pergaduhan | perbuatan bergaduh: Ngah Ibrahim tidak dpt berbuat apa-apa utk menghentikan ~ itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pergaduhan | perkelahian, pertengkaran, perbantahan, rusuhan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pergaduhan | perbuatan bergaduh: Ngah Ibrahim tidak dpt berbuat apa-apa utk menghentikan ~ itu. | Kamus Pelajar |
pergocohan | pergaduhan yg orang-orang yg terlibat saling bergocoh antara satu sama lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pertikaman | 1. pergaduhan dgn tikam-menikam; 2. sl orang yg bersenjatakan tombak: ada pun orang ~ku yg empat ribu, kusuruhkan mengamuk di dlm negeri Melaka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berselesai | mengakhiri sesuatu (pergaduhan, persengketaan, dll), berdamai: perkara ini per-kara dia dgn suaminya, biar mereka sahaja yg ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perang mendada | perang (pergaduhan) seorang melawan seorang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelahi | pertengkaran, perbalahan, pergaduhan; sehabis ~ teringat silat prb setelah selesai sesuatu perkara atau pekerjaan, baru teringat cara yg baik menyelesaikannya; berkelahi bertengkar, berbalah, bergaduh: riuh-rendah bunyi orang ~; ~ di ekor alahan prb memperdebatkan perkara kecil atau perkara yg sudah selesai; ~ dlm mimpi prb a) tiba-tiba bersikap spt orang telah berkelahi; b) bersusah payah dgn sesia sahaja; ~ dgn orang tak berambut prb berkelahi (berselisihan) dgn orang yg rendah tarafnya atau kurang sempurna akalnya; bagai ~ dlm kapuk (kepuk) prb perihal sesuatu perkara yg tidak mudah diselesaikan; memperkelahikan 1. menyebabkan (orang) berkelahi; 2. merebutkan (memperjuangkan) sesuatu dgn berkelahi; 3. melawan berkelahi, menyerang; perkelahian pertengkaran, perbalahan, pergaduhan: terjadilah ~ hebat antara suami isteri itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perang tanding(an) | perang (pergaduhan) seorang melawan seorang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perkelahian | perbuatan atau hal berkelahi; pergaduhan; perbalahan; pertengkaran: Satu ~ yg hebat telah berlaku antara suami isteri itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |