perhitungan | hal berhitung atau hasil memperhitungkan; perkiraan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perhitungan | perihal menghitung (mengira-ngira, mempertimbangkan, dll), pertimbangan, perkiraan: menurut ~ itu aku mendapat RM1000 keuntungan; pd ~ sekarang satu keruh itu lebih kurang dua batu setengah jaraknya; memberi malu anak gadis orang tidak baik pd ~ kanda; bila dia telah menjalani hukumannya dia akan membuat ~ dgn orang yg telah menyebabkan dia masuk penjara; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perhitungan | hal berhitung atau hasil memperhitungkan; perkiraan. | Kamus Pelajar |
hematan | perhitungan, perkiraan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggangar | membuat perhitungan ttg sesuatu perbelanjaan dll; mengira-ngira: Emaknya telah ~ perbelanjaan dapur sebanyak RM500/- sebulan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tarikh | 1. perhitungan tahun: ~ Hijrah; ~ Masihi; 2. bilangan (angka) utk menyatakan tahun: ~ 1350 Hijrah; 3. hari bulan dan tahun, tanggal: tiap-tiap surat mesti dibubuh ~; ~ bagi perundangan selanjutnya akan ditetap-kan; 4. kitab sejarah, riwayat, tambo, tawarikh: kitab ~ kerajaan Johor; ahli ~ ahli sejarah;bertarikh bertanggal, ada tarikhnya: surat itu ~ 20 Mei 1960;mentarikhkan 1. membubuh (menuliskan) tarikh; 2. mencatat tarikhnya; 3. menuliskan dlm buku peringatan (riwayat);pentarikhan perihal mencatatkan tarikh bagi sesuatu peristiwa: ciri penulisannya me-mentingkan ~ sehinggakan karya-karya dapat dijadikan sumber sejarah yg dinilai; ~ karbon (Kim) kaedah menentukan usia objek organik yg sangat tua, mis tulang, kayu dsb melalui pengiraan jumlah isotop karbon tertentu di dalamnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kiraan | pertimbangan, perhitungan, taksiran: menurut kiraan ibu bapanya, Hayati sudah patut benar dikahwinkan; belakang ~ bp nanti (kemudian akan) diberi pertimbangan (perhitungan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
belanjawan | 1. perhitungan banyaknya wang yg akan diterima (sbg pendapatan) dan dibelanjakan, butiran ringkas anggaran pendapatan, dan perbelanjaan: menteri kewangan bertanggungjawab menyediakan ~ negara setiap tahun; 2. peruntukan wang utk sesuatu keperluan atau utk sesuatu jangka waktu: perdebatan mengenai perincian ~ kementerian pendidikan diteruskan hari ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
banci I | perhitungan (bilangan penduduk, lalu lintas, dll): menurut ~ tahun 1982, penduduk negeri itu berjumlah dua juta orang;membanci 1. menghitung, mengira (penduduk, lalu lintas, dll): Pejabat Tanah sedang ~ orang yg mendirikan rumah di kawasan itu; 2. Pr membahagi sama banyak;bancian hasil drpd membanci;pembancian kerja-kerja membanci: ~ penduduk telah dijalankan di negara ini;pembanci orang yg ditugasi utk membanci. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menganggar | membuat perhitungan ttg sesuatu perbelanjaan dll; mengira-ngira: Emaknya telah ~ perbelanjaan dapur sebanyak $500/- sebulan. | Kamus Pelajar |