Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ra.sa.an] | ڤراساءن

Definisi : 1. perihal merasa(i) dgn badan atau kulit dll, hasil atau perbuatan merasa dgn badan atau kulit dll: makanan yg lama tinggal dlm perut boleh menyebabkan sakit dan lain-lain ~ yg tidak menyenangkan; 2. perihal merasa(i) dlm hati atau batin, hasil atau perbuatan merasa dlm hati atau batin, sentimen: seorang gadis yg sangat halus ~nya; ~ kurang senang; tunjuk ~ perbuatan me-nyatakan bantahan beramai-ramai, demonstrasi; 3. kemampuan (kecekapan, kekuatan) utk merasa(i): seekor tikus me­nangkap mang­­sa­­nya dgn ~; tajamkanlah ~, pelihatan, dan fikiran tatkala menghadapi musuh; 4. fikiran, pendapat, pertimbangan: bagaimana ~ tuan berkenaan dgn masalah ini?; ~ perkauman sentimen yg berdasarkan kaum; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ra.sa.an] | ڤراساءن

Definisi : 1 hal berasa atau merasai sesuatu: ~ ingin menjadi sasterawan terkenal meluap-luap di dadanya. 2 rasa atau keadaan batin ketika menghadapi sesuatu: Hatinya selalu didatangi ~ takut. 3 kesanggupan utk berasa: Sindiran orang itu menyinggung ~ beberapa orang yg hadir. 4 pertimbangan hati ttg sesuatu; pendapat: Bagaimana ~ saudara ttg perkara ini? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rasa
1. Dalam konteks pelbagai rasa
bersinonim dengan manis, masam, masin, pahit, tawar, payau, pedas, maung, hambar, kelat,
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan fikir
( kira, ingat, agak, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : rasanya, rasa-rasanya, berasa, merasai, merasakan, terasa, perasaan, berperasaan, perasa, berperasa,

Peribahasa

Kerana lotong terlalu makan,
     tupai dijulai timpa perasaan.

Bermaksud :

Orang besar-besar yang bersuka-ria, orang kecil-kecil yang gembira berlebih-lebihan. lotong (lutung) = kera hitam.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kekecilan hati1. tersinggungnya perasaan, perasaan kecil hati; 2. hilang keberaniannya, ketakutan.Kamus Dewan Edisi Keempat
kecil hati1. tersinggung perasaan, marah sedikit; 2. tawar hati; berkecil hati 1. berasa tersinggung perasaan (agak marah); 2. tawar hati; mengecilkan hati menyebabkan (berasa) kecil hati, menyinggung perasaan: sbg anak, kita janganlah sekali-kali ~ orang tua kita; kekecilan hati 1. tersinggungnya perasaan, perasaan kecil hati; 2. hilang keberaniannya, ketakutan.Kamus Dewan Edisi Keempat
terusik1. telah diusik (diganggu, dicemari dsb): di kawasan pedalaman itu masih terdapat banyak lubuk ikan yg belum ~; 2. ki tersentuh (terharu dsb) perasaan: perasaan-nya mudah ~ apabila mendengar lagu itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
mendalam1 bertambah dalam; menjadi dalam: Lukanya kian ~ kerana tidak diubati. 2 teliti (sempurna, luas dll): Pengetahuannya ttg sastera Melayu sungguh ~. 3 lebih melarat (penyakit); lebih dalam, kuat, kukuh (bkn perasaan): Perasaan bencinya terhadap bangsa asing sungguh ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
marah1 = kemarahan perasaan panas hati atau perasaan tidak senang hati kerana dihina (dikeji, diperlakukan kurang baik dll); perasaan yg menyebabkan seseorang mahu berkelahi: ~nya kpd pemuda yg kurang ajar itu masih belum hilang lagi. 2 (berasa) panas hati kerana dipermain-mainkan dll; (berasa) berang: Ia ~ sekali mendengar jawapan orang itu. memarahi melarang atau menegur seseorang dgn menuturkan kata-kata yg kasar; memberangi: Dia ~ adiknya kerana memecahkan botol dakwatnya. memarahkan menimbulkan marah; menyebabkan menjadi marah: Ucapannya itu telah ~ kaum keluarganya. kemarahan perasaan marah; kegusaran. pemarah orang yg cepat atau lekas marah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kemarahanperasaan panas hati atau perasaan tidak senang hati kerana dihina (dikeji, diperlakukan kurang baik dll); perasaan yg menyebabkan seseorang mahu berkelahi: ~nya kpd pemuda yg kurang ajar itu masih belum hilang lagi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
suka1 perasaan senang atau perasaan gembira: Hanya engkaulah sahabatku dlm ~ dan duka. 2 = ~ hati (berasa) senang hati; (berasa) gembira; girang: Aku tidak ~ tinggal di kampung ini. 3 mahu mengerjakan sesuatu; gemar akan sesuatu; berkenan akan sesuatu: Aku boleh pergi bila-bila aku ~. Aku tidak ~ engkau mengganggu mereka. 4 menaruh perasaan kasih atau sayang: Tidak ada ibu yg tidak ~ akan anak-anaknya. bersuka-suka bergembira; bersenang-senang: Pd ketika itu, baginda telah pergi ke Rembau ~ beberapa lama. bersuka-sukaan 1 bergembira beramai-ramai (dgn makan minum, nyanyian dsb): Setelah itu menteri Kelahan pun berjamu makan minum ~ tiga empat hari lamanya. 2 bercinta-cintaan (antara lelaki dan perempuan). menyukai 1 suka akan; menggemari; meminati: Kanak-kanak sangat ~ filem kartun. 2 menaruh kasih kpd; suka kpd; menyayangi: Banyak gadis yg ~nya. menyukakan menyebabkan menjadi suka; menjadikan suka; menggirangkan hati; menggembirakan: Apa yg ~ engkau tinggal di kampung ini? kesukaan 1 keadaan atau rasa suka; kegembiraan: Mereka bermain beramai-ramai dgn penuh ~. 2 apa-apa yg disukai; apa-apa yg menyukakan; kegemaran; kemahuan: ~nya pd waktu lapang ialah memancing.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pertunjukan perasaanark tunjuk perasaan, demonstrasi;Kamus Dewan Edisi Keempat
menunjuk perasaanmengadakan tunjuk perasaan (dgn berpiket, berarak, dsb), berde­montrasi;Kamus Dewan Edisi Keempat
penuh perasaandgn seluruh perasaan (hati);Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas