Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rasa
1. Dalam konteks pelbagai rasa
bersinonim dengan manis, masam, masin, pahit, tawar, payau, pedas, maung, hambar, kelat,
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan fikir
( kira, ingat, agak, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : rasanya, rasa-rasanya, berasa, merasai, merasakan, terasa, perasaan, berperasaan, perasa, berperasa,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kecil hati1. tersinggung perasaan, marah sedikit; 2. tawar hati; berkecil hati 1. berasa tersinggung perasaan (agak marah); 2. tawar hati; mengecilkan hati menyebabkan (berasa) kecil hati, menyinggung perasaan: sbg anak, kita janganlah sekali-kali ~ orang tua kita; kekecilan hati 1. tersinggungnya perasaan, perasaan kecil hati; 2. hilang keberaniannya, ketakutan.Kamus Dewan Edisi Keempat
kekecilan hati1. tersinggungnya perasaan, perasaan kecil hati; 2. hilang keberaniannya, ketakutan.Kamus Dewan Edisi Keempat
sentimen(séntimen) 1. perasaan yg berlebih-lebihan dan menurutkan kata hati terhadap sesuatu; 2. emosi atau perasaan yg lembut dan halus yg mudah mengusik jiwa; 3. pandangan atau pendapat tentang sesuatu: kau yg mengapi-apikan ~ perkauman; kau terlalu lekas tersinggung, terlalu lekas mengeluarkan perasaan ~mu.Kamus Dewan Edisi Keempat
kasih1 perasaan sayang; cinta: ~nya terhadap gadis itu tidak berbalas. 2 berasa sayang; berasa cinta: Dia amat ~ akan anak itu. ~ sayang a. sayang; cinta. b. perasaan belas kasihan. berkasih-kasihan sama-sama (saling) menyayangi; saling mencintai: Kedua-duanya itu hidup ~. mengasihi menaruh kasih pd; menyayangi; mencinta: Dia ~ sahabatnya itu. kasihan 1 menaruh perasaan hiba atau belas: Orang itu pun ~ melihat singa tsb, lalu dicabutnya duri dr kaki singa itu. 2 kata seru utk menyatakan perasaan hiba: ~! Siapa yg mencuri wangmu? mengasihani menaruh belas kasihan pd: Apa gunanya ~ orang yg tidak tahu membalas budi? kekasih orang yg dikasihi; orang yg dicintai; buah hati: ~nya selalu menulis surat kpdnya. pengasih 1 = ilmu ~ sesuatu (spt jampi, guna-guna) yg dpt menimbulkan atau dpt mendatangkan rasa kasih. 2 bersifat belas kasihan; selalu berasa kasihan: Ibu yg ~ dan penyayang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
impuls1. perasaan ingin melakukan sesuatu secara tiba-tiba (tanpa memikirkan padahnya), dorongan perasaan yg mendadak; 2. (Bio) gelombang elektrik yg bergerak melalui gentian saraf (apabila saraf terangsang).Kamus Dewan Edisi Keempat
kepanikan1. perasaan atau keadaan panik (cemas): ~ benar-benar mencengkamnya; ~ jelas terbayang di wajahnya; 2. mengalami perasaan panik, dlm keadaan panik: orang tua yg ~ itu telah bergegas melarikan diri ke dlm belukar; nampaknya dia ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
muhibah1 perasaan persahabatan dan kemesraan: Berbagai-bagai cara telah dijalankan oleh kerajaan utk memupuk ~ antara kaum. 2 perasaan sangat sayang kpd seseorang; cinta; kasih mesra.Kamus Pelajar Edisi Kedua
waswasI 1. (perasaan) sangsi: dia mahu suaminya hidup di sisinya tanpa bimbang dan ragu-ragu, tanpa syak dan ~; 2. (perasaan) curiga, kecurigaan: drpd perjumpaan itu hilanglah ~ aku kepadanya; seorang babu yg tidak pernah aku lihat yg berwajah samseng mengerling aku dgn ~ dr pintu; 3. khuatir: janganlah Datuk berasa ~ terhadap perkataan hamba; mewaswaskan menyebabkan berasa waswas: saya ingat tidak ada apa-apa lagi yg boleh ~ hati; kewaswasan rasa (keadaan) waswas: dlm dirinya ada ~ tentang kesahan sembahyangnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
simpati1. perasaan belas kasihan, timbang rasa, dsb terhadap seseorang atau sesuatu, ter­utamanya apabila ditimpa kesusahan: ben­cana spt itu seharusnya mendapat ~ dan bantuan dr dlm dan luar negeri; 2. perasaan bersetuju dgn menyokong sesuatu idea, pen­dapat, dsb bagi tujuan tertentu; bersimpati menunjukkan simpati, menaruh simpati: saya sangat ~ dgn nasib malang pelajar dr Bagan Serai itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
kesayangan1. perasaan kasih sayang (cinta dll), cinta kasih: ~ Mak Wati kpd anaknya bertambah dalam; 2. yg disukai, kesukaan: itu memang sudah ~ mereka berbuat begitu; 3. yg disayangi (dicintai, dikasihi), kekasih: baginda terpaksa membelakangi isteri ~nya kerana semata-mata hendak menjaga hati ayah bondanya; 4. perasaan kesal (rugi dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas