perenungan | perbuatan, hal dsb merenung atau merenungkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perenungan | perbuatan dsb merenung(i): ~ tentang hubungan antara manusia sbg peribadi yg berdaulat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
spekulasi | (spékulasi) 1. perenungan, tafakur; 2. pendapat (kesimpulan, dugaan, dll) yg tidak berdasarkan kenyataan atau fakta-fakta; 3. perihal (perbuatan) membeli dan menjual sesuatu (saham dll) dgn harapan utk mendapat keuntungan besar tetapi memikul risiko besar pula; berspekulasi membuat spekulasi: saya tidak ingin ~ lebih lanjut lagi; penspekulasi orang yg membuat spekulasi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tafakur | Ar 1. renungan, perenungan; 2. perihal merenung memikirkan sesuatu; 3. pengheningan cipta; bertafakur 1. bermenung memikirkan sesuatu dgn sungguh-sungguh: Raja itu diam lalu tunduk ~ sejurus; 2. menumpukan segenap perhatian dan fikiran pd sesuatu, mengheningkan cipta: semua orang ~ dua minit, kerana mengingatkan pahlawan-pahlawan kita yg telah gugur; mentafakurkan memikirkan (dgn sedalam-dalamnya); tafakuran sesuatu yg ditafakurkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tazkirah | Ar ceramah ringkas tentang agama Islam sbg peringatan: kau memberikan ~ sbg perenungan dan pedoman utk menghadapi hidup di bumi ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
renung | ; merenung memandang dgn teliti atau dgn sungguh-sungguh; memperhatikan baik-baik: Dia ~ muka anaknya dan kemudian memanggil isterinya keluar. merenungkan memikirkan dalam-dalam; mempertimbangkan dgn sungguh-sungguh: Kita harus ~ nasihat ibu bapa kita. perenungan perbuatan, hal dsb merenung atau merenungkan. renungan (sesuatu) yg difikirkan dalam-dalam; buah fikiran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
renung I | ; merenung 1. memerhatikan dgn teliti, menatap: direnungnya muka anaknya lama-lama; 2. menjenguk, menjengul: ia ~ ke luar jendela; merenungi 1. memandang baik-baik, mengamat-amati dgn saksama, menatap(i): direnunginya wajah Siti Salina; lama juga ia ~ kitab itu; 2. memikirkan (sesuatu masalah dll), dgn mendalam; renungan 1. hasil merenung atau merenungi, tatapan, pandangan: malu rasa hatinya kerana ~ Sira Panji itu; drpd air muka dan ~ matanya nyatalah dia menyuruh gadis itu duduk; perenungan perbuatan dsb merenung(i): ~ tentang hubungan antara manusia sbg peribadi yg berdaulat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |