ti] | ڤرنتي

Definisi : sesuatu yg diperlukan atau yg digunakan utk membuat (mengerjakan, menghasilkan) sesuatu; alat; perkakas. ~ input ist peranti yg membolehkan data (spt teks, gambar, bunyi) dr alam nyata dimasukkan ke dlm komputer. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata peranti


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pengejaman(clocking)1. Kaedah yang digunakan untuk menyeragamkan perjalanan dua peranti. 2. Tindakan menyegerakkan peranti penghantar dan peranti penerima dalam sistem penghantaran segerak. 3. Tindakan menjalankan peranti mengikut pemasaan jam.Kamus Komputer
penumpu peranti(device concentrator)Peranti yang digunakan dalam sistem komunikasi komputer untuk membolehkan beberapa peranti berkelajuan rendah dan berkelajuan sederhana disalurkan ke peranti berkelajuan tinggi.Kamus Komputer
tuan-hamba(master-slave)Hubungan antara dua peranti, dengan peranti yang mengawal bertindak sebagai tuan manakala peranti yang dikawal bertindak sebagai hamba.Kamus Komputer
pengantaramukaan(interfacing)Proses menyambungkan peranti pada peranti lain yang tidak sepadan secara fizikal untuk membolehkan pertukaran data dan maklumat dilakukan antara satu sama lain.Kamus Komputer
nama peranti(device name)Nama yang diberikan kepada peranti untuk membezakan peranti dan juga untuk memudahkan pemanggilannya.Kamus Komputer
panel depan(front panel)Bahagian hadapan konsol sistem yang memegang suis, peranti input, peranti penunjuk, dan paparan. Rupa bentuk panel ini direka bentuk supaya nampak lebih kemas dan cantik kerana panel ini merupakan bahagian hadapan sistem yang boleh dilihat oleh orang ramai.Kamus Komputer
pengendalian bertimbal(buffered operation)1. Pengendalian yang menggunakan peranti untuk berada di antara peranti penyampai data dengan peranti penerima data. 2. Pengendalian yang menggunakan ingatan sementara untuk menyimpan data yang diterima atau yang akan dihantar.Kamus Komputer
penggera(alarm)1. Isyarat yang dijana oleh peranti pendengaran atau peranti penglihatan yang menandakan bahawa suatu ralat atau kecemasan telah berlaku yang mungkin mengganggu atau sedang mengganggu perjalanan sistem. 2. Peranti yang menjana isyarat untuk memberitahu akan kewujudan suatu keadaan khas.Kamus Komputer
kelengkapan komunikasi data(data communication equipment)Kelengkapan yang berkaitan dengan penghantaran data dari satu peranti ke peranti lain. Misalnya, modem dan terminal jauh.Kamus Komputer
antara muka(Komp) bahagian (peranti, sambungan, dll) yg menjadi sempadan dan penghubung di antara dua komponen, litar, peranti, sistem, dll yg berlainan utk mem­boleh­kan pertukaran maklumat dilakukan; ~ analog sambungan pd komputer yg boleh menerima peranti analog; ~ bas litar atau peranti yg berfungsi memadankan atau menyam­bungkan alat lain pd sistem bas; ~ bersiri antara muka yg membolehkan mak­lumat dihantar satu per satu melalui saluran tunggal; ~ Centronics antara muka piawai utk menyambungkan komputer dgn pencetak selari; ~ digital sambungan yg membolehkan komputer menerima peranti digital; ~ peng­guna penentuan dan peraturan komputer yg membolehkan pengguna mudah berinteraksi dgn komputer; pengantaramukaan proses menghu­bung­kan dua atau lebih alat, peranti, dll yg berlainan supaya dapat saling berhubung.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas