Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
perintah (kata nama)
1. Bersinonim dengan suruhan: arahan firman, sabda, amar, titah rodi, aba-aba, komando,
Berantonim dengan larangan

2. Bersinonim dengan peraturan: undang-undang, hukum, kanun,

Kata Terbitan : memerintah, memerintahkan, pemerintahan, pemerintah,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
perintah1. kata yg menyuruh (mengarah) melakukan sesuatu, arahan, suruhan: guru memberi ~ “lompat” dan murid sekalian serentak melompat; manusia dipertanggungjawabkan oleh agama supaya melaksanakan segala ~ Tuhan; atas ~ dgn perintah, utk melaksanakan segala perintah; di bawah ~ a) diarahkan oleh; b) di bawah pimpinan; c) masuk dalam lingkungan (kawalan); surat ~ surat yg mengandungi perintah; 2. peraturan drpd kerajaan atau pihak yg berkuasa yg harus dipatuhi: kerajaan telah mengeluarkan ~ mengharamkan semua tunjuk perasaan di seluruh negara; 3. kata-kata suruhan (dlm perbarisan dll), aba-aba, komando; ~ berkurung perintah yg melarang orang ke­luar dr rumah pd masa-masa yg ditentukan; ~ halus perintah yg berupa nasihat (cadangan dll); ~ keras perintah yg mesti dipatuhi; seperintah menurut segala perintah (ibu bapa dll): menurut adat istiadat kita, anak ~ bapak dan kemanakan ~ mamak; memerintah 1. mengeluarkan (memberi) perintah, menyuruh (mengarahkan) melaku­kan sesuatu: jika hendak menegah sesuatu perbuatan jarang ia memaksa atau ~, melainkan ia menasihati dahulu; 2. menguasai dan mengurus (negara, orang, dll): menurut sistem demokrasi, kerajaan yg dipilih rakyat ~ negeri; memerintahi 1. memberi (mengeluarkan) perintah kpd: sbg ketua ia ~ orang-orang di bawahnya; 2. membawahkan, memimpin; 3. ark memerintah (menguasai dan mengen­dalikan): selama tiga tahun setengah, Malaya diperintahi Jepun; memerintahkan 1. memberikan perintah kpd, mengarahkan supaya mengerjakan: ke mana juga ia diperintahkan pergi, ia mesti patuh; 2. memerintah (menguasai dan men­tadbir negeri dll): duduklah ia ~ negeri Pahang sementara belum beraja; 3. mengelolakan, mengurus (kawasan dll); terperintah diperintah, dikuasai: bagi saya orang yg ~ ini, disuruh pergi ditegah berhenti; pemerintahan perihal memerintah, cara (sistem) memerintah, pentadbiran: di bawah ~ demokrasi, rakyat diberi kebebasan yg luas; ~ sewenang-wenang (Udg) sistem pe­merintahan yg tidak dibatasi oleh undang-undang; pemerintah 1. kekuasaan yg memerintah (menguasai) negara atau bahagian negara dsb: menerusi kesusasteraan, penulis-penulis mengemukakan fikiran dan kritik-kritik terhadap masyarakat dan ~; ~ daerah kekuasaan yg memerintah daerah; 2. badan atau kumpulan orang yg memerintah (mengendalikan pentadbiran) sesuatu negara, kerajaan: parlimen menjaga dan mengawasi segala yg dibuat oleh ~; kabinet yg terdiri drpd Perdana Menteri dan menteri-menterinya merupakan ~ yg menentukan dasar pentadbiran negara; parti ~ parti politik yg memerintah (kerajaan); 3. negara (bukan prebet atau orang perseorangan), kerajaan; tanah (pejabat dll) ~ tanah (pejabat dll) kepunyaan negara atau kerajaan; 4. pegawai (polis, tentera, dll) yg mengetuai pasukan dan memberikan perintah (arahan-arahan): perintah melancarkan serangan itu dikeluarkan oleh ~ pasukan tentera itu; 5. ark pengawas, pengelola, pengurus: ~ perkebunan; ~ berperlembagaan pemerintah (kerajaan) yg mentadbir negeri berdasarkan perlembagaan; ~ pelarian kerajaan yg berada di negeri lain (kerana negaranya diduduki musuh dsb); ~ peralihan kerajaan sementara (sebelum tertubuhnya kerajaan yg sebenarnya); ~ pusat kerajaan pusat (yg berkuasa terhadap seluruh negara); ~ tentera pemerintah yg dikuasai oleh tentera.Kamus Dewan Edisi Keempat
dekri(dékri) perintah (undang-undang dll) yg dibuat oleh pihak berkuasa, raja, pemerintah, dll; ~ mutlak perintah muktamad drpd mahkamah yg menamatkan atau membubarkan sesebuah perkahwinan sepenuhnya (bkn orang bukan Islam); ~ nisi perintah mahkamah supaya sesebuah perkahwinan dibatalkan dlm tempoh masa yg tertentu melainkan ada sebab yg mu­nasabah utk menghalangnya (bkn orang bukan Islam); mendekrikan memerintahkan: pemerintah ~ wujudnya satu badan kerajaan yg akan ditubuhkan mengikut bentuk-bentuk tertentu.Kamus Dewan Edisi Keempat
dikriperintah yg dikeluarkan oleh pemerintah (raja atau pihak berkuasa) yg boleh menjadi satu undang-undang baru.Kamus Pelajar Edisi Kedua
dikriperintah yg dikeluarkan oleh pemerintah (raja atau pihak berkuasa) yg boleh menjadi satu undang-undang baru.Kamus Pelajar
perintah1 perkataan dsb yg bermaksud menyuruh melakukan sesuatu: Kita hendaklah sentiasa melaksanakan ~ Allah. 2 peraturan atau arahan drpd pihak yg berkuasa yg mesti dipatuhi: Kerajaan telah mengeluarkan ~ mengharamkan pemogokan. memerintah 1 menyuruh (seseorang) melakukan sesuatu; mengeluarkan perintah kpd: Sesiapa pun tidak berani ~ dia. 2 menguasai serta menjalankan pentadbiran sesebuah negara: Baginda telah ~ negeri itu selama dua belas tahun. memerintahkan mengeluarkan perintah atau arahan; mengarahkan supaya melakukan sesuatu: Menteri Dalam Negeri telah ~ penangkapan orang-orang yg disyaki membahayakan negara. pemerintahan perbuatan memerintah; cara memerintah: Pusat ~ negeri Pahang telah dipindahkan dr Kuala Lipis ke Kuantan. pemerintah orang atau kumpulan orang yg memerintah sesebuah negara. ~ boneka pemerintah yg tidak mempunyai kuasa dan bertindak mengikut kehendak pihak-pihak tertentu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pemerintah1. kekuasaan yg memerintah (menguasai) negara atau bahagian negara dsb: menerusi kesusasteraan, penulis-penulis mengemukakan fikiran dan kritik-kritik terhadap masyarakat dan ~; ~ daerah kekuasa­an yg memerintah daerah; 2. badan atau kum­pulan orang yg memerintah (mengendalikan pentadbiran) sesuatu negara, kerajaan: parlimen menjaga dan mengawasi segala yg dibuat oleh ~; kabinet yg terdiri drpd Perdana Menteri dan menteri-menterinya merupakan ~ yg menentukan dasar pentadbiran negara; parti ~ parti politik yg meme­rintah (kerajaan); 3. negara (bukan prebet atau orang perseorangan), kerajaan; tanah (pejabat dll) ~ tanah (pejabat dll) kepunyaan negara atau kerajaan; 4. pegawai (polis, ten­tera, dll) yg mengetuai pasukan dan mem­berikan perintah (arahan-arahan): perintah melancarkan serangan itu dikeluarkan oleh ~ pasukan tentera itu; 5. ark pengawas, pengelola, pengurus: ~ perkebunan; ~ berperlembagaan pemerintah (kerajaan) yg mentadbir negeri berdasarkan perlemba­gaan; ~ pelarian kerajaan yg berada di negeri lain (kerana negaranya diduduki musuh dsb); ~ peralihan kerajaan sementara (sebelum tertubuhnya kerajaan yg sebenarnya); ~ pusat kerajaan pusat (yg berkuasa terhadap seluruh negara); ~ tentera pemerintah yg dikuasai oleh tentera.Kamus Dewan Edisi Keempat
perintah1 perkataan dsb yg bermaksud menyuruh melakukan sesuatu: Kita hendaklah sentiasa melaksanakan ~ Allah. 2 peraturan atau arahan drpd pihak yg berkuasa yg mesti dipatuhi: Kerajaan telah mengeluarkan ~ mengharamkan pemogokan. memerintah 1 menyuruh (seseorang) melakukan sesuatu; mengeluarkan perintah kpd: Sesiapa pun tidak berani ~ dia. 2 menguasai serta menjalankan pentadbiran sesebuah negara: Baginda telah ~ negeri itu selama dua belas tahun. memerintahkan mengeluarkan perintah atau arahan; mengarahkan supaya melakukan sesuatu: Menteri Dalam Negeri telah ~ penangkapan orang-orang yg disyaki membahayakan negara. pemerintahan perbuatan memerintah; cara memerintah: Pusat ~ negeri Pahang telah dipindahkan dr Kuala Lipis ke Kuantan. pemerintah orang atau kumpulan orang yg memerintah sesebuah negara. ~ boneka pemerintah yg tidak mempunyai kuasa dan bertindak mengikut kehendak pihak-pihak tertentu.Kamus Pelajar
taat 1 sentiasa menurut perintah atau menurut suruhan; tidak mengingkari; patuh: Rakyat hendaklah ~ kpd pemerintah.Kamus Pelajar

Kembali ke atas