pembangunan | 1. perihal membangun, proses membangun (mencapai kemajuan, perkembangan, perkembangan, dsb); 2. usaha atau kegiatan membangunkan (memajukan dan mengembangkan): ~ luar bandar; ~ sistem; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berekoran drpd | terbit atau berlaku sbg perkembangan drpd sesuatu peristiwa, perkembangan, dsb yg telah berlaku, lanjutan drpd; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berekoran | ; ~ drpd terbit atau berlaku sbg perkembangan drpd sesuatu peristiwa, perkembangan, dsb yg telah berlaku, lanjutan drpd; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perkembangan | keadaan atau hal berkembang: ~ bahasa Melayu; ~ agama Islam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perkembangan | perihal (proses dsb) berkembang (menjadi maju atau tersebar, membiak, meluas, dsb), pertumbuhan, kemajuan: ~ bahasa dan kesusasteraan Melayu; dgn ~ perindustrian, banyaklah lagi hasil perusahaan yg dapat dikeluarkan; ~ politik; ~ ilmu pengetahuan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perkembangan | keadaan atau hal berkembang: ~ bahasa Melayu; ~agama Islam. | Kamus Pelajar |
pediatrik | /pédiatrik/ 1 cabang sains perubatan yg berkaitan dgn perkembangan, penjagaan, dan penyakit kanak-kanak. 2 berkaitan dgn perkembangan, penjagaan, dan penyakit kanak-kanak: wad ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
biolinguistik | cabang linguistik yg mengkaji keadaan biologi dlm perkembangan dan penggunaan bahasa di kalangan manusia, termasuk dr segi sejarah bahasa sesuatu bangsa dan perkembangan bahasa pd diri individu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
arus | 1 aliran air (udara, elektrik dsb). 2 ki kejadian atau peristiwa yg berlakunya dlm sesuatu masa; perkembangan: ~ perubahan fesyen; ~ pembangunan; ~ perdana perkembangan semasa yg sedang giat berlaku dr segi pembangunan (fizikal, mental, kebudayaan, kehidupan dsb): Tiada kawasan di negeri ini yg disisihkan drpd ~ perdana pembangunan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tamadun | 1. keadaan masyarakat manusia yg dicirikan oleh atau didasarkan pd taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dll) yg tinggi, peradaban; 2. negara dan penduduknya yg telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dll) yg tinggi, peradaban: ~ Arab; 3. budaya atau cara hidup orang-orang (negara, kawasan atau sesuatu zaman) tertentu, peradaban: ~ Islam; ~ klasik; 4. keadaan pemikiran (budaya dan moral) yg halus, peradaban; bertamadun 1. telah mencapai tamadun, berperadaban, beradab: barang-barang itu ialah buatan dr negeri-negeri yg lebih ~ dan lebih maju; 2. mempunyai pemikiran (budaya dan moral) yg halus, berperadaban, beradab: kita mestilah menyelesaikan masalah itu dgn cara yg ~; mentamadunkan menjadikan bertamadun: dlm proses perkembangan sistem penjajahan Barat, Tanah Melayu mula ditamadunkan; ketamadunan perihal tamadun, (segala-gala) yg berkaitan dgn tamadun: malah drama sendiri merupakan sbg cermin kpd ~ dan kebijaksanaan sesuatu bangsa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |