Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ri.sian]/[per.i.sian] | ڤرايسين

Definisi : program atau atur cara komputer yg dapat digunakan dgn sistem komputer tertentu: doktor lebih mudah menentukan rawatan dan pencegahan penyakit jantung dgn menggunakan ~ komputer yg direka khas; ~ bersepadu perisian yg menggabungkan pelbagai ciri yg biasanya wujud secara berasingan dlm satu perisian yg besar dan bersepadu; ~ kongsi perisian atau dokumen yg diedarkan oleh pembuat perisian untuk dikongsi bersama oleh pengguna komputer; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ri.sian]/[per.i.sian] | ڤرايسين

Definisi : data, program dsb yg perlu utk pengendalian komputer. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perisian


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
penolak tuntutan perisian(software disclaimer)Kenyataan yang diletakkan dalam perisian atau pada bungkusan perisian untuk memberitahu pengguna perisian bahawa pembuat perisian tidak menjamin sesuatu ciri atau tidak bertanggungjawab terhadap sesuatu perkara khusus akibat penggunaan sistem. Kenyataan ini diletakkan mengikut undang-undang untuk memberitahu keadaan sebenar perisian dan mengelakkan pembuat didakwa di mahkamah.Kamus Komputer
perisian kongsi(shareware)Perisian atau dokumen yang diedarkan oleh pembuat perisian tersebut untuk dikongsi oleh pengguna komputer yang sama-sama berminat untuk bertukar-tukar perisian sesama mereka atau dengan cara mengenakan bayaran minimum untuk membiayai kos perisian terpakai.Kamus Komputer
prototaip perisian(software prototype)Perisian awal komputer bagi penggunaan tertentu yang dibina untuk membolehkan beberapa perkara dikaji dan diuji. Perisian awal ini juga digunakan untuk mendapatkan maklum balas daripada pengguna sebelum bungkusan perisian sebenar dikarang dan disebarkan kepada umum.Kamus Komputer
perisian kongsiperisian atau dokumen yg diedarkan oleh pembuat perisian untuk dikongsi bersama oleh pengguna komputer;Kamus Dewan Edisi Keempat
perisian linguistik(lingware)Perisian dan dokumen berkaitan dengan perisian yang diperlukan bagi pemprosesan bahasa dengan komputer seperti kamus, tatabahasa, dan tesaurus.Kamus Komputer
perisian percuma(freeware)Perisian atau dokumen yang diedarkan percuma oleh pembuat perisian tersebut.Kamus Komputer
perisian bersepaduperisian yg menggabungkan pelbagai ciri yg biasanya wujud secara berasingan dlm satu perisian yg besar dan bersepadu;Kamus Dewan Edisi Keempat
perisian serasi(compatible software)1. Perisian komputer untuk komputer tertentu yang boleh juga dijalankan oleh komputer jenis lain. 2. Perisian komputer daripada pembuat yang berbeza yang dapat digunakan untuk menggantikan perisian asal.Kamus Komputer
perisian cetak rompakperisian yg diterbitkan dan dihasilkan secara haram.Kamus Pelajar Edisi Kedua
perisian titi(bridgeware)Perisian atau perkakasan komputer yang berfungsi untuk menyambungkan peralihan antara dua sistem yang tidak serasi. Biasanya sistem yang dikemaskinikan akan dibekalkan dengan atur cara atau peranti penitian yang membolehkan atur cara atau penggunaan lama dijalankan oleh sistem baru.Kamus Komputer
12345678910...

Kembali ke atas