perilaku | tindak-tanduk atau reaksi seseorang terhadap sesuatu (rangsangan) yg menggambarkan sikapnya: pemilihan itu didasarkan pd ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perilaku | segala perbuatan atau reaksi seseorang terhadap sesuatu rangsangan, tindakan dsb yg menggambarkan sikap individu tsb: Berjaya atau tidak dlm temu duga itu bergantung pd ~ setiap calon. berperilaku mempunyai perilaku: Beliau dihormati kerana ~ baik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berperilaku | mempunyai perilaku: Beliau dihormati kerana ~ baik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kesamsengan | hal (sifat, perilaku dsb) yg ber-kaitan dgn samseng: ada juga yg menunjuk-kan kebiadaban dan ~ mereka dlm bilik darjah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tatalaku | sistem atau peraturan perilaku peri-badi seseorang individu, kumpulan dsb: novel ini mampu menghiburkan dan memberikan kesan positif kpd ~ pelajar itu sendiri; beliau sendiri tidak mengelak drpd ~ yg penuh displin spt ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
psikolinguistik | ilmu yg berkaitan dgn hubungan antara bahasa dgn perilaku dan akal budi manusia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
samseng | (samséng) C penjahat (suka me-rompak, menyamun, dll): lagaknya persis seorang ~ yg ganas; kesamsengan hal (sifat, perilaku dsb) yg ber-kaitan dgn samseng: ada juga yg menunjuk-kan kebiadaban dan ~ mereka dlm bilik darjah | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membudayakan | 1. mengajar atau mendidik seseorang (masyarakat dll) supaya berbudaya:berfikir secara ilmiah bertujuan utk ~ masyarakat; 2. membiasakan sesuatu perilaku (perbuatan dll) yg baik supaya berbudaya atau beradab; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemanifestasian | perihal (perbuatan, tindakan dsb) memanifestasikan: karya sastera merupakan salah satu sumber kekayaan budaya dan wadah ~ pemikiran dan produk perilaku masyarakat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
banyak lemak | a) mempunyai atau diselaputi lemak yg banyak (bkn bahagian tubuh): alat itu digerakkan di bahagian yg ~ lemak selama kira-kira 15 minit; b) ki berkelakuan yg keterlaluan atau terlalu manja sehingga mengakibatkan orang lain meluat (bkn perilaku seseorang): “Sekarang kau dah ~ lemak.”; | Kamus Dewan Edisi Keempat |