perkiraan | hal berkira-kira; perhitungan: Menurut ~nya, wang itu cukup. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perkiraan | 1. kiraan, perhitungan: angka yg diberikan itu berdasarkan ~ pukul rata; pinjaman itu dikenakan bayaran faedah dgn ~ 4%; 2. pertimbangan, taksiran: perkara-perkara yg penting diserahkan kpd ~ ibu bapa mereka; menurut ~ umum, peperangan itu tidak akan tamat dlm jangka waktu yg singkat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perkiraan | hal berkira-kira; perhitungan:Menurut ~nya, wang yg dibawa itu cukup utk membeli barang-barang keperluannya. | Kamus Pelajar |
runding | 1. sl perhitungan, perkiraan, pertimbangan; 2. pembicaraan (perkiraan) yg sungguh-sungguh lagi mendalam tentang sesuatu hal; hamba tidak berbanyak ~ tidak banyak bicara; ~ cara khidmat atau pemberian bimbingan dan nasihat menerusi perbincangan masalah dan cara-cara mengatasinya; merentang ~ memanjang-manjangkan percakapan (perbualan, pembicaraan); pakar ~ pakar perunding; ~ banyak nan ka disebut prb jika banyak berembuk akan dicapai keputusan; berunding 1. bercakap-cakap (tentang sesuatu hal) dgn sungguh-sungguh, berbicara, berembuk: Tuanku berharap Filipina akan mengubah sikapnya dan bersetuju utk ~ di Bangkok; 2. bercakap-cakap (tentang sesuatu), berkira-kira: letakkanlah bakul itu dahulu, marilah kita ~ sedikit; inda ~ Br tidak berkira, bertolak ansur; merunding sl menghitung, memperhitungkan; runding-merunding hitung-menghitung, timbang-menimbang; merundingkan 1. memperhitungkan, memperkirakan: mereka adik-beradik, jadinya tidaklah dirundingkan sangat kalau ia memakai wang adiknya itu; 2. memperkatakan (membicarakan) sesuatu utk memperoleh persetujuan penuh, membicarakan: barang sesuatu yg akan diperbuatnya dirundingkannya lebih dahulu dgn isterinya; rundingan 1. perbincangan antara dua atau banyak utk menyelesaikan masalah (pertelingkahan, persengketaan, dsb atau mencapai sesuatu persetujuan): ~ telah membawa kpd pertengkaran dan pertengkaran pula membawa kpd perkelahian; persengketaan sebaik-baiknya diselesaikan menerusi ~; ~ meja bulat rundingan dgn menggunakan meja bulat sbg menunjukkan bahawa pihak-pihak yg terlibat mempunyai taraf yg sama; ~ telah putus pembicaraan sudah selesai dan menghasilkan persesuaian; 2. butir-butir pembicaraan (pembincangan dll), isi pembicaraan: segan menurut ~ orang lain segan menurut nasihat orang lain; ~ damai pembicaraan utk mencari perdamaian; perundingan perbuatan berunding, pembicaraan, permesyuaratan, perembukan: ia telah memajukan tuntutannya dlm ~ itu; perunding 1. orang yg berunding (utk mencapai sesuatu persetujuan): seorang diplomat dan ~ yg ulung; 2. orang (syarikat dsb) yg dirujuk utk mendapatkan nasihat kepakaran (tunjuk ajar dsb); pakar ~ orang (syarikat dsb) yg mempunyai pengetahuan kepakaran yg tertentu dan berlaku sbg perunding. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rekening | (rékening) IB, bp perkiraan (wang langganan, wang sewa, dll), bil: dgn apa akan dibayarnya ~ doktor itu; ~ hotel sewa hotel; membuka ~ membuka perkiraan (di bank dll); meminta (menarik) ~ menagih pembayaran (wang langganan, sewa, dll); tukang ~ orang (pesuruh) yg menagih rekening. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rejang I | cara perkiraan baik buruk utk tiap-tiap hari bulan biasanya dilambangkan oleh binatang, spt 1 hari bulan oleh kuda, 2 hari bulan oleh kijang, 3 hari bulan oleh harimau, dll (perkiraan ahli nujum). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hisab | 1. bkn kira-mengira atau perkiraan. ilmu ~ ilmu dlm hal kira-mengira. 2. kiraan amalan seseorang pd hari kiamat yg dijalankan oleh Allah ketika manusia berada di Padang Mahsyar. menghisab mengira atau menghitung utk mencari jawapannya; membuat perkiraan (terhadap): Maka dihisab dan dihitung segala kebaikan dan kejahatan mereka. menghisabkan memberikan perkiraan terhadap; menghiraukan: Murid yg baik tentu ~ nasihat guru dan ibu bapanya. terhisab dpt dikira atau dihitung terkira; terhitung (jumlahnya dll). | Kamus Pelajar |
hisab | 1 bkn kira-mengira atau perkiraan. ilmu ~ ilmu dlm hal kira-mengira. 2 kiraan amalan seseorang pd hari kiamat yg dijalankan oleh Allah ketika manusia berada di Padang Mahsyar. menghisab mengira atau menghitung utk mencari jawapannya; membuat perkiraan (terhadap): Maka dihisab dan dihitung segala kebaikan dan kejahatan mereka. menghisabkan memberikan perkiraan terhadap; menghiraukan: Murid yg baik tentu ~ nasihat guru dan ibu bapanya. terhisab dpt dikira atau dihitung; terkira; terhitung (jumlahnya dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perkilometeran | (perkiraan) kos atau perbelanjaan yg diperlukan atau yg akan dikeluarkan bagi perjalanan sesebuah kenderaan mengikut kiraan jarak dlm kilometer. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
antisipasi | perkiraan atau bayangan tentang hal-hal yg akan terjadi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |