permandian | tempat mandi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
permandian | 1. tempat mandi; 2. Id upacara mempermandikan, pembaptisan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
persiraman | tempat bersiram; permandian. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
air serani | air permandian (baptis) orang Kristian; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
persiraman | tempat bersiram; permandian. | Kamus Pelajar |
persiraman | sl tempat mandi, permandian; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
siram; bersiram | persiraman tempat bersiram; permandian. | Kamus Pelajar |
siram | ; bersiram mandi (digunakan utk raja-raja saja): Silakan tuanku berangkat ~. menyiram 1 mencurahkan air dsb pd sesuatu: ~ bunga. 2 menjirus dgn air (supaya bersih dll). menyirami 1 menyiram berkali-kali; menyiram banyak-banyak. 2 menjadikan sesuatu disiram: Hujan ~ bumi. menyiramkan menyiram dgn (sesuatu); mencurahkan; mencucurkan: ~ air mawar pd bunga rampai. persiraman tempat bersiram; permandian. penyiraman perbuatan (hal dsb) menyiram, menyirami atau menyiramkan. penyiram alat utk menyiram. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
siram | ; bersiram bd mandi: silakan tuanku dua laki isteri berangkat ~; menyiram 1. mencurahkan air dll pd, mendirus, menjirus: seorang perempuan muda ~ bunga dlm taman; 2. menjirus dgn air dll (supaya bersih); menyirami menyiram pd: Kadir masuk ke kamar mandi lalu ~ Ratna dgn air; menyiramkan 1. menyiram dgn, menjiruskan, mencurahkan: maka kedua-duanya terkejut spt orang mengantuk disiramkan air; 2. sl, bd memandikan: maka bidan ketujuh pun lalu ~ putera baginda, dilimau dan dibedak; persiraman sl tempat mandi, permandian; penyiraman perbuatan menyiram (menyiramkan); penyiram 1. orang yg menyiram: tugas utamanya hanya sbg ~ pokok bunga setiap pagi; 2. alat yg digunakan utk menyiramkan air dsb: dia menyiram sayur-sayuran dgn menggunakan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mandi | 1 = bermandi membersihkan tubuh badan dgn air: Pergilah kamu ~ dahulu. 2 berenang-renang di dlm air: Mari kita pergi ~ di laut. ~ angin sentiasa kena angin. ~ darah a. berlumuran darah. b. menumpahkan darah (dlm pergaduhan dll). ~ embun membiarkan diri terkena embun. ~ kerbau mandi dgn tidak bergosok (tidak bersih). ~-manda berbagai-bagai cara atau upacara mandi. ~ peluh basah tubuh badan kerana berpeluh. ~ Safar upacara mandi pd hari Rabu yg terakhir dlm bulan Safar. ~ wap mandi dgn mengewapi seluruh badan di dlm bilik kecil yg dipenuhi wap, utk menyegarkan dan menyihatkan badan. bermandikan penuh atau dipenuhi dgn: Kota raya Kuala Lumpur ~ cahaya berwarna-warni. memandikan 1 membersihkan tubuh badan seseorang dgn air: Maheran sedang ~ anaknya di bilik air. 2 mencelupkan atau menyelamkan sesuatu ke dlm benda cair. permandian tempat mandi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |