Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : perdagangan an­tara­bangsa yg tidak dikenakan sebarang se­katan spt kuota atau tarif terhadap barang import dr sesebuah negara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perdagangan antarabangsa yg barangan import dr sesebuah negara tidak dikenakan sebarang sekatan, spt kuota atau tarif. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perdagangan bebas


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
perdagangan bebasperdagangan antarabangsa yg barangan import dr sesebuah negara tidak dikenakan sebarang sekatan, spt kuota atau tarif.Kamus Pelajar Edisi Kedua
perdagangan bebasperdagangan an­tara­bangsa yg tidak dikenakan sebarang se­katan spt kuota atau tarif terhadap barang import dr sesebuah negara;Kamus Dewan Edisi Keempat
zon perdagangan bebas(Eko) kawasan yg disediakan khas utk pembinaan kilang yg mengeluarkan barangan utk dieksport;Kamus Dewan Edisi Keempat
AFTAakronim bagi Asean Free Trade Area (Kawasan Perdagangan Bebas Asean).Kamus Dewan Edisi Keempat
zon1. salah satu drpd lima bahagian di permukaan bumi, terutamanya yg terbahagi mengikut garis lintang dan suhu, mintakat: ~ sederhana; ~ sejuk; ~ panas; 2. kawasan yg mempunyai sifat tertentu utk tujuan tertentu, daerah, mintakat: ~ pengaruh; ~ damai; letak harga mengikut ~; 3. lapisan atau kawasan batu-batan yg dicirikan dgn fosil, kecacatan struktur, dsb tertentu: ~ air tanih; ~ air ampai; 4. bahagian sfera di antara dua satah yg selari yg memintasi sfera; 5. kawasan atau daerah yg berada di bawah sekatan atau peraturan tertentu dsb: ~ letak kereta bermeter; ~ tentera; ~ perdagangan bebas (Eko) kawasan yg disediakan khas utk pembinaan kilang yg mengeluarkan barangan utk dieksport; mengezonkan membahagikan kpd zon; pengezonan perbuatan (tindakan, kerja) mengezonkan sesuatu kawasan dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat
kredit(krédit) 1. wang yg dipinjamkan, jumlah atau kemudahan pinjaman, piutang: ~ di atas kadar bunga yg sebanyak itu hanya dapat diberi jika bank mahu menjamin pinjaman itu; bank-bank perdagangan tidaklah bebas membesarkan atau mengecilkan ~nya; 2. kemudahan membayar terkemudian drpd penerimaan barang, penangguhan pembayaran (bagi barang yg dibeli); menjual (membeli) dgn ~ menjual (membeli) barang dgn pem­bayarannya ditangguhkan; memberi ~ mem­beri pinjaman (hutang), membenarkan (mem­bolehkan) penangguhan pembayaran; tukang ~ Jk tukang menjual barang-barang dgn bayaran beransur-ansur; 3. butir perakaunan (spt bayaran dll) yg dicatatkan di ruang sebelah kanan buku kira-kira; mengkreditkan 1. mencatatkan butir per­akaunan (spt bayaran dll) di ruang sebelah kanan buku kira-kira; 2. Id, bp memberi pinjaman wang dgn cagaran barang; 3. bp menjual barang dgn bayaran beransur-ansur; perkreditan yg berkaitan dgn kredit atau segala urusan kredit.Kamus Dewan Edisi Keempat
monopoli1. penguasaan sepenuhnya terhadap sesuatu barangan, perdagangan, perkhidmatan, dsb dlm pasaran tertentu oleh seseorang, sesebuah firma, atau sekumpulan orang atau firma: ~ asing dlm perdagangan telah dapat dipatahkan oleh ahli-ahli perniagaan anak negeri; 2. pemikiran atau penguasaan sesuatu yg tidak boleh dikongsi dgn orang atau pihak lain: Islam bukan ~ orang Arab; memonopoli 1. menguasai sesuatu (perda­gangan, perkhidmatan, dsb) dgn bebas tanpa menghadapi saingan: Portugis dan Belanda datang ke alam Melayu ini bertujuan utk ~ perdagangan; 2. mempunyai, mengawal, atau menggunakan sesuatu (peluang dll) se­penuhnya; pemonopolian perbuatan (proses) memono­poli; pemonopoli orang atau pihak yg memono­poli sesuatu (perniagaan, perkhidmatan dsb): undang-undang ini bertujuan mengelakkan ~ drpd mengaut keuntungan yg berlebihan.Kamus Dewan Edisi Keempat
liberal1. (bersifat) condong kpd kebebasan dan pemerintahan yg demokratik (mis me­nentang hak-hak istimewa kaum bangsawan), (fahaman) bebas; kaum ~ orang yg me­nganut fahaman liberal; 2. bersifat atau ber­pandangan bebas, berpandangan terbuka (tidak terkongkong kpd sesuatu aliran pemikiran dsb); meliberalkan menjadikan liberal (bebas dan terbuka): satu langkah utk ~ pasaran; ~ pandangan yg sempit sesuai dgn perkem­bangan sains dan teknologi hari ini; keliberalan perihal (sifat atau keadaan) liberal: keterbukaan dan ~ minda juga penting dlm menghadapi arus globalisasi ekonomi dunia; peliberalan perihal (tindakan, perbuatan dsb) meliberalkan: dasar ~ perdagangan merupakan salah satu komponen utama di bawah dasar pembangunan industri.Kamus Dewan Edisi Keempat
memonopoli1. menguasai sesuatu (perda­gangan, perkhidmatan, dsb) dgn bebas tanpa menghadapi saingan: Portugis dan Belanda datang ke alam Melayu ini bertujuan utk ~ perdagangan; 2. mempunyai, mengawal, atau menggunakan sesuatu (peluang dll) se­penuhnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
dagang1 datang (berasal) dr luar negeri atau dr tempat asing (bkn orang dll). 2 orang yg merantau (mengembara): Dia ~ di negeri ini. 3 pekerjaan yg berkaitan dgn membeli dan menjual; jual beli. berdagang 1 menjalankan perniagaan; berniaga. 2 = ~ diri merantau atau mengembara ke negeri lain: Dia cuma ~ di sini. memperdagangkan membeli dan menjual sesuatu; memperniagakan: Saudagar itu ~ barang-barang yg dibawa dr negerinya. dagangan 1 barang-barang yg diperjualbelikan atau diperniagakan: Barang ~nya terdiri drpd kain batik, kain songket dan kain kasa. 2 urusan dagang. ~ cergas dagangan yg banyak melibatkan kegiatan jual beli saham. ~ lembap dagangan yg kegiatan jual beli sahamnya sedikit saja. perdagangan urusan berniaga; perniagaan: ~ antara Malaysia dgn negara-negara jiran semakin maju. ~ bebas perdagangan antarabangsa yg barangan import dr sesebuah negara tidak dikenakan sebarang sekatan, spt kuota atau tarif. pedagang orang yg melakukan perniagaan: Banyak ~ Arab yg datang ke Malaysia utk berdagang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12

Kembali ke atas