strata | 1. lapisan (bumi dsb); 2. tingkat kedudukan, peringkat taraf (dlm susunan atau hierarki tertentu): novel-novel yg menyentuh soal keruntuhan akhlak, perbezaan ~, perbezaan kaum, penyelewengan persahabatan, dsb; berstrata terbahagi kpd beberapa kelas, golongan, tingkat dsb, bersusun lapis: sebuah masyarakat yg ~; penstrataan proses pembentukan tanah atau batuan yg bersusun lapis: beberapa muara tertentu akan mengalami percampuran sekata manakala pd masa-masa lain pula akan mengalami ~ atau menjadi berlapis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perbezaan | keadaan atau sifat berbeza: Kekecohan itu timbul drpd ~ pendapat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perbezaan upah | selisih bayaran antara seorang (segolongan) buruh dgn buruh (golongan) lain; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perbezaan | 1. beza, kelainan, ketidaksamaan: ada ~ antara negeri-negeri Melayu yg bersekutu dgn negeri-negeri yg tidak bersekutu; 2. selisih; ~ upah selisih bayaran antara seorang (segolongan) buruh dgn buruh (golongan) lain; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perbezaan | keadaan atau sifat berbeza: Kekecohan itu timbul drpd ~ pendapat. | Kamus Pelajar |
bezantara | /bézantara/ perbezaan antara yg tertinggi dgn yg terendah (ttg bacaan suhu, hujan dsb); perbezaan antara dua batasan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bezantara | /bézantara/ perbezaan antara yg tertinggi dgn yg terendah (ttg bacaan suhu, hujan dsb); perbezaan antara dua batasan. | Kamus Pelajar |
pertikaian | 1 hal atau keadaan yg tidak sama; perbezaan; perselisihan. 2 sesuatu yg dipertikaikan; perbezaan pendapat dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
margin | 1. jidar, garisan tepi; 2. tepi, bahagian tepi; 3. perbezaan antara dua jumlah dsb; ~ keuntungan banyaknya perbezaan antara kos pengeluaran dan hasil jualan yg diperoleh sbg keuntungan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kontras | 1. perbezaan (warna, bunyi, dll) yg sangat nyata, pertentangan (sifat dll): ada dramatis yg memulakan dramanya langsung mempertentangkan watak-wataknya sehingga ~nya terasa begitu dalam jurangnya; 2. memperlihatkan perbezaan yg sangat nyata, memperlihatkan pertentangan; berkontras menunjukkan kontras; mengkontraskan memperlihatkan kontras. | Kamus Dewan Edisi Keempat |