Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.bau.ran] | ڤرباءورن

Definisi : 1. perihal berbaur, percampuran, pergaulan; 2. perkahwinan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.bau.ran] | ڤرباءورن

Definisi : keadaan atau hal berbaur; percampuran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perbauran


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
perbaurankeadaan atau hal berbaur; percampuran.Kamus Pelajar Edisi Kedua
perbauran1. perihal berbaur, percampuran, pergaulan; 2. perkahwinan;Kamus Dewan Edisi Keempat
perbaurankeadaan atau hal berbaur; percampuran.Kamus Pelajar
baur; berbaur 1 bercampur antara satu dgn yg lain (terutama ttg gas, cairan, perasaan dll): Minyak dgn air tidak mungkin ~. 2 bergaul (dgn); berbaik-baik (dgn): Jika ~ dgn orang jahat, kita pun akan dianggap jahat. 3 hidup sbg suami isteri; berkahwin. membaurkan 1 menjadikan berbaur; mencampuradukkan: Dia sedang ~ ketiga-tiga jenis gas itu dlm sebuah kelalang. 2 membiarkan bergaul (bercampur): Kegiatan kebudayaan spt itu dpt ~ masyarakat pelbagai kaum di negara ini. 3 mengahwinkan; menikahkan: Ayahnya telah ~ dia dgn seorang doktor. bauran apa-apa yg berbaur; campuran. perbauran keadaan atau hal berbaur; percampuran. pembauran hal atau proses membaurkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
baurberbaur 1. bercampur antara satu dgn yg lain (terutama ttg gas, cairan, perasaan dll): Minyak dgn air tidak mungkin ~. 2. bergaul (dgn); berbaik-baik (dgn): Jika ~ dgn orang jahat, kita pun akan dianggap jahat. 3. hidup sbg suami isteri; berkahwin. membaurkan 1. menjadikan berbaur; mencampuradukkan: Dia sedang ~ ketiga-tiga jenis gas itu dlm sebuah kelalang. 2. membiarkan bergaul (bercampur): Kegiatan kebudayaan spt itu dpt ~ masyarakat pelbagai kaum di negara ini. 3. mengahwinkan; menikahkan: Ayahnya telah ~ dia dgn seorang doktor. bauran apa-apa yg berbaur; campuran. perbauran keadaan atau hal berbaur; percampuran. pembauran hal atau proses membaurkan.Kamus Pelajar
baur Icampur; campur ~ campur aduk, kacau;berbaur 1. beraduk, bercampur: teriak penjual-penjual rokok dan surat khabar ~ kacau-balau dlm kebisingan manusia seramai itu; 2. bergaul (dgn), bercampur: tidak patut ia dituduh menganut faham perkauman, ia ~ dgn segala bangsa; 3. berkahwin, hidup spt suami isteri: kami sudah 10 tahun ~; 4. mempunyai unsur, berbau, bersifat: ceramahnya ~ politik; ~ bagaikan muntah, bercerai bagaikan demam prb orang yg bersaudara itu, kalau berdekat berbantahan, jika berjauhan sangat rindu akan yg lain; ~ pangkal perceraian prb orang yg bersaudara itu kalau bercampur selalu timbul perselisihan;membauri menambah sesuatu supaya bercampur, mencampuri: ia mendengar suara laki-laki dibauri oleh suara perempuan; penulis memberi alasan bahawa berlaku kemajuan seni bina apabila pengetahuan teknologi dibauri oleh pelbagai unsur luar yg turut mengembangkan kebudayaan Melayu;membaurkan 1. = menyebaurkan mencampurkan, mengadukkan, mencampuradukkan: jangan dibaurkan tepung beras dgn tepung gandum; 2. = memperbaurkan membiarkan bercampur (bergaul): tidak baik ~ laki-laki dgn perempuan begitu rupa; 3. = memperbaurkan ki mengahwinkan: orang tuanya hendak ~ dia dgn sepupunya;terbaur sudah berbaur, tercampur, teraduk: yg pahit biasanya ubat, dan di dlm manis itulah biasanya ~ racun;bauran campuran, adukan;perbauran 1. perihal berbaur, percampuran, pergaulan; 2. perkahwinan; pembauran pencampuran, pengadukan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas