lacur | 1. tidak jadi, gagal, malang, sial; 2. buruk laku, sundal (perempuan); apa ~ apa boleh buat; perempuan ~ perempuan jalang, perempuan sundal; melacur mencari nafkah dgn melibatkan diri dlm perhubungan kelamin secara haram, menyundal, menjual (kehormatan) diri: dia ~ atas desakan hidup; melacurkan; ~ diri melacur, menyundalkan diri: perempuan itu ~ dirinya sejak lima tahun yg lalu; pelacuran perihal (perbuatan) melacurkan atau menjual diri, persundalan: dia terjun ke dlm dunia ~ yg dia sendiri memang amat takut; pelacur perempuan sundal (yg melacurkan diri), perempuan jalang; ~ terhormat pelacur drpd kalangan orang yg tinggi taraf kedudukannya dlm masyarakat (biasanya tidak diketahui umum). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lanji | Jw; perempuan ~ perempuan jalang, pelacur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jungkat | bergerak ke atas (kalau dipijak dll); perempuan ~ perempuan gatal; ~-jungkit bergerak turun naik; terjungkat terjongket ke atas; jungkatan; jambatan ~ jambatan yg dapat diangkat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendulang | melimbang bijih (emas dll): Masih ada lagi perempuan-perempuan Cina yg ~ bijih di tepi-tepi Sungai Kinta. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penjangak | orang yg berkelakuan tidak senonoh (cabul, jahat); perempuan ~ perempuan lacur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jangak I | = penjangak orang yg berkelakuan tidak senonoh (cabul, jahat); perempuan ~ perempuan lacur; menjangak 1. hidup secara tidak senonoh; 2. berzina. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jalang | 1 tidak mempunyai tempat kediaman yg tetap; liar: kucing ~ kucing yg liar. 2 jahat (bkn perempuan): perempuan ~. menjalang membuat perkara yg tidak baik (tidak bermoral dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perempuan lacur | perempuan jalang, perempuan sundal; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkakak | 1. mempunyai kakak; 2. memanggil kakak, menggunakan perkataan ‘kakak’ terhadap orang perempuan yg lebih tua (sbg menghormati secara mesra): ia tidak pernah lupa ~ apabila bercakap dgn perempuan-perempuan yg lebih tua sedikit daripadanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sama | 1 tidak ada bezanya; serupa saja: Dua kali lima ~ dgn lima kali dua. 2 ikut serta; tidak terpisah dr yg lain: Mereka duduk berkelompok-kelompok, perempuan ~ perempuan dan lelaki ~ lelaki. 3 sesuai benar atau cocok benar keadaannya dll; seimbang: Taraf kita tidak ~ dgn taraf mereka. ~ ada adakah; mungkinkah. ~ dgn a. serupa dgn. b. tanda = (dlm matematik). ~ rata a. ratanya sekata. b. banyaknya sama. ~ saja tidak ada bezanya. ~ sekali semuanya; seluruhnya. ~ sendiri antara mereka sendiri. ~ ukur sama ukurannya (bentuknya dll); simetri. sama-sama 1 pd waktu yg sama (melakukan sesuatu); dlm keadaan yg sama: Mereka ~ membantu menyiapkan projek itu. Dua sahabat itu ~ lemah utk memberikan bantuan. 2 semuanya sekali; kesemuanya: Dlm hal ini, mereka ~ bersalah. 3 kata yg diucapkan sbg membalas ucapan terima kasih drpd orang lain. bersama 1 melakukan sesuatu pd waktu yg sama; berserta: Mereka ~ meneruskan usaha itu. 2 tidak ada kecualinya; seluruhnya utk semua: Harta ini milik kita ~. 3 seiring; berserta: ~ dgn borang ini, saya kepilkan sekeping gambar. bersamaan 1 berlaku pd waktu yg sama; bertepatan dgn: Awal Ramadan telah jatuh pd hari Khamis ~ 21 Oktober. 2 sama atau hampir sama keadaannya, halnya dll; serupa: Isi tempat-tempat kosong dgn perkataan-perkataan yg ~ ertinya dgn perkataan yg diberikan. 3 berimbang (dgn); berbanding (dgn): 1 batu ~ dgn 1.6 kilometer. menyamai sama dgn; serupa dgn: Tidak ada kuasa yg ~ kuasa Allah. menyamakan 1 membuat jadi sama; tidak membeza-bezakan: Kerajaan patut ~ penggunaan buku teks di sekolah-sekolah. 2 menganggap sama; memandang sama: Kita tidak boleh ~ manusia dgn jentera. kesamaan keadaan atau hal sama: Undang-undang negara kita menjamin ~ hak bagi semua rakyat. persamaan 1 sesuatu yg sama: Terdapat ~ antara kedua-dua lelaki itu. 2 pernyataan yg sama antara dua rangkai angka yg dipisahkan oleh tanda sama dgn (=) spt 5x + y = 7. ~ serentak persamaan yg diselesaikan secara serentak. penyamaan perbuatan (hal dsb) menyamai atau menyamakan. sesama sama-sama (dlm kumpulan, golongan): Kita hendaklah berbuat baik ~ manusia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |