peranti perduaan(binary device) | 1. Peranti yang dapat mengendalikan dua keadaan logik, seperti 0 dan 1. 2. Peranti yang hanya memperlihatkan dua keadaan logik seperti `nyala` dan `padam`. | Kamus Komputer |
ingatan statik(static memory) | 1. Peranti ingatan yang mengandungi maklumat tetap. 2. Peranti ingatan yang tidak memerlukan penyegaran semula. 3. Peranti ingatan yang tidak mengandungi sebarang bahagian mekanik yang bergerak. | Kamus Komputer |
peranti penunjuk lajur(column indicating device) | 1. Peranti yang digunakan untuk menunjukkan kedudukan lajur kad atau pita. 2. Peranti yang digunakan untuk menunjukkan taraf lajur ingatan teras bermagnet. | Kamus Komputer |
penumpu data(data concentrator) | 1. Peranti yang digunakan untuk mengumpulkan data dari talian penghantaran berkelajuan rendah dan berkelajuan sederhana untuk dihantar melalui talian penghantaran berkelajuan tinggi. 2. Peranti yang mengumpulkan butiran data untuk dijadikan kumpulan data yang besar. 3. Peranti yang digunakan untuk menyimpan data secara sementara di dalam cakera apabila talian penghantaran sedang sibuk dan kemudiannya menghantar semula data yang disimpan apabila talian penghantaran sudah bebas semula. | Kamus Komputer |
kunci perkakasan(hardware key) | 1. Peranti keselamatan yang perlu disumbatkan ke dalam perkakasan sebelum komputer atau sistem berkeselamatan boleh digunakan. Kunci ini digunakan untuk mengelakkan pengguna tanpa izin menggunakan sistem. 2. Peranti yang perlu disumbatkan ke dalam liang komputer sebelum perisian berpelindung boleh digunakan. Kunci perkakasan digunakan oleh pembuat perisian untuk mengelakkan pembeli menyalin perisian secara bebas. 3. Peranti yang diperlukan untuk membuka atau menutup fail sulit yang elah dikodkan. Bandingkan kunci perisian. | Kamus Komputer |
fius | 1. peranti utk menyekat arus elektrik yg mengalir melalui sesuatu litar apabila arus melebihi nilai tertentu; 2. peranti mekanikal atau elektronik utk mencetuskan sesuatu letupan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyambung(connector) | 1. Peranti pengganding yang digunakan untuk menghubungkan secara elektrik atau mekanikal dua liang, muka, kabel, casis atau/dan peranti. 2. Lambang carta alir yang digunakan untuk menyatakan titik masuk atau keluar bagi carta alir. | Kamus Komputer |
terminal data(data terminal) | 1. Peranti yang mengubahsuaikan data untuk input dan output di antara peranti input-output komputer dengan sambungan talian penghantaran. 2. Peralatan yang membolehkan komputer menerima input data daripada pengguna atau yang boleh mempersembahkan data pada pengguna. | Kamus Komputer |
get(gate) | 1. Peranti yang mempunyai satu saluran output dan satu saluran input atau lebih. Keadaan output ditentukan oleh keadaan input. 2. Isyarat yang digunakan untuk memicu pergerakan isyarat lain dalam litar. 3. Salah satu elektrod pada peranti transistor kesan medan (FET) yang digunakan dalam cip litar komputer. | Kamus Komputer |
get I | (gét) (Komp) 1. peranti yg mempunyai satu saluran output dan satu saluran input atau lebih, yg keadaan outputnya ditentukan oleh keadaan input; 2. salah satu elektrod pd peranti transistor yg digunakan dlm cip litar komputer. | Kamus Dewan Edisi Keempat |