larat I | 1. dibawa arus, pergi jauh-jauh, hanyut: ada untung digantung sauh, kalau tidak ~lah kami; sauhnya ~ sauhnya hanyut (tidak dapat berkuat); 2. dlm berbagai-bagai erti bermaksud bertambah sangat (berdukacita, mengembara, dll): makin lama makin ~, makin dilupakan makin teringat; hati hiba membawa ~; ~ fikiran a) terlalu amat sedih; b) tersesar (fikiran); ~ hati sedih hati, lara; berlarat, berlarat-larat, melarat 1. bertambah jauh (hanyut, pergi, dll), berpanjang-panjang, berkait-kait (perbualan, cerita, dll), berlarut-larut, menjadi-jadi, merebak: mereka bercakap berlarat-larat dr perkara tembakau sampai ke perkara politik; saya harap peperangan ini tidak melarat, mudah-mudahan lekas padam dan berhenti; 2. tidak menentu (kedudukan dll), tidak terjaga: hidup mereka sangat melarat, pengangguran menjadi-jadi; melarat panjang selalu dlm kesusahan; memperlarat menjadikan lebih panjang (lama, rumit, dll); kemelaratan perihal (keadaan) melarat: ~ hidup; salah satu kecaman Allah ialah manusia yg tidak membantu ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hanyut | 1. dibawa mengalir oleh air (ombak, banjir, dsb): kayu itu ~ dibawa air pasang; 2. pergi jauh-jauh (mengembara, membawa diri atau membawa untung): lebih baik saya ~ ke negeri lain drpd hidup memendam rasa; 3. = berhanyut gelincir, meleset, larat (kerana licin dll): beberapa kali ia membuang sauh, ~ juga sauhnya itu; maka dibedilnya belulang itu, ~ tiada terus; 4. ki terlalu asyik, sedang khayal, terbawa mengelamun: mereka ~ dibuai lagu yg berirama lembut; penulis-penulis muda yg dikatakan sedang ~ ke satu alam yg penuh dgn kata-kata yg hebat; ~ harta bendanya hilang lenyap, habis, lesap; ~ hatinya merasa rawan; orang ~ a) orang yg hanyut di air (sungai, laut); b) orang yg mengembara ke mana-mana (orang dagang, musafir); ~ dipintasi, lulus diselami, hilang dicari prb menolong orang dlm masa kesusahan; malu berkayuh, perahu ~ prb kalau segan berusaha tidak akan mendapat kemajuan; terapung tak ~ terendam tak basah prb belum ada keputusan (ketentuan, ketetapan); berhanyut-hanyut 1. = berhanyutan terapung-apung dibawa air (banjir, ombak): berhari-hari kapal itu ~ dibawa ombak; mana yg tidak tenggelam tinggallah berhanyutan; 2. pergi ke mana-mana: biar aku ~ ke rantau orang; 3. berlarut-larut, berlanjut-lanjut: perbualan mereka ~; menghanyutkan 1. membawa (menyebabkan) hanyut (mengalir), dibawa oleh aliran: dihanyutkannyalah rakit itu ke laut; 2. ki membawa (diri) berangan-angan: dihanyutkan oleh khayalan; air tenang ~ prb orang yg pendiam itu biasanya berilmu dan dapat melakukan pekerjaan besar-besar; hanyutan benda yg dihanyutkan; kehanyutan perihal (keadaan dsb) terlalu asyik dgn sesuatu (selama terbawa mengelamun dsb): watak-watak anak muda, diperlihatkan ~ dlm arus kota yg simpang-siur; penghanyutan perihal atau perbuatan menghanyutkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perat IV | Kl; ~-taka entah ke mana-mana, jauh; pergi ~-taka pergi entah ke mana-mana (jauh sekali). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jauh hati | merajuk kerana tersinggung oleh perbuatan atau percakapan orang lain dan pergi jauh dr sesuatu keadaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
senteri | 1 orang yg belajar agama Islam dgn pergi berguru ke tempat yg jauh-jauh. 2 orang yg kuat beribadat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
senteri | 1 orang yg belajar agama Islam dgn pergi berguru ke tempat yg jauh-jauh. | Kamus Pelajar |
menjauhi | pergi jauh dr; menghindari: Kita mestilah ~ penyalahgunaan dadah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menjauhi | pergi jauh dr; menghindari:Kita mestilah ~ penyalahgunaan dadah. | Kamus Pelajar |
hanyut | 1 dibawa mengalir oleh air, ombak dll: Perahunya ~ dibawa oleh air bah. 2 pergi membawa diri atau mengembara jauh-jauh. 3 ki terlalu asyik sehingga terlupa akan yg lain-lain; terbawa mengelamun: Dia ~ memikirkan masa depannya. berhanyut-hanyut terapung-apung dibawa air, ombak dll: Empat hari empat malam, perahunya ~ dibawa ombak. menghanyutkan 1 membawa hanyut; membawa mengalir: Air bah yg dahsyat itu telah ~ pondok mereka. 2 ki menyebabkan hanyut (asyik): Kenangan manis itu telah ~nya. hanyutan sesuatu yg dihanyutkan. penghanyutan perbuatan atau hal menghanyutkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jauh | 1 jarak (di antara dua tempat): ~ di antara rumah saya dgn rumahnya ialah 10 km. 2 besar atau panjang jaraknya (di antara dua tempat); tidak dekat: Rumah saya ~ dr pejabat. Melaka ~ dr Ipoh. 3 tempat yg besar jaraknya dr sesuatu tempat lain; tempat yg tidak dekat: Dr ~, dia nampak adiknya melambai-lambai kpdnya. berjalan ~ pergi ke tempat yg jauh. 4 terlampau; amat sangat; banyak sekali (bezanya dsb): Harga alat-alat solek ~ lebih rendah di sana drpd di sini. ~ drpd cukup tidak mencukupi langsung. ~ hati merajuk kerana tersinggung oleh perbuatan atau percakapan orang lain dan pergi jauh dr sesuatu keadaan. ~ malam larut malam. ~ pandangan a. banyak pengetahuan. b. ingat akan sesuatu yg akan terjadi. berjauhan berada di tempat yg jauh di antara satu dgn yg lain; tidak berdekatan: Kedua-dua sahabat itu ~ sejak beberapa bulan yg lalu. menjauh semakin jauh; menjadi jauh; menghindar. menjauhi pergi jauh dr; menghindari: Kita mestilah ~ penyalahgunaan dadah. menjauhkan 1 menjadikan jauh; menjarakkan: Ia ~ ikan itu dr kucingnya. 2 menghindarkan diri dr sesuatu; mengelakkan: Utk ~ penyakit, ia selalu makan makanan yg berzat. kejauhan tempat yg jauh; jarak yg jauh. sejauh dlm jarak tertentu; sejarak: Ia dpt memanah ~ 100 ela. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |