Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj bom yg ditanam dlm tanah (ditaruh di bawah permukaan air) dan meletup apabila dilanggar dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bom yg ditanam di dlm tanah dan mudah meletup apabila disentuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata periuk api

Peribahasa

Di mana api padam,
     di situlah (= di sanalah) puntung tercampak;
di mana periuk pecah,
     di situlah tembikar tinggal.

Bermaksud :

Di mana mati di situlah dikuburkan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kapal penyapu periuk apikapal utk memusnahkan periuk api;Kamus Dewan Edisi Keempat
periuk apibom yg ditanam di dlm tanah dan mudah meletup apabila disentuh.Kamus Pelajar Edisi Kedua
periuk apisj bom yg ditanam dlm tanah (ditaruh di bawah permukaan air) dan meletup apabila dilanggar dll;Kamus Dewan Edisi Keempat
jerangkap samarjerangkap spt bom, periuk api, buluh runcing dsb yg disem­bunyikan atau disamarkan sehingga boleh menyebabkan kecederaan atau kematian kpd mangsa yg tersentuh, terpijak atau terlanggar jerangkap tersebut.Kamus Dewan Edisi Keempat
menghisabkanmempedulikan, menghi­rau­kan, mengendahkan: beberapa pun dipasang orang mercun dan periuk api dan tempik sorak spt tagar, tiada dihisabkan oleh Beli­damani, dirempuhnya juga;Kamus Dewan Edisi Keempat
jerangkap1. sesuatu yg digunakan utk me­nangkap musuh atau haiwan: kadang-kadang ~ itu terkena binatang buas; 2. ki tipu muslihat dsb yg bertujuan utk mem­per­­dayakan orang lain: dia begitu mudah masuk ke ~ komunis utk mencapai cita-cita politik­nya; ~ samar jerangkap spt bom, periuk api, buluh runcing dsb yg disem­bunyikan atau disamarkan sehingga boleh menyebabkan kecederaan atau kematian kpd mangsa yg tersentuh, terpijak atau terlanggar jerangkap tersebut.Kamus Dewan Edisi Keempat
jerang; menjerang 1. menjerangkan = meletakkan (periuk dll) di atas api utk me­masak: oleh perempuan itu dijerang­kannya periuk di atas dapur; 2. memasak: ~ nasi; terjerang terletak di atas api (periuk dll), dimasak; jerangan tempat meletakkan periuk dll utk memasak (terdiri drpd tiga kaki).Kamus Dewan Edisi Keempat
hisab1. (per)hitungan, perkiraan: ilmu ~ pengetahuan bkn menghitung (kira-mengira); 2. sl hirau, endah, peduli: maka dibedil oranglah dr darat kena kapalnya, ~ pun dia tiada; menghisab menghitung amalan baik dan buruk manusia: maka dihisab dan dihi­tunglah segala kebaikan dan kejahatan mereka; aku ~ dan menghitung diriku sendiri tiap kali selesai solat; menghisabkan mempedulikan, menghi­rau­kan, mengendahkan: beberapa pun dipasang orang mercun dan periuk api dan tempik sorak spt tagar, tiada dihisabkan oleh Beli­damani, dirempuhnya juga; terhisab, terhisabkan masuk dlm hitung­an, terhitung, terkira: maka tiadalah ~ lagi banyaknya; penghisaban perbuatan atau hal menghisab.Kamus Dewan Edisi Keempat
terjerangterletak di atas api (periuk dll), dimasak;Kamus Dewan Edisi Keempat
kapal Ibahtera atau perahu besar yg ada gela­dak (biasanya digerakkan oleh jentera); ~ angkasa sj pesawat atau kenderaan (yg dilengkapi pelbagai alat) yg boleh bergerak di angkasa (biasanya utk tujuan penyelidikan atau penjelajahan); ~ api = ~ asap kapal yg dijalankan dgn tenaga wap (asap); ~ belangkas kapal yg dijalankan dgn roda di buritannya; ~ calu kapal yg belayar ulang-alik dgn tetap; ~ capung Id kapal terbang kecil (utk latihan dll); ~ dagang (niaga) kapal utk mengangkut barang-barang dagangan; ~ haji kapal utk membawa jemaah haji; ~ induk kapal perang yg membawa kapal terbang; ~ korek a) = ~ keruk kapal yg mengorek tanah (utk men­dalamkan kuala sungai dll); b) jentera yg berupa kapal utk mengorek tanah yg mengan­dungi bijih; ~ kontena kapal yg berfungsi khusus utk mengangkut kargo yg dimuatkan di dlm kontena; ~ layar kapal yg bergerak dgn menggunakan layar; ~ mel Id kapal yg membawa surat pos dll; ~ mualim Id = ~ pandu kapal yg memandu kapal-kapal lain masuk (keluar) pelabuhan; ~ pemair = ~ pemayar Id sj kapal penjelajah atau peronda; ~ pembinasa kapal perang yg dipersenjatai dgn pelbagai senjata (spt meriam, torpedo, dsb) utk melindungi kapal-kapal lain drpd serangan; ~ pemburu kapal perang kecil yg laju; ~ pemecah ais sj kapal yg digunakan utk memecahkan ais di kawasan perairan yg sejuk utk memudahkan pelayaran; ~ pendarat kapal utk mendaratkan tentera; ~ penempur kapal perang yg besar; ~ pengangkut kapal utk mengangkut tentera dll; ~ pengantar = ~ pengiring = ~ pengawal kapal perang yg menghantar (mengiringi) kapal yg belayar berderet-deret; ~ penjelajah kapal yg agak besar dan laju; ~ penumpang kapal yg mengangkut penumpang; ~ penyapu periuk api kapal utk memusnahkan periuk api; ~ penyusur kapal yg belayar menyusur pantai; ~ perang kapal utk berperang; ~ peronda kapal yg meronda utk menjaga keamanan; ~ roda lambung kapal yg dijalankan dgn roda yg dipasang di bahagian lambung (belakang) kapal; ~ selam kapal yg dapat belayar di bawah permukaan air; ~ stim (wap) kapal yg digerakkan oleh stim; ~ tangki kapal besar utk mengangkut cecair terutamanya minyak; ~ terbang a) kenderaan berjentera yg boleh terbang; b) belon yg boleh dikemudikan (berbentuk spt cerut); ~ torpedo kapal yg kecil dan laju yg dipersenjatai dgn torpedo; ~ udara sj kapal berbentuk belon lonjong yg dapat terbang di udara dgn menggunakan gas ringan; ~ besar ditunda jongkong prb orang berkuasa menurut perintah orang kecil (bawahan); adat teluk timbunan ~ prb orang kaya tempat tumpuan orang miskin mengadu hal dll; besar ~ besar gelombang prb makin besar darjat (perniagaan) makin besar pula bencana (kerugian) yg menimpa; satu ~ dua nakhoda prb a) satu pekerjaan dua orang yg me­ngarahkannya; b) perempuan yg menduakan suami; sepuluh ~ datang, anjing bercawat ekor juga prb perihal rakyat yg tidak ber­tambah maju keadaannya meskipun banyak ilmu pengetahuan yg datang; berkapal 1. mempunyai kapal; 2. belayar dgn kapal, menaiki kapal: ia pergi ke Singapura ~; berkapal-kapal banyak kapal, beberapa buah kapal: ~ diangkut barang rampasan itu; mengapalkan 1. memuatkan ke dlm kapal; 2. mengirimkan melalui kapal; perkapalan 1. perihal kapal (urusan dll), yg berkaitan dgn kapal (dlm pelbagai aspek): pegawai ~; pusat ~; kemudahan-kemudahan ~; 2. pelayaran dgn kapal: beting ini menjadi halangan kpd ~; sungai-sungai di situ tidak boleh digunakan utk ~; 3. tempat membuat kapal; pengapalan pemuatan orang, barang-barang ke dlm kapal: para perantara kuli mengatur ~ sejumlah kuli ke Pulau Pinang dan Singapura.Kamus Dewan Edisi Keempat
1234

Kembali ke atas